Isnin, 20 Ogos 2001

WAKAF KHARIAT KEMATIAN MASJID TIMAH

WAKAF KHARIAT KEMATIAN KHARIAH MASJID
MASJID TIMAH / KG BELAH DUA.BUKIT MERTAJAM.


BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN


PERKARA PENDAFTARAN YURAN TAHUNAN JUMLAH
Ahli Baru RM 60.00 RM 25.00 RM 85.00
Ranting Ahli RM 20.00 RM 25.00 RM 45.00
Ahli Lama (Masuk Semula) Perlu jelaskan semua tunggakan yuran.


Nama :____________________________.No.Kad Pengenalan :__________________

Tarikh Lahir :_________________ Umur : ____________Pekerjaan :_______________

Alamat : _______________________________________________________________

No.Telefon : ______________(R)______________(HP). Email___________________

Butir Butir Tanggungan

No. Nama Jantina Pertalian No. I/C Tarikh Lahir Umur
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7

8

9

10


Saya mengaku dan mengesahkan bahawa butir butir yang diberi adalah benar.


Tarikh : ________________ Tanda Tangan :______________


Catitan Setiausaha :


UNDANG UNDANG KHARIAT KEMATIAN
Undang-Undang Kecil (2009-2010)
WAKAF KHARIAT KEMATIAN
KHARIAH MASJID
MASJID TIMAH / KG. BELAH DUA
13700 PERAI, SEBERANG PERAI

1. Nama

: Pakatan ini disebut WAKAF KHARIAT KEMATIAN KHARIAH MASJID.
2. Tafsiran.


: WAKAF ini adalah di bawah naungan Pegawai dan J/Kuasa Khariah Masjid, Masjid Timah / Kg. Belah Dua.`
3. Tujuan


: WAKAF ini bertujuan membantu ahli-ahli yang memerlukannya apabila berlaku kematian sahaja.
4.. Keahlian





: WAKAF ini hanya terbuka kepada anak-anak khariah yang berumur 18 tahun hingga 50 tahun sahaja dengan mengisi borang keahlian dan tanggungan. Keahlian sah setelah kelulusan Jawatankuasa dengan ‘edah’ selama 3 bulan.
5. Yuran : Walaupun pakatan ini berbentuk Wakaf, kadar yuran perlu ditetapkan bagi memudahkan urusan pentadbiran. Yuran-yuran seperti berikut:

Pendaftaran Yuran Tahunan Jumlah
5.1 Ahli Baru
RM60.00
RM25.00
RM85.00
5.2 Ranting Ahli
RM20.00
RM25.00
RM45.00
5.3 Ahli Lama (masuk semula)
Perlu jelaskan semua tunggakan dan tiada ‘ edah ‘ dikenakan.
5.4. Yuran tahunan perlu dijelaskan sebelum bulan 6 (Jun) tahun berkenaan kepada jawatankuasa yang dilantik.

6. Sumbangan Khariat.
Nilai sumbangan Khariat diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan. Ahli dan tanggungan berdaftar sahaja layak menerima sumbangan ini.

: Mulai 2009, sumbangan adalah seperti berikut:

6.1 Ahli : RM 700.00
6.2 Tanggungan :
6.2.1 Isteri-isteri Ahli: RM 700.00
6.2.2 Anak-anak lelaki berumur di bawah 21 dan belum berkahwin: RM300.00
6.2.3 Anak-anak perempuan yang belum berkahwin: RM300.00
6.2.4 Ibu Ahli (bujang): RM 700.00. Sumbangan hanya berdasarkan kepada seorang ahli sahaja.
6.2.5 Anak-anak angkat yang berdaftar, anak-anak perempuan (bercerai) dan tinggal bersama ahli.
6.2.6 Jawatankuasa boleh mempertimbangkan bentuk-bentuk sumbangan lain apabila dirasakan perlu.
7. Gugur Keahlian:
Seseorang ahli boleh gugur keahliannya dan hilang semua kelayakan dengan sebab-sebab berikut.

7.1 Tidak menjelaskan yuran selama 2 tahun.
7.2 Menarik diri dengan sengaja.
7.3 Memalsukan butir-butir diri dan tanggungan.

8. Jawatankuasa:
Wakaf ini ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik 2 tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung yang terdiri daripada:

Pengerusi : 1(seorang)
Setiausaha : 1 (seorang)
Bendahari : 1 (seorang)
AJK : 8 orang
Pemeriksa Kira-kira : 2 orang

9. Mesyuarat:
Mesyuarat Agung diadakan 2 tahun sekali dengan bilangan kehadiran (korom) seperti berikut:

9.1 Dua per tiga daripada jumlah ahli.
9.2 Atau sekurang-kurangnya sejumlah bilangan Jawatankuasa.
9.3 Tanggungjawab semasa Mesyuarat Agung:

9.3.1 Menerima Minit Mesyuarat Agung.
9.3.2 Menerima Laporan Tahunan.
9.3.3 Menerima Penyata / Butir-butir Perbelanjaan Kewangan.
9.3.4 Menerima dan meluluskan usul-usul ahli.
9.3.5 Melantik Jawatankuasa untuk tempoh 2 tahun.

10. Mesyuarat Jawatankuasa
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa boleh diadakan 3 bulan sekali bagi memastikan tanggungjawab diuruskan dengan baik.

11. Pindaan Undang-undang.
Undang-undang Kecil Wakaf Khariat Kematian Khariah Masjid Timah hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan. Semua pindaan perlu didaftarkan ke dalam buku Undang-undang Wakaf.
Share:

0 ulasan:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support