Ahad, 27 Disember 2009

Macam - Macam



    Alahai terpanggil Anak Desa untuk mencetus konflik baru... Rupa - rupanya ada juga insan makan cili dengan penulisan Anak Desa. Anak Desa tidak berniat untuk membuka pekung didada seakan tetapi cuba fikirkan sindiran itu disebalik kebenaran. Kritikan membina seharusnya membakar semangat untuk terus berjuang dan bukannya mengulas ikut kefahaman masing - masing. Anak Desa ingin sekali menegaskan adalah menjadi prinsip Anak Desa disini untuk menyentuh hal bersentiviti supaya tiada isu - isu terpinggir. Anak Desa akan terus mengkritik dan mengkritik berasaskan kebenaran, Setiap kritikkan Anak Desa seringkali memberi cara penyelesaian. Anak Desa merasakan disini ruang paling bebas untuk meluahkan apa yang terjadi jika kepincangan itu wujud... Jika dikatakan anak Desa berat sebelah... Jawapannya tidak sama sekali... Alahai sang murai.... baru baca blog ke...?? cuba rujuk penulisan Anak Desa  yang lepas - lepas.....
  Jika Anak Desa menabur fitnah.. sila.. buktikan.. Anak Desa sedia memohon Maaf.. jika tiada asas kukuh dan bukti.. simpankan niat itu.... untuk mempersoalkan tindak tanduk Anak Desa. Media bebas,berani dan berinfomasi itulah moto perjuangan bagi Anak Desa. Sedarlah Anak Desa bukanlah seperti dulu kala.. yang tidak melihat apa yang dikatakan.. telinga dan mata - mata Anak Desa ada disetiap batas bumi Mastima ini....
    Alahai apabila sapi mendapat nama.... tahniah kepada kepada sang sapi....kerana berjaya menjual nama.... cukup bijak langkah tari walaupun sumbang.... alahai sang kadok - kadok dan pak pandir.... wujud lagi ke orang macam ni...???? pak pandir.. pak pandir.... !!!! nasib engkau lah pak pandir....Tapi ada baiknya.. bak kata pepatah "low profile" sebab distu terletak kerendahan hati serta keikhlasan. Haah..!!! bila dah sentuh soal ikhlas ke tidak ni.. Anak Desa tertanya - tanya ikhlas ke kita semua ni..? termasuk Anak Desa sendiri...?
ke ambil syarat je.. untuk pemaufakat baru yang telah dibentuk..Jika sedar mencipta nama.. alamak lingkup la desa tercinta ni.... jahanam dibuatnya nanti.....
       Wahai tiang- tiang masjid menjadi saksi.. katakan dan buktikan ulasan Anak Desa jika ada kebenaranya..... Berduyun - duyun menyahut pemaufakat baru membina masyarakat... tahniah dan syabas kerana kejayaan tersebut berhasil... tapikan... bila masanya pulak ni.. nak hidupkan suasana berilmu dan beriman... masjid masih lagi tetap jemaah yang sama.. boleh dikatakan dulu ,kini dan selamnya kot... aduhaaiii .... bila la kita nak pakat lak bagi masjid ramai macam tu .... kalau lain - lain majlis kedatangan boleh direkodkan.. kenapa tidak pula.. kehadiran jemaah masjid... haaH... alamat kalau tunggu sendiri datang rasanya tah bila tahun la.. tu.... Hatta dengan itu.. maka wajarlah jentera pemimpin tampil mencari penyelesainya... apa lagi hulu balang dan panglima - panglima kenapa berdiam diri.... Ewah - ewah jika bab - bab duit, ketirisan. ketidakpuashati bagai guruh dilangit.... ni bab yang satu ni  kenapalah berdiam diri... mengapa gendang belum dipalu .. mengapa strategi tidak diatur.... nak tunggu apa lagi.... angkat bendera dan perang lah.. perangi habis - habisan......
   Tepuk dada tanya selera, apa kehendak dihati apa asas pengangan hidup.... hidup biar berprinsip asal tidak bertentangan dengan asas sosial dan agama.Sama - sama lah kita fikirkan bersama, menjelang tahun baru bulatkan tekad untuk terus berjaya. Janji Anak Desa mulai tahun depan.... media Anak Desa akan lebih pedas, tajam dan membina... kita tunggu ulasan - ulasan yang bakal mengegarkan bumi mastima..... itupun jika khidmat Anak Desa dengan Sinar Mastima disambung lagi kontraknya..... Ada kontrak ke..?? Wasalam..... Maaf dipinta kasar bahasa, merafak sembah rendahnya hati, tuturkata jika terlanjur, tingkah laku pohon di maaf, dunia akhirat dipinta bersama....
Share:

Sekitar Majlis Kenduri Umah Omaq




  Majlis berjalan lancar dimeriahkan lagi dengan para tetamu yang hadir. Terima Kasih kepada seluruh warga desa yang bertungkus lumus menjayakan majlis pada hari ini.
Share:

Jumaat, 25 Disember 2009

Santun Budaya


        Bangsa Melayu bangsa berdaulat, bangsa penuh dengan kesopanan dan tatasusila yang tinggi, peramah serta saling membantu antara satu sama lain.Warna - warni budayanya penuh nilai yang tidak terungkap dengan kata - kata.
      Sejak akhir - akhir ini kesenian dan kebudayaan melayu itu seakan hilang dan terpinggir dibawa arus permodenan sehingga terlupa akan kita dimana sebenarnya harga diri sebuah bangsa kita, bangsa beraja , bangsa berdaulat.
       Kini tradisi silam sudah kembali lagi rentak alunan muzik disetiap majlis - majlis kenduri, bergema seluruh pelusok desa muzik - muzik yang membinggitkan telinga sehingga mendapat teguran pelbagai pihak. Namun hakikatnya tetap sama tiada siapa memandang perkara remeh ini membabitkan hukam dan hakam kententuan Illahi. Suara alim ulama di pinggirkan begitu saja demi mencari kemeriahan di majlis - majlis kenduri.
   Apa gunanya majlis yang penuh mulia mendapat keberkatan Illahi disulam muzik - muzik yang tidak menjamah kerohanian. Soal agama dan hukum tetap perlu dititik beratkan didalam pelbagai aspek dan sudut. Jangan kita lupa Bangsa kita bangsa berdaulat disebabkan peganggan agama kita adalah Islam. Islam melarang keras unsur sedemikian di majlis - majlis berkaitan agama. Rasanya lebih baik jika muzik - muzik itu ditukarkan kepada alunan zikir serta ceramah agama yang lebih memberi kesedaran dan keinsafan menjadi santapan rohani.Hatta majlis berkenaan pastinya mendapat rahmat serta lindungan Illahi Yang Maha Berkuasa.
   Santun Budaya Melayu perlu dikekalkan namun biarlah asas dan peganggannya tidak melanggar hukam dan hakam yang telah termaktub kepada kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.Tidak bermakna keindahan dan kemeriahan jika tidak mendapat rahmat serta petunjuk dari Illahi, tiada guna pada perpaduan yang tidak direhdai, tidak berguan juga berbakti pada kemungkaran.
   Fikir - fikirkanlah dan renungkan dimana letaknya akal dan pemikiran waras kita. Waallahualam.......
 

Share:

Permintaan Generasi Belia




  Generasi Belia Desa telah menyuarakan pada Anak Desa permintaan mereka, jika dapat diusahakan satu gelanggang Futsal di tapak masjid bagi mengisi masa lapang mereka.Permintaan kecil ini hanyalah salah satu gerak naluri mereka untuk maju satapak lagi didalam bidang sukan yang mereka minati.
  Permintaan ini ada rasionalnya kerana setiap hujung minggu mereka terpaksa menyewa di gelanggang luar untuk bermain futsal, tidak salah jika diwujudkan gelangang ini mengikut kemampuan dan sumber kewangan sedia ada.Seketika terluah keluh rasa mereka mengenang padang bola yang telah lenyap dibawa arus pembangunan.segalanya telah berakhir namun tidak bererti usaha terhenti bersama waktu itu. Maka bermula disinilah kita harus mengerak usaha dan daya bagi merealisasikan impian generasi belia ini bagi membuktikan suara mereka kita tetap memperdulikan. Dunia ini hanyalah pinjaman generasi hadapan kepada kita.Jangan disuatu waktu nanti kita dipersoal dengan jawapan yang tiada pada kita.

Share:

Keputusan Undian




   Berdasarkan undian yang telah dijalankan Pada 5 Disember 2009 sehingga 21 Disember 2009, berkenaan penutupan jalan sempandan ke Taman Sutera, Anak Desa mengumumkan bahawa keputusan berdasar undian secara online telah memutuskan bahawa jalan tersebut harus ditutup untuk selama - lamanya. Peratusannya adalah 85 % dikuti perlebaran jalan yang mendapat 10 % berbanding 5 % sahaja yang mengundi untuk menutup jalan secara berkala.

Nota  *  Anak Desa hanya sekadar menjalankan bancian secara online dan tidak menyeluruh.

Share:

Khidmat Cemerlang



  Berdasarkan pada undian yang telah dijalankan sekitar mac 2009 sehingga april 2009 yang lalu, maka disini Anak Desa mengumumkan keputusan undian bagi pemimpin harapan masa kini yang telah mendapat peratusan tertinggi iaitu sebanyak 87% . En Ahmad B Salim telah dinobatkan sebagai Pemimpin Harapan Bagi 2009.
   Terima Kasih diatas segala bakti, jasa, sumbangan dan usaha yang berterusan bagi menjayakan setiap program yang telah dijalankan disamping tabah menempuhi pelbagai cabaran serta gelora bagi menyatupadukan seluruh warga desa.
   Anak Desa mewakli seluruh warga desa mengucapkan jutaan terima kasih diatas pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.
Ikrar kami sebagai anak desa akan terus bernaung dan akan kekal menjadi tulang belakang disetiap gerak geri yang akan diataur....

Share:

Khamis, 24 Disember 2009

Akulah Adi Putra

Hayati Dan Renungkan....

Akulah Adi Putra
Melayu tidak pernah lupa

Duduk tahun satu rasanya tersiksa
Tiada siapa peduli
Tetapi aku bisa bedakan
Ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’

Di mana trillion di manakah billion,
Di mana tahfiz Al Quran
Di mana doa2 para nabi para wali
Untuk apa aku disini

Aku berfikir rasional
Aku berfikir international
Pandai aku bijak aku comel aku
Hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
Aku malu
Alangkah ruginya mereka
Untuk apa semua ini
Di mana mata hati mereka?

Pujian biar bertempat
Marah bila bersopan
Kurang ajar biarlah berbudi bahasa

Tersirat mereka tak nampak
Tersurat sahaja mereka lihat
Di mana silapnya

Rasulullah memimpin ummah
Hebatnya baginda
Pimpinlah aku
Doakanlah aku

Aku punya cita-cita
Aku punya idola
Barangkali aku kecil mereka
Hanya ketawa

Allah maha perkasa
Tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
Matematik itu tunjang ilmu

Ayuh bangsaku bangunlah
Kita bertemankan islam
Kita penuhkan ilmu didada
Kita jadikan melayu hebat di persada dunia
Bersamaku adi putra
Akulah modal insan
Anak melayu jati
Wawasan 2020

Takkan melayu hilang di dunia
Pantang melayu menderhaka pada sultannya
Pemuda harapan bangsa
Pemudi tiang negara

Mengapa bersembunyi diri di sebalik ibu pertiwi
Sejengkalpun tanahairku dijajah
Biar putih tulang jangan putih mata..

* Petikan Puisi Adi Putra
Share:

Isnin, 21 Disember 2009

Sekitar Majlis Kenduri Rumah Razemi B Bakar



Majlis Kenduri Rumah Razemi B Bakar berjalan lancar sepertimana yang dirancangkan, majlis berkenaan berjalan secara gotong - royong. Terima kasih dan syabas kepada semua penduduk Kg Masjid Timah terutama kepada petugas majlis kenduri berkenaan kerana berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Mohd Nizam Razemi dan pasangannya merupakan raja sehari pada hari berkenaan, turut terharu dengan sokongan padu seluruh petugas majlis kenduri bagi melaksanakan tugas dengan penuh komitmen.


Share:

Jumaat, 18 Disember 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah



Selamat Menyambut Maal Hijrah

Tulus Ikhlas Dari :-


Anak Desa

JKKK Masjid Timah

Parti Keadilan Rakyat Caw Masjid Timah


Pengertian Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah SAW yang berpindah dari Mekkah ke Kota Madinah. Menelusuri sejarah perpindahan Baginda dari Mekkah ke Madinah mengundang pelbagai rasa. Betapa ketabahan hati Baginda dan kekuatan iman telah membawa Baginda dan seluruh umat Islam Mekkah berhijrah ke Madinah.

Hijrah telah membentuk dua nilai yang patut diikuti oleh umat Islam sejagat dalam membentuk masyarakat yang maju dan lebih berdaya saing. Dua nilai yang dilihat adalah pengorbanan dan perpaduan yang ditonjolkan ketika proses hijrah berlaku. Dalam mengecapi kejayaan dan kehidupan yang lebih harmoni, nilai ini perlu dipraktikkan oleh umat Islam.

Walaubagaimanapun, nilai pengorbanan dan perpaduan ini ternyata tidak bermakna dan tidak lengkap sekiranya ajaran Al-Quran dan Sunnah tidak dijadikan panduan. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW di dalam hadithnya yang bermaksud:

‘Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, di mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya sebagaimana kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya. (dua perkara tersebut) kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku’.

Riwayat: Bukhari & Muslim

Pengorbanan

Hijrah Rasulullah SAW yang menjadi peristiwa penting dalam lipatan sejarah Islam membuktikan kepada masyarakat bahawa ketabahan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Baginda bersama umat Islam Mekkah akhirnya mencapai kejayaan. Mereka sanggup berkorban meninggalkan kampung halaman dan segala harta benda untuk berhijrah ke Madinah dalam menyebarkan dan meluaskan empayar Islam.

Konsep pengorbanan inilah yang perlu menjadi ikutan masyarakat Islam masa kini dan proses hijrah Rasulullah perlu dijadikan model dalam menjalani kehidupan harian sebagai seorang muslim. Pengorbanan dilihat sangat penting untuk kita sentiasa mensyukuri nikmat pemberian tuhan dan konsep ini juga menjadikan kita sebagai seorang muslim yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan agama dan negara. Sifat sebegini perlu lebih ditonjolkan dalam dunia yang serba canggih agar kita tidak mudah ditindas dan sanggup berjuang untuk mempertahankan hak kita.

Selain itu, ada juga pepatah menyebut, tanpa pengorbanan kejayaan tak mungkin mudah dikecapi. Hal ini ada benarnya kerana hasil dari pengorbanan Rasulullah untuk berhijrah ke Madinah, maka dengan itu baginda berjaya meluaskan empayar Islam dan Islam terus gah ke seluruh pelosok dunia.

Konsep hijrah cara baru yang dituntut dalam era serba canggih ini juga menuntut nilai pengorbanan. Antaranya penghijrahan nilai dan etika serta peradaban hidup yang memerlukan seseorang individu muslim itu berkorban untuk meninggalkan perkara lama yang kurang baik kepada yang lebih baik. Pengorbanan ini memerlukan keikhlasan yang benar-benar tulus dari hati agar proses hijrah yang berlaku dapat terus berlaku dan kekal selamanya tanpa berbalik kepada tabiat lama yang kurang baik. Konsep berkorban untuk berhijrah dari perkara yang kurang baik kepada lebih baik amat bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud :

‘Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka’.

Perpaduan

Selain nilai pengorbanan, hijrah Rasulullah juga mendidik umat Islam tentang nilai perpaduan yang diterapkan di dalam masyarakat. Peristiwa hijrah Rasulullah telah berjaya menyatukan antara kaum Muhajirin dan Ansar.

Melihat kepada penyatuan masyarakat Islam Mekkah dan Madinah ini, maka peristiwa hijrah sangat sesuai untuk dijadikan penanda aras dalam menyatupadukan ummah. Masyarakat Islam dunia hari ini, perlu menjadikan sejarah hijrah Rasulullah sebagai model perpaduan. Perpaduan amat ditekankan dalam masyarakat Islam kerana di dalam Islam tidak pernah wujud perbezaan kaum, taraf, status sekalipun warna kulit. Hal ini perlu diterapkan dalam konsep perpaduan di era yang serba moden ini.

Kita perlu sentiasa menjadikan amalan Rasulullah yang mengamalkan prinsip keadilan dalam masyarakat demi menjayakan misi perpaduan. Tanpa keadilan, mustahil untuk merealisasikan nilai perpaduan sejagat. Melihat kepada aspek tersebut, saranan harus diberikan kepada masyarakat Islam hari ini supaya mengamalkan sikap persaudaraan tanpa prejudis terhadap sesuatu kaum. Dengan adanya perpaduan ini, segala misi dan perancangan pembangunan negara dapat dijana dengan baik.

Walaubagaimanapun, umat Islam hari ini harus sedar bahawa terdapat beberapa pihak di luar sana yang sedang dalam usaha memecah belahkan perpaduan yang sedia ada di kalangan umat Islam. Sekiranya umat Islam tidak menyedari hakikat ini dan tidak mengambil iktibar daripada peristiwa perpecahan kaum, maka tidak mustahil umat Islam boleh berpecah dan akan memudahkan proses menghancurkan umat Islam sendiri.

Demi menegakkan syiar Islam dan mengembalikan kegemilangan Islam seperti zaman Rasulullah SAW, nilai perpaduan perlu ditanam dan dipupuk dalam setiap jiwa masyarakat Islam agar tiada satu pihak pun yang dapat menidakkan kalimah suci Ilahi dari terus tersebar luas.

