Isnin, 8 Disember 2008

Dalam Kenangan











Share:

Khamis, 13 November 2008

'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah'

Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.

Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.

Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.

Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.

Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.

Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.

. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).

. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.

. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).

. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.

. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.

. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.

. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.

Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.

. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.

. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.

. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.

. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.

. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.

. Amalan tariqah dilarang sama sekali.

. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.

Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.

Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.


Tarikh : 23 Disember 2006
Sumber : Pengarah Bahagian ILIM
Editor : PRO JAKIM
Share:

Selasa, 11 November 2008

Anak Desa


Desa ini terhimpit arus kemodenan yang tidak dapat dielakkan lagi demi menjamin kestabilan hidup masyarakat setempat... Masa begitu pantas berlari meninggalkan seribu satu kenangan dan pelbagai kisah hidup masyarakat setempat, suka, duka,ngeri, riang, gembira terus diredah bersama walaupun ironinya kini tidak lagi serancak irama yang dicanangkan... tidak lagi selincah irama zapin diatas pentas.. iramanya merdu dilunak telingga tetapi tidak seindah gambaran tariannya... pincang dan tembang apabila direntakkan penari - penarinya...
Keindahan desa masih bersinar harapan... sepanas mentari pagi yang tidak memerikkan sepertimana panasnya ditengahari.... Embun pagi masih lagi sedingin kabus menerjah liang - liang waktu agar kedinginan ini tidak terus membekukan... Fantasi ataupun khayalan itulah harapan anak desa ini yang menginginkan semangat kedesaan ini terus berkekalan hingga kenafas terakhir... Kembalikan sinar wajah desa ini sebenar.. Pulangkan semula ketenangan yang telah direntap dari generasi hari ini... kembalikan dan pulangkan semangat itu.. agar anak - anak desa merasai nikmat hidup berdesa.... Penafian bukanlah jalan pilihan terbaik selain mengorak langkah membetul tautan tempang - tempang yang terlangkah....
Jika detik ini tiada daya usaha direncanakan.. pastinya akan hilangnya kegemilangan desa ini dikubur nesan tidak bertanda oleh waktu... Apakah kita akan hanya berpeluk tubuh melihat detik - detik terakhir dihujung nyawa desa ini... Mampukah kita memberi jawapan pada generasi hadapan jika dihakimi suatu hari nanti.... Terjawabkah oleh kita dengan persoalan yang akan dikemukankan oelh generasi hadapan.. bersediakah kita meratapi ianya sebagai tanda sejarah yang hilang tidak terbuku....
Hatta desiran ini.. anak desa merasakan... warna - warna pelangi petang tetap ada... namun ianya harus dicatur sebaik mungkin.... " Bila Biduk Berlalu Kiambang Pasti Bertaut Kembali" itulah pegangan anak desa selama ini... sejauhmana pun insan... ianya pasti kembali kepada titik asalnya... lantas tatkala ini generasi hari ini harus mencari dimana hilangnya titik pertemuan itu yang kian dihambat arus kemodenan dan ideologi.. Renungilah kembali, tatapilah semula... hakisan - hakisan yang terjadi.... pasti ada punca yang meretakkan simpulan kasih yang telah terjalin selama ini.... Usahlah dibiarkan keretakkan ini berterusan digoncang emosi.. seaakan tetpi.. biarlah kudrat yang masih bersisa digunakan untuk menilai semula... meniti relung kasih, berperang dengan waktu agar emas permata bernilai ditemui semula.... Biarlah kegemilangan semalam menjadi pengukur hari ini, biarlah ungkapan semalam sebagai tanda lipatan sejarah...
Lantaran itu, hapuskanlah.. anasir - anasir yang mengugat keharmonian desa... leraikanlah segala kekusutan yang membelenggu desa ini... lepaskanlah tali - tali yang terikat... melainkan.. dengan kesepakatan membina sinar baru untuk mastima... Saat itu pastinya senyuman akan terukir mesra dibatas bibir, Biarlah airmata gembira mengalir membasahi wajah asalkan segalanya yang tercipta didesa ini telah dikembalikan pada asal usulnya... pasti indah dan bahagia saat itu... Renung - renungkan dan fikir - fikiranlah... renungkanlah disebalik sindiran.....
Share:

Isnin, 10 November 2008

Keutuhan Perpaduan


Pendahuluan

Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan bermasyarakat. Maka untuk mempastikan tercapainya hasrat tersebut manusia berusaha dengan sedaya upaya kehidupan bermasyarakat itu terlaksana. Mereka mahu atau tidak mahu terpaksa mengenepikan beberapa kepentingan diri sendiri.
Walau bagaimanapun, disebabkan kelemahan manusia sendiri maka seringkali tercetusnya permusuhan, perkelahian dan peperangan. Permusuhan dan peperangan sering terjadi sekalipun dalam satu bangsa. Permusuhan dan peperangan tercetus apabila kesabaran sudah tidak dapat dipertahankan dan apabila syaitan mula menguasai fikiran seseorang.
Sebenarnya tidak ada kebaikan yang dapat dihasilkan menerusi permusuhan dan peperangan. Peperangan merosakkan harta benda, memusnahkan segala kemudahan yang sedia ada, memutuskan kasih sayang, di samping banyak melahirkan orang-orang yang cacat, yatim piatu dan janda serta balu. Malah bagi sesuatu bangsa, peperangan dan permusuhan akan melemahkan bangsa itu sendiri sekalipun tidak melenyapkannya dari muka bumi ini. Justeru, Islam mengingatkan umatnya supaya sentiasa hidup rukun dan damai serta berpadu erat antara satu sama lain.

Definisi

Perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. 'Perpaduan ialah 'penggabungan'. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi 'perpaduan' ialah 'permusuhan', 'kehancuran' dan 'perpecahan'.
Jadi, perpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu 'ma’rof' manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu 'mungkar'. Dalam al-Qur’an Allah mengingatkan umat Islam dengan Firman-Nya yang bermaksud:

'Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.'
(Surah Ali Imran : 104)

Ajaran Islam

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa Islam adalah agama kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan kita dapati Islam telah memberi panduan yang jelas mengenai cara-cara mencapai kesejahteraan itu. Antara punca kesejahteraan itu ialah keharmonian hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Keharmonian hidup ini tentulah sukar dicapai tanpa adanya perasaan kasih sayang dan persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu yang menganggotai sesebuah masyarakat itu. Oleh itu, Islam sentiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada umatnya bagi mempastikan wujudnya nilai kasih sayang dan perpaduan itu. Maka antara peringatan-peringatan tersebut ialah mengingatkan manusia seluruhnya menyedari akan asal-usul mereka dari bapa dan ibu yang satu. Allah berfirman yang bermaksud:

'Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat lelaki dan permpuan yang ramai.'
(Surah an-Nisa’ : 1)

Di samping itu ,Islam mengingatkan manusia bahawa mereka sebenarnya dari satu keturunan sahaja, maka sepatutnya masing-masing tidaklah merasai sombong dan angkuh terhadap yang lain sekalipun mereka berlainan warna kulit dan bahasa pertuturan. Menurut Islam, yang mulia di sisi Allah itu ialah yang lebih taqwanya. Allah berfirman yang bermaksud:

'... Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)...'
(Surah al-Hujurat : 13)

Sesungguhnya keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat dan bernegara ini adalah salah satu ni’mat Allah yang sangat besar yang dikurniakan kepada manusia. Hakikat ini nyata sekali baik di zaman lampau mahupun zaman kini. Sesiapa saja yang tinggal dalam sebuah negara yang aman akan dapat berusaha membangunkan kemajuan negaranya dan dapat hidup sejahtera. Sebaliknya mereka yang tinggal di negara yang kacau bilau, berperang dan berbunuhan, ternyata mereka hidup sengsara, kelaparan dan keperitan. Dalam hubungan ini Allah berfirman yang bermaksud:

'Dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.'
(Surah Ali ‘Imran : 103)

Halangan

Dalam mencapai perpaduan hidup bermasyarakat dan bernegara, manusia tidak terlepas dari menghadapi rintangan dan halangan. Halangan-halangan itu ada yang berpunca dari dalam diri seseorang individu itu sendiri dan tidak kurang juga datangnya dari luar diri manusia sendiri sama ada sesama manusia atau makhluk Allah yang lain iaitu syaitan.
Sifat sombong dan bangga diri sendiri sering menjadi penghalang utama bagi seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain. Sikap ini akan mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat rumahtangga, keluarga, masyarakat dan bernegara. Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan melakukan keganasan dan kekerasan kepada orang lain. Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan. Allah mengutuk manusia yang bersikap demikian.
Berlaku tidak jujur atau bersifat keras terhadap orang lain sering menimbulkan rasa tidak puashati dan dendam antara sesama manusia, lebih-lebih lagi antara yang memerintah dengan yang diperintah. Perbuatan keras akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)...'
(Muttafak ‘alaihi)

Perbuatan suka mengintip dan menyebarkan keburukan orang lain juga merupakan punca yang menghalang perpaduan. Sesungguhnya tidak ada sesiapa yang suka dirinya diintip dan juga tidak rela apa jua keburukannya didedah dan dihebahkan yang boleh menjatuhkan maruah dan air mukanya. Islam memberi perhatian tentang perbuatan keji seumpama ini. Dalam hubungan ini, Allah dan Rasul-Nya mengingatkan umat Islam supaya menjauhi perbuatan intip mengintip dan mengumpat keji sesama sendiri. Allah berfirman yang bermaksud:

'Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain...'
(Surah al-Hujurat : 12)

Selain daripada perbuatan mengumpat dan mendedahkan keburukan orang lain menjadi faktor penghalang perpaduan, perbuatan suka menghina dan merendah-rendahkan orang lain dengan memberi gelaran-gelaran yang hina juga adalah faktor penghalang perpaduan yang utama dalam masyarakat umat Islam hari ini termasuklah di kalangan umat Islam di Malaysia. Nama-nama serta gelaran yang buruk ini lebih ketara dalam ucapan ahli-ahli politik ketika memburuk-burukkan lawