Selasa, 29 Mac 2011

Banjir Oh Banjir

       Pada 27 Mac 2011 Satu lawatan kerja telah dilakukan oleh pembantu Khas TKM 1 En. Zainal B Saad bersama Penyelaras Kadun Seberang Jaya En. Jalil B Che Ros. turut serta dalam rangka lawatan tersebut wakil JKKK Masjid Timah En. ahmad b Sali dan Sdr. Mohammad Zaki B Arshad bersama 2 Orang Wakil Parti Keadilan rakyat Pmtg Pauh.
      Rangka kerja tersebut bagi meneliti cara terbaik mengatasi masalah banjir dan memohon tindakkan segera bagi menjamin masalah ini tidak berlarutan. Berulang kali permohonan dan aduan telah dikemukakan pada Jabatan Saliran dan Perparitan namun tiada reaksi dan tindak balas yang dilakukan. JPs seolah - olah membisu seribu bahasa. Namun diatas keperihatinan wakil dari pakatan rakyat dapat meluangkan waktu bagi menyelami permasalah penduduk disini.
      Sistem perparitan yang telah 9 tahun terbiar tanpa proses membaikpulih telah menyebabkan pengairan air keluar tersangkut di kebanyakkan tempat. Walaupun seringkali pihak JKKK Masjid Timah membersih parit - parit yang tersumbat namun ianya tidak kekal lama. JKKK Masjid Timah juga telah membuka parit - parit baru di samping membuat lencongan air bagi mengatasi masalah banjir. Namun begitu faktor cuaca sejak akhir - akhir ini belum menjamin bahawa masalah banjir tidak akan berlaku.
     Dengan kerjasama dari pejabat kadun seberang jaya insyallah masalah ini kan diselesaikan segera mungkin. Pada hemat JKKK sendiri akan menjalankan sistem denda kepada sesiapa yang tridak menjaga sistem perparitan yang bakal di bersihkan selepas ini.
Share:

0 ulasan:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support