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1431 H yang bakal disambut di seluruh negara esok, marilah kita singkap kembali pengajaran dan hikmah dari peristiwa hijrah Rasulullah yang banyak memberi didikan untuk menjadikan kita sebagai seorang muslim yang lebih maju kehadapan dan berdaya saing. Apapun, nilai pengorbanan dan perpaduan perlulah disemai dalam setiap jiwa individu muslim agar kegemilangan Islam akan terus terpancar.




Share:

Kemarau Berakhir


Selepas menanti selama 20 tahun, akhirnya pingat emas acara bola sepak Sukan SEA kembali berada dalam genggaman Malaysia.

Skuad negara kendalian K. Rajagobal mengakhiri kemarau selama 20 tahun itu apabila berjaya membenam Vietnam 1-0 pada final Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional.

Jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83 sudah cukup buat barisan muda negara melakar sejarah penuh gemilang di bumi Laos, sekali gus membantu kontinjen Malaysia meraih pingat emas ke-40 semalam.

"Selepas kita menanti 20 tahun, kini anak-anak buah saya sudah mengembalikan semula pingat emas acara bola sepak Sukan SEA buat Malaysia. Kami sememangnya berhak meraih untuk pingat emas ini.

"Selama ini, kita menunggu untuk bergelar juara Sukan SEA dan akhirnya para pemain saya telah merealisasikan impian seluruh peminat bola sepak Malaysia. Saya harap, dengan kejayaan ini, ia akan kembali mengangkat kembali martabat bola sepak Malaysia," kata Rajagobal.

Kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur selepas menewaskan Singapura 1-0. Pada Sukan SEA 2001 juga di Kuala Lumpur, skuad negara turut melangkah ke final, namun tewas 0-1 kepada Thailand.

Mengulas lanjut kejayaan anak-anak buahnya mengulangi pencapaian pada Sukan SEA 1989, Rajagobal berkata, kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan menjadi antara kunci utama mereka ditabalkan selaku juara pada temasya kali ini.



Share:

Khamis, 17 Disember 2009

Satu Percubaan

Sekalung tahniah kepada tenaga pengerak bagi menghidupkan semula suasana majlis kenduri secara gotong - royong. Satu usaha berani dan mencabar bagi menarik generasi hari ini bagi meneruskan tradisi yang telah dipraktikkan sekian lama. Syabas diatas usaha sedemikian bagi mewujudkan semula ikatan silatulrahim yang lebih kukuh dan akrab.
Sekiranya ia memdapat kerjasama generasi muda hari ini, maka ianya akan berjalan lancar seperti mana yang telah dirancangkan.Mungkin diperingkat awal percubaan akan ada sedikit kepincangan yang boleh diatasi kemudian hari. Jika sebaliknya satu strategi dan langkah perlu diambil bagi menjamin projek dan usaha ini berjaya.
Seandainya generasi muda kini menolak usaha tersebut, pada pandangan Anak Desa jangan sesekali mengunakan pendekatan secara paksa ataupun mengunakan institusi kekeluargaan yang melibatkan ibubapa. Sekiranya pendekatan tersebut diguna pakai pastinya menimbulkan lebih banyak impak yang tidak dijangkakan. Jiwa muda jiwa bergelora bukan mudah untuk dilentur melainkan dengan perang saraf ataupun psikologi yang akan dapat menyerap generasi muda kini.
Pengalaman Anak Desa sendiri telah mengajar bagaimana mengendalikan suasana dan rentak budaya genarasi muda ini. Kekadang mengundang pelbagai masalah didalam tatacara menarik generasi muda ini. Anak Desa akui kegagalan sendiri dan telah kecewa didalam merealisasikan apa yang telah dirancangkan sebelum ini, kerana itulah Anak Desa kini lebih bersifat pasif dan berdiam diri.Sekadar melihat rentak dan gerak tari seterusnya.
Seboleh - bolehnya Anak Desa hanya ingin melihat percaturan dan gerak pintas yang akan dipersembahkan bagi memikat generasi muda kini. Jika diizinkan Anak Desa akan bersifat kecuali dan hanya melihat dan menanti hasilnya. Ini bukan bermakna menyerah tanpa berjuang, seakan tetapi Anak Desa telah letih, penat dan tewas sebelum berjuang. Biarlah bagi kali ini insan - insan lain memainkan peranan mereka. Bukan kerana sudi ataupun tidak tetapi soalnya tanggunjawab yang perlu dipikul.Cukuplah hanya bergiat aktif didalam beberapa pergerakan asalkan tidak melebihi tiga jawatan. Jika demikian lebihnya pasti akan ada kecenderungan dan kesilapan kepada sesuatu tindakkan. Anak Desa tidak ingin mengulangi sejarah silam.
Anak Desa sekadar membantu disudut - sudut ruang yang terlopong dan seandainya telah terisi ruang - ruang kosong pastinya Anak Desa akan pergi. Prinsip Anak Desa kini lebih mudah, jika dipermulaan memulakan sesuatu Anak Desa akan membantu dan jika perjalanan itu berjalan lancar dan tidak perlu rasanya Anak Desa bermaustatin lagi. Biarlah Anak Desa menjadi pemerhati dan pengkritik bebas yang membina. Anak Desa bukannya selama - lamanya ingin mewakili mana - mana kumpulan ataupun golongan namun apa yang terbuku, terbenak disanubari adalah perpaduan itu haruslah diatas asas yang sebenar iaitu keikhlasan


Share:

Selasa, 15 Disember 2009

Tanda Tanya





Struktur binaan yang menimbulkan pelbagai kemuskilan yang hebat menjadi persoalan dan tanda tanya kepada masyarakat setempat.Pelbagai andaian timbul berkenaan struktur binaan tersebut.Secara amnya semua mengetahui senibinaan tersebaut bersasaskan senibinaan rumah ibadat bukan Islam.Pembinaannya pula terletak dikawasan majoriti penduduknya adalah beragama islam.
Maka timbullah pelbagai pandangan dan andaian yang tiada jawapan pasti.Namun difahamkan JKKK Kg Masjid Timah telah bertindak mengikut lunas - lunas undang - undang. Bahaya dan bahana amatlah mendalam dari segi sosial kebudaayan masyarakat dan juga aspek keselamatan. Struktur binaan tersebut telah menghalang sudut pandangan pengguna jalan raya yang bakal mengundang padah.
Bersama - samlah kita menanti jawapan yang bakal dikemukakan apabila siasatan lanjut di hebahkan.


Share:

Aktiviti Masa Lapang





" Berat sama di pikut ringan sama dijinjing" itulah ungkapan yang paling bermakna untuk lafazkan, aktiviti gotong royong secara berkumpulan kecil walaupun tidak melibatkan ramai masyarakat sudah cukup mengambarkan satu aktiviti yang dapat mengikat silatulrahim dengan lebih muhubah.
"Kampung kita tanggungjawab kita" paling sesuai untuk diterjemahkan kedalam aktiviti sedemikian. Biarpun aktiviti sebegini dijalankan diwaktu terluang namun impaknya cukup mendalam kepada sentiviti hidup bermasyarakat. Seharusnya aktiviti sebegini diperluaskan dan pecahkan kepada pelbagai bentuk aktiviti biarpun tidak melibat kelompok masyarakat yang ramai.
Usaha murni sebegini biarlah berteusan agar generasi hari ini dapat melihat perpaduan dan kekuatan masyarakat kita yang begitu kukuh. Semoga aktiviti demikian berterusan hendaknya.


Share:

Khamis, 10 Disember 2009

Tradisi Yang Dilupakan



"Pulut Kacau" ataupun "Wajib" dulunya cukup dikenali dan diminati didalam majlis - majlis keraian sejak zaman berzaman. Ianya diperturunkan dari genarasi ke genarasi sehingga ke hari ini. Pulau Kacau bukan hanya sekadar nama ataupun sekadar santapan ringan ketika majlis keraian seakan tetapi ianya menjadi satu simbol perpaduan dan keakraban kasih sayang. Bermula dari awal penyediaan Pulut Kacau sudah terlihat senda gurau, kemeriahan, hilai tawa sesama sendiri menjadikan kerja yang berat menjadi ringan. "Pulut Kacau bolehlah diibarat peyambung silatulrahim, kasih sayang yang tiada berpenghujungnya.
Sejak dahulu lagi ketika majlis - majlis keraian Pulut Kacau disediakan secara bergotong royong, saling bantu membantu diantara satu sama lain.Namun kini budaya tersebut semakin dilupakan dan diabaikan.Kini Pulut Kacau telah dikomersilkan menjadikan ianya bukan lagi satu simbol dan lambang perpaduan. Generasi hari ini dengan mudah mengenepikan budaya yang dapat mendidik kita menjadi anggota masyarakat, apatah lagi di zaman ledakan IT dan Teknologi ini Pulut Kacau mudah didapati di pelbagai kedai dan mini market.
Amalan zaman berzaman ini akan berkubur jika generasi sekarang tidak mempertahankan ataupun menghidupkan kembali budaya ini.Ianya akan terus berkubur menjadi tanda sejarah dan kenangan yaang akan sukar dikembalikan dan dimulakan sekali lagi.
Share:

Rabu, 9 Disember 2009

Hikayat Lagu Ringgit


Bergendang dan berlagu seluruh pelosok desa, dipalu kompang pahlawan - pahlawan dan hulubalang tentang kesaktian hak ketuanan rakyat. Peminpin dulu dijulang di agung tempat bernaung kini disangah seranah berulam sumpah ketidakpuasan hati, terselak satu persatu helaian yang membuntukan. Hatta masing - masing membuat penilaian dan andaian sendiri tanpa berolah akal fikiran akan hal ketuanan rakyat. Maka sang pelipurlara mengerak tenaga hulubalang dan pahlawan sebagai panglima dimedan perang menuntut hakikat kebenaran yang sekian lama terbuku menjadi saksi kebaktilan pemimpin. Tahta pemimpin kini menjadi kerusi panas bilamana diasak berterusan, desakan demi desakan menjadi api didalam sekam, kepanasan ibarat mentari ditengahari akhirnya akur menyembah bumi.
Sebermula hal ketirisan pentadbiran hasil rakyat dipersoal tanpa jawapan, penyalahgunaan aset dan kemudahan rakyat demi kepentigan sendiri disanggah. Rakyat desa, hanya inginkan ketelusan, keadilan dan hak kesama rataan didalam pelbagai perkara. seakan tetapi juak - juak sesuatu kelompok sahaja mendapat menfaat hasil rakyat desa. Rakyat desa tidaklah kepinginan pitis sebaliknya jika ianya dialir untuk kemudahan rakyat desa amat bermakna buat mereka menikmati rezeki kurniaan tuhan.
Hatta percaturan dan langkah telah diatur membangkit semangat ketuanan rakyat desa ini mengerak gelombang kebangkitan bukan hanya kebenaran diiginkan seakan tetapi ketelusan,keadilan dan hak sama rata.Rakyat desa hanya menanti bilamana himpunan pemimpin bersama rakyat diadakan.Rakyat desa menantikan saat itu, rakyat meyambutnya bagaikan satu pesta kebenaran. Jawablah wahai sang pemimpin akan kebenaran. Tatkala rakyat dizalimi natijahnya azab sekali dan akan termakbul doa rakyat yang dizalimi, akan tersungkur sang pemimpin yang bongkak disingahsana yang tiada kekal abadi.
Share:

Ahad, 6 Disember 2009

Majlis Perkahwinan




































Majlis Perkahwinan Serangkai Saiful Aswad dan Azizul Akhmal berjalan lancar serta penuh warna - warni diselang seli pelbagai ragam warga desa
Share:

Sabtu, 5 Disember 2009

Bancian JKM

















Lawatan Dan Bancian Jabatan Kebajikan Masyarakat Di rumah Pn Rokiah Bt Shafie & Pn Zaleha Sekitar 10.00 pagi pada 4 dis 2009
Share:

Isnin, 30 November 2009

Majlis Korban






















Majlis korban telah dijalankan seawal jam 8.00 pagi pada 28 nov 2009, turut disertai seluruh penduduk setempat dan juga warga asing yang datang membantu. 3 ekor lembu telah disembelih pada tahun ini.
Share:

Khamis, 26 November 2009



Selamat Hari Raya Aidiladha

Maaf Zahir Dan Batin

Serta

Selamat Menjalani Ibadah Korban Dengan Penuh Ksyukuran


Tulus Ikhlas Dari :-

Anak Desa

JKKK Masjid Timah

Parti Keadilan Rakyat Caw Masjid Timah



Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Share:

Sabtu, 21 November 2009

Keciciran


20 Nov 2009 - Hari ini Anak Desa dikejutkan dengan satu kisah yang menyayatkan hati, mungkin kesalahan Anak Desa sendiri terlepas pandang. Disebalik memberi penumpuan bagi membantu masyarakat setempat Anak Desa sendiri terlepas pandang pada golongan penyewa yang menjadi pelengkap kepada komuniti setempat. Hakikatnya masih wujud satu keluarga miskin tegar yang harus dibantu dari pelbagai sudut.
Melihat kepada keadaan dan taraf ekonominya ternayta keluargaan berkenaan amat memerlukan bantuan dan perhatian dari pelbagai pihak dan agensi kerajaan. Biarpun keluarga berkenaan hanyalah penyewa bagi anak desa mereka harus dibantu bagi mengeluarkan mereka dari kesempitan hidup. Ternyata hasil penyelidikan maklumat Anak Desa adalah benar dan terharu melihat airmata seorang insan yang didalam kesusahan mengadu kekalutan hidup setelah sekian lama berdiam diri dan membisu. Golongan ini seperti ini haruslah diberi perhatian wajar termasuk Anak Desa sendiri.
Share:

