Isnin, 20 September 2010

Project 1: Semburan Anai - Anai

  
Kerja kerja membaik pulih masjid telah pun berjalan dengan proses pertama iaitu semburan anai - anai telah dilakukan oleh pihak kontraktor yang telah dilantik oleh Pejabat Daerah pada 19.09.2010.


    Proses membaik pulih masjid akan berterusan sehingga semua perancangan dan pelan tinddakkan dilaksanakan mengkut ketetapan yang telah dibuat


Share:

Jumaat, 17 September 2010

Kalam Demokrasi


   Terlebih dahulu Anak Desa memohon ampun dan maaf sekiranya cetusan ini menguris detik dihati pembaca sekelian.
     Atas nama demokrasi terpanggil Anak Desa untuk mengulas walupun Anak desa bukanlah jaguh di medan reformasi mahupun arena politik. Seakan tetapi sekadar memberi gambaran luar dan perspeksi dari sudut pandangan warga desa yang tidak arif berpolitik. Mungkin penulisan ini kelihatan bicaranya sempit dari segi pandangan mahupun ulasan , namun cukup untuk memberi detas gerak keluh warga desa. Bukan niat mengkritik tetapi sekadar megeluh duka.

     Sejak awal ramadhan kelihatan arus pemilihan barisan kepimpinan PKR kian hangat diperkatakan. Tersembul hujah, penafian dan ragam kelibat calon - calon mewarnai pesta berkempen. Sebumbung tapi tidak serupa.... seia tapi tidak sekata.. sehati tetapi tidak sejiwa.... atas nama demokrasi , maka terhidang hidangan - hidangan yang memualkan untuk ditatap. Masing - masing dengan anggun persona mempamer karisma masing - masing. Tanpa memperdulikan kesan dan gegaran yang bakal merubah percaturan perjalanan parti selepas ini. segalanya demokrasi.

     Demokrasi benarkah segala tronologi yang berlaku sejak mutahir ini dinamakan demokrasi. Tahukah warga - warga desa  apa itu demokrasi. apa yang kelihatan segalanya berlainan sekali. Mungkin didalam merubah barisan kepemimpinan memerlukan proses pengundian. bahananya tetap ada. Mungkin waktu ini warga seperti kami melihat pertikaman lidah namun apakah disebalik takbir..??? luar jangkaan dan pengetahuan warga seperti kami.

   PRU 12 baru sahaja selesai,  warga parti merasakan ketenangan setelah rampasan kuasa dan aksi lompat melompat. Belum pun sempat bernafas kini lagak ngeri diwayangkan pula. Amat menghairankan begitu riuh gendang perang di palu walaupun iramanya nyaring dan sumbang....

    Terfikir warga seperti kami melihat keadaan ini jika satu masa nanti apakah lebih hebat pertarungan demokrasi ini jika di tampuk kuasa..??? berkira - kira dalam andaian apakah wajah - wajah umno mulai menjelma.. di sebalik pakaian - pakaian PKR...????

   Ibarat petani menanam padi... dijaga dan dibelai.... namun apabila tidak sabar maka baja urea digunakan.. belum tumbuh akar - akar baru.. padi itu tumbang menyembah bumi dikala taufan melanda... kerna akar lama telah di matikan.... mengeluh menyesal sang petani mengenang nasib....

    Seharus selepas gelora melanda parti wajarlah kita mengukuhkan parti sehingga keakar umbi.. namun sebaliknya terjadi. Sedangkan akar - akar dibawah belum lagi sempat menyusun kekuatan , belum cukup membekal strategi cabang - cabang sudah saling berlumba meninggi diri. Bukan kerna apa.. takut bunga tidak menjadi buah tidak kelihatan. Berhati hatilah didalam tindakkan... jangan sampai pudar kepercayaan akar - akar melihat aksi - aksi serong terpampang dipentas tanpa kawalan.

     Jangan terlalu taksub dan percayakan demokrasi kerna demokrasi itulah pelebur segala kehancuran, Tiada satupun di muka bumi ini yang benar - benar demokrasi..... Kami hamba rakyat menaruh harapan dan kepercayaan .. janganlah di musnahkan kepercayaan kami sebelum berjuang.. jangan dibuang kami ketepi tanpa perasaan..... usah dilupai asas - asas hari ini .. adalah tapak - tapak kepada kejayaan hari ini......

     Fikir- fikirkanlah .... salam reformasi..........
Share:

Rabu, 15 September 2010

IBADAH KURBAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA 1431 H.

Kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH.

Sesiapa yang berhajat untuk menunaikan ibadah qurban pada Hari Raya Aidil Adha 1431 H nanti ( Insyaalah pada 17 Novenber 2010) bolehlah menghubungi Jawatankuasa Pengelola Program Qurban seperti berikut :

Penyelaras : En Jamil Mohamad - 017-4305925
Setiausaha Khariah : En Ahmad Salim - 019-4473671.

Kadar bayaran bagi satu tumpuk adalah RM 320.00.
Tarikh tutup penyertaan : 30 Oktober 2010.

Terima Kasih.
Share:

Ahad, 12 September 2010

Selamatkan PC Anda


  Sejak akhir Ramadhan yang lalu sehingga di awal Syawal  serangan virus keatas tapak - tapak pelayar website terus menghantui pengguna internet. Serangan berterusan ini lebih terarah kepada server di malaysia. Kebanyakkan hacker - hacker menumpukan malaysia sebagai destinasi terkini sebagai tapak ujian mereka, terutama hacker - hacker dari indonesia seraca terangan mengodam selurah laman - laman website di malaysia. Ini satu serangan balas semenjak isu kedaulatan negara di perhebobohkan.
    Virus kebanyakkan di hantar memalui email secara berpakej. Sejak 2 minggu yang lalu Anak Desa mengikuti aktiviti ini dan dapat mengenal pasti beberapa pakej yang agak memberi kesan kepada Sistem Operasi Windows. Satu pakej mengandungi paling minima 375 virus terdiri daripada brotox,trojan dan seangkatannya..

      Setiap pelayar harus memiliki antivirus bagi menangani serangan ini bagi keselamatan data didalam komputer anda. Sehingga kini Nortan Antivirus adalah terbaik bagi mengatasi masalah sebegini di ikutiTtrend Micro bagi kategori lesen berbayar. Manakala bagi pengguna lesen secara percuma anda di sarankan menggunakan Avast ataupun ESET NOD32 bersama perisisan keselamtan lain sebagai penampan kepada serangan virus tersebut. Pemilihan Antivirus bukanlah berdasarkan popuriti namun sebaliknya adalah bagaimana ianya berfunsi kepada sistem operasi anda. Pada kebiasaanya pengguna windows adalah sasaran utama. Sekiranya Komputer anda telah dijangkiti virus ataupun terdapat keanehan pada komputer anda sila ikuti langkah di bawah bagi menjamin keselatan komputer anda.


     Langkah 1

   Download Combofix di link ini:
http://www.bleepingcomputer.com/download/anti-virus/combofix

ikuti langkah seterusnya dengan klik Ok Dan accept.

Tetapi jika komputer anda telah ada antivirus pastikan antivirus anda didalam keadaan Mode OFF ketika mengunnakan Combofix Sistem.



Langkah 2

   Kemudian buat pemansangan Antivirus anda mengikut cara pengunaan anda. pastikan antivirus anda adalah yang terkini dengan definition telahpun dikemas kini,


Seterusnya download Iobit sistem di link bawah dan buat pemesangannya:

http://download.cnet.com/Advanced-SystemCare-Free/3000-2086_4-10407614.html?part=dl-6271865&subj=dl&tag=button

kemudian dengan mengunnakan perisian tersebut sila scan registry anda dan membuat backup registry serta sistem anda.


                 Setelah itu anda haruslah sentiasa peka kondisi komputer anda.

Proses ini hanya memberi sekadar 57% keselamatan Komputer anda.
Share:

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Selamat Hari Raya AidilFitri

Maaf Zahir & Batin


Tulus Ikhlas Dari:

Sidang Editor Sinar Mastima

JKKK Kg Masjid Timah

Parti Keadilan Rakyat Ranting Masjid Timah


Semoga Aidilfitri Musim Ini Dapat Menguguhkan Silatulrahim Sesama Kita







Share:

Isnin, 6 September 2010

PENAFIAN III ...!!!!!