Pangkal Kuasa


18 Nov 2009 - Pertembungan dan pertindihan kuasa telah menyaksikan percanggahan pendapat dan bidang kuasa, ironinya Permtang Pauh dibawah Ahli Parlimennya DSAI manakala Adun Seberang Jaya pula di kuasai oleh pencabar DSAI iaitu YB Arif Shah. Pertindihan bidang kuasa berlaku setelah Pakatan Rakyat telah dapat mengambil alih tampuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Hakikatnya disini percanggahan wujud apabila JKKP diwujudkan bagi menjadi bayang - bayang kepada JKKK. Bermula disinilah bibik kekeliruan berlaku bilamana JKKK dibawah pimpinan Pakatan Rakyat tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan persekutuan setelah JKKKP ditubuhkan. Pertindihan bidang kuasa selalunya menyaksikan pertikaman lidah diantara kedua - dua pihak namun jika di teliti dan diperhalusi JKKK seolah - olah telah dihalang untuk menjalankan tangungjawab kepada masyarakat setempat. Jika JKKK memulakan satu langkah kehadapan maka JKKKP akan menyatakan bahawa itu adalah bidang kuasa mereka dibawah persekutuan. Sekiranya perkara sebegini berterusan maka sesuatu isu mahupun perkara kecil akan menjadi satu isu yang cukup rumit untuk diselesaikan.Namun JKKK lebih bersikap terbuka malah berkompromi bagi mengelak ianya berlarutan.
Seharusnya JKKP harus bersikap rasional dalam semua aspek dan tidak menafikan peruntukkan bidang Kuasa JKKK. Jika JKKP lebih bersikap terbuka masalah masyarakat setempat dapat diselesaikan dengan lebih mudah, sebaliknya JKKP dan JKKK harus berkerjasama diantara satu sama lain bagi menyelesaikan sesuatu isu dengan bijaksana. Tidak menjadi satu kesalahan jika kedua - dua pihak seiring demi membangunkan masyarakat setempat.Sebenarnya kedua - dua pihak adalah saling memerlukan diantara satu sama lain.
Hakikatnya pertelingkahan hanya membawa kepada kemusnahan bukan kepada pengukuhan masyarakat malah jika berterusan penumpuan kepada pembangunan masyarakat itu sendiri akan terabai dan tersasar tanpa disedari. Melihat kepada JKKK, reaksi mereka lebih terbuka dan rasional didalam menguruskan sesuatu isu dan JKKP pula seakan terdesak, Bukan niat Anak Desa untuk memuji ataupun memburukan sesiapa seakan tetapi inilah yang pengalaman yang dilalui oleh Anak Dea sendiri ketika ini.
Share:

Sabtu, 7 November 2009

Visi Dan Matlamat


VISI

* Mengerak dan membangunkan masyarakat seiring keperluan
semasa dari pelbagai aspek.

* Melahirkan masyarakat yang berwibawa dan komited menjunjung
asas nilai muni berlandaskan Al - Quran Dan hadis

* Menerap nilai perpaduan yang kukuh dikalangan masyarakat




OBJEKTIF

* Menawarkan perkhidmatan terbaik dengan pentadbiran yang lebih efisien,adil,telus

* Meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat

* Mensasarkan 0% didalam kemiskinan tegar

* Mewujudkan peluang - peluang berasaskan ekonomi, pendidikan

* Melahirkan masyarakat berilmu serta berpegetahuan mengenai IT

* Mendidik masyarakat setempat berlandaskan Agama Islam

* Meningkatkan taraf kesihatan melalui kesedaran dan pendidikan kesihatan

* Membangunkan semula Kg Masjid Timah dari pelbagai aspek

* Menyediakan kemudahan asas serta awam untuk kegunaan bersama

* Mewujudkan ruang maklumat tanpa had, tanpa sepadan

* Membela golongan terpinggir

* Menaik taraf kemudahan sedia ada

* Menumpukan pembangunan sosial,budaya serta rohani
Share:

Khamis, 29 Oktober 2009

Carta Organisasi Pentadbiran

 CARTA ORGANISASI SINAR MASTIMA




PENAUNG

 
EN. AHMAD B SALIM



EDITOR I 

  
EN. AHMAD RASHIDI B YUSOF 


EDITOR II 


SDR. MOHAMMAD ZAKI B ARSHAD 

 

Carta Organisasi JKKK KG Masjid Timah



.






















Share:

Rabu, 28 Oktober 2009

Trajedi Kebakaran Rumah En. Azemi Abu Bakar




Share:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support