    Jkkk Kg Masjid Timah Menafikan isu ketidak seimbangan sumbangan hari raya yang telah di gembar - gemburkan oleh pihak yang irihati. Senarai lengkap penerima dan juga senarai lengkap warga yang telah dikategorikan sebagai OKU,Ibu Tunggal, Fakir Dan Warga Emas kan di pamerkan buat tatapan umum selepas Pihak JKKK Masjid Timah Bersidang.
   Selaras dengan itu, tiada unsur pilih kasih, kroni ataupun apa - apa juga selain sumngan itu mengikut senarai penerima lengkap yang telah digunai pakai sejak beberapa tahun yang lepas. Ditegaskan sekurang - kurangnya setiap keluarga menerima 2 sumbangan yang berbeza. Senarai penerima sentiasa di kemaskini malah pihak JKKK sentaiasa mengamalkan sistem pengagihan sumber bantuan mengikut snerai berikut.
      pihak JKKK menganggap isu ini selesai setelah senarai penerima diteliti semula dan menafikan tiada yang tercicir dari senarai penerima yang di gunapakai.
Share:

        Anak desa tertarik rentak saat - saat terakhir ramadhan tahun ini. Anak desa menjangkakan ramadhan kali ini sepi sunyi apabila mingu - minggu berlalu tanpa sebarang isu. Namun di akhir - akhir ramadhan kedegaran hujah - hujah dan isu - isu dangkal timbul meghiasi bibir perbualan warga desa.
      Bermula isu sumbangan hari raya yang telah dikatakan wujud sifat pilih kasih, hairan bin ajaib bila isu ini seakan menandakan serangan psikologi pertama terhadap barisan kepemimpinan setempat.Isu ini bermula apabila dikatankan senarai penerima wujud pilih kasih, sedangkan senarai penerima sumbangan tersebut telah di senaraikan dari senarai yang telah di gunapakai sejak beberapa tahun yang lepas. Agak menghairankan jika dikatakan pilih kasih kerana 100% warga desa yang tersenarai daripada Fakir,OKU,Ibu Tunggal dan juga warga emas telah menerima sumbangan tersebut. melainkan jika satu keluarga itu terdiri dari suami iateri yang telah tergolong didalam kategori warga emas. Pihak JKKK hanya memberi kepada wakil salah seorang mewakili keluarga berkenaan. Jika di katakan pilih kasih, pihak JKKK tidak pula memilih mereka bersandarkan parti.. malah semua warga desa didalam kategori berkenaan menerima sumbangan tersebut.Malah didalam senarai penerima tersebut tetap menerima sekurang - kurangnya 2 sumber sumbangan daripada pihak yang berbeza.Anak desa di fahamkan jika adapun yang tidak menerima sumbangan tersebut adalah sumbangan tersebut di tolak oleh penerima itu sendiri.
     Belum pun selasai isu berkenaan di perkatakan, timbul pula isu kain rentang yang hangat di perkatakan. Isu remeh sebegini begitu mudah di lontarkan berasaskan kefahaman masing - masing. Sengaja taupun tidak isu berkenaan sebaliknya tidak timbul kerana ruang dan tempat tersebut adalah bebas bagi mana - mana pihak untuk memaparkan sebarang kain rentang selagi ianya tidak bercanggah dengan perlembagaan negara Malaysia. Mungkin golongan ini terkena panahan mata apabila melihat kain rentang pihak lawan lebih menarik dan berwarna warni.
     Isu memboikot masjlis kenduri pula timbul di saat - saat isu berbangkit belum lagi menampakan keredaan. isu berkenaan dilihat saja dimainkan bagi memaparkan betapa tidak perihatiaan pihak lawan terhadap masyarakat. Dikatakan bahawa majlis ini berasaskan kepartian. Sebenarnya soal ketidak hadiran pemuada adalah tanggunjaab individu itu sendiri tidak ada hubungkait dengan sesuatu parti.jadi mengapa isu ini diheret bersandarkan parti. Apalah daya pemikiran kuno ini yang masih lagi bermain didalam kotak pemikir - pemikir bijak pandai ini.Mengapa asyik mencari kesalahan orang lain sedangkan gajah didepan mata seolah - olah tidak wujud...???
    Selepas iyu isu projek Fetigasi dan kelompok ditimbulkan semula. Dicangan seluruh pelusuk desa. dihebahkan yang menyatakan pakatan kelompok melaksanakan projek pertanian berdasarkan kroni. Ini lagi satu fitnah yang cukup tidak bertanggjawab. Sepatutnya isu berkenaan tidak timbul kerana isu berkenaan adalah melibatkan pakatan dengan Jabatan pertanian sahaja.Peruntukkan pertanian boleh di pohon oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk melaksankannya. jadi mengapa isu ini di politikkan. Sehingga dikatakan makan sorang berkenaan projek fetigasi. Jika tidak tahu isu sebenar mengapa butir bicara di lemparkan.. tanpa mengetahui jalan ceritanya.
    Nampaknya jenuh bersilat saudara kita yang mewakili ranting dan juga kelompok, menepis isu ini. Masih berdiamkah saudara kita, " Namun ingatlah sesungguhnya Allah Bersama Orang _ Orang yang Sabar"
  Anak desa hanya menunggu klimaks isu - isu ini.....
Share:

PENAFIAN II..!!!!!!

       Saya Selaku Ketua Parti Keadilan Rakyat Ranting Kg Masjid Timah dengan ini menafikan sekeras - kerasnya isu berkenaan memboikot Majlis Pemuda pada 5.09.2010. Saya selaku Ketua Ranting menafi sekeras - kerasnya isu berkenaan yang telah ditimbulkan. Tiada arahan ataupun surat pekeliling yang dikeluarkan secara Rasmi ataupun tidak, secara bertulis ataupun lisan. sehubungan dengan itu isu tersebut dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berfikiran sempit. Isu berkenaan sengaja di cipta bagi mencemar imej Parti Keadilan Rakyat ranting Kg Masjid Timah. Lantas dengan itu Jika ada mana - mana pihak mengaitkan isu berkenaan dengan ranting adalah satu tuduhan dan fitnah yang amat tidak bertanggungjawab. Isu berkenaan mungkin di jana bagi memburukkan pihak pakatan rakayat di akar umbi. Selaras dengan itu Saya selaku Ketua ranting tidak teragak -agak mengambil tindddakan tegas ke atas - mana - mana pihak yang tidak bertanggungjawab mengembar - gembur isu berkenaan. Sekiranya terdapat ahli - ahli dari Pakatan Rakyat yang tidak hadir ke majlis berkenaan adalah diatas kapasiti individu terbabit dan bukannya bersandarkan isu kepartian,.

      Sehubungan dengan itu Pihak gabungan Pakatan Rakyat Kg Masjid Timah sentiasa memberi mandat dan sokongan penuh kepada semua aktiviti - aktiviti setempat yang memberi faedah kepada semua tanpa sikap prejudis. Pihak Pakatan juga amat mengalu - alukan majlis - majlis ataupun program - program seumpanya bagi membina semuala perpaduan di kalangan masyarakat setempat. Adalah jelas Pihak Pakatan menentang perpecahan dan akan mempertahankan ikatan perpaduan setempat. Sejajar dengan prinsip berkenaan Pihak ranting Dan Gabungan Pakatan tidak bertanggunjawab ke atas isu yang telah di mainkan.Sentimen tersebuat di war - warkan bagi mengambarkan bahawa ahli - ahli Parti Keadilan Dan PAS adalah satu kumpulan yang extream.

     Sekali lagi saya menafikan isu berkenaan dan taip - tiap tindak tanduk ahli tidak pernah mewakili Parti Keadilan Rakyat Ranting Masjid Timah. " Jangan Menilai Buku Dari Kulit Luarannya."


 Yang Benar

 Mohammad Zaki Bin Arshad
Ketua Ranting,
Parti Keadilan Rakyat

Merangkap
Publish Post

Ketua Pakatan Rakyat Ranting Masjid Timah


 
Share:

PENAFIAN I..!!!!!

   Dengan ini ditegaskan bahawa projek - projek pertanian yang telah dijalankan adalah berdasarkan satu deklarasi perjanjian persefahaman diantara ahli- ahli kelompok yang telah membentuk satu pakatan di beri nama Pakatan Kelompok Petani Masjid Timah dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang yang berpusat Di Cerok To Kun.Pakatan Kelompok Petani Masjid Timah adalah satu satu usaha tani yang di jalankan bagi menjana ekonomi setempak oleh JKKK Kg Masjid Timah.
   Sehubungan dengan itu segala peruntukkan dan perbenlanjaan  kewangan pertubuhan adalah bersandarkan peruntukkan pertanian Kawasan K7 dan juga hasil kutipan ahli - ahlinya. Maka disini ditegaskan sama sekali, ketika ini di mana projek - projek pertanian yang telah diwartakan telah berjalan mengikut jadual sama ada Pertanian  Ladang Kontrak mahupun sistem Fetigasi adalah Hak Milik Mutlak Pakatan Kelompok Petani Masjid Timah. Tidak timbul isu penyalahgunaan peruntukkan. Berkenaan isu pertaniaan sistem fetigasi, projek berkenaan terpaksa dilakukan dan dikelolakan oleh Ketua Kelompok sendiri memandangkan beberapa faktor semulajadi yang menghalang projek berkenaan di laksanakan di kawasan usaha tani yang telah di wartakan.
   
    Pakatan ini dibentuk bukanlah atas dasar kroni mahupun kepartian namun pakatan ini dibentuk Adalah atas Ihsan dan Kepercayaan oleh Haji Yusuf@ Zakaria yang telah lama bergiat didalam bidang pertanian. Maka Pakatan ini dibentuk untuk menerus kesimnambungan tersebut bagi memberi ruang dan peluang kepada generasi penerus untuk melaksankan projek - projek pertanian berasaskan Pakatan Kelompok. Lantaran itu tidak timbul isu membolot peruntukkan ataupun istilah " Makan Sorang". Mengikut perlembagaan pertubuhan kelompok sistem keahlian akan dibuka setelah projek - projek berkenaan mendatang hasil. Berdasarkan pelan perancangan awal pihak pakatan akan menubuhkan unit - unit ataupun blok - blok kawasan pertanian yang akan dibuka dan dihebahakan setelah semuanya berjalan dengan lancar. Namun kini projek - projek berkenaan masih lagi didalam perlaksaan yang masih belum menampakkan hasil.

    Selaras dengan kenyataan dan penafian ini adalah tidak wajar pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab menimbul isu - isu sonsang yang bertentangan dengan dasar pertubuhan kelompok. Setiap keputusan yang dilakukan adalah melalui persidangan yang telah diadakan. Maka dengan itu tidak timbul isu yang seringkali diperkatakan. berkenaan projek - projek berkenaan. Malah pihak Pakatan kelompok sendiri bersedia membantu warga desa untuk menubuhkan kelompok - kelompok yang lain didalam menjalankan usaha tani ini. Dengan sekeras - kerasnya pihak kelompok tidak menghalang mana - mana pihak untuk terus ataupun memulakan projek - projek pertanian.



Yang Menjalankan Tugas,
 Mohammad Zaki Bin Arshad

 Penyelaras,
Pakatan Kelompok Petani Masjid Timah

Share:

Sabtu, 4 September 2010

Majlis Sumbangan Hari Raya



    Majlis Penyampain Sumbangan Hari Raya telah diadakan pada 31 ogos 2010 bertempat di Masjid Timah dan juga pada 01 ogos 2010 bertempat di Surau Kg Belah Dua. Penerima sumbangan tersebuat adalah dari kategori anak -anak yatim, ibu tungal , fakir dan juga Oku serta warga emas. %0 penerima sumbangan ketika masjlis berkenaan di Kg Masjid Timah manakala sumbangan celcom terdiri daripada 65 orang. kedua - dua majlis berkenaan diadakan secara berasingan.
Share:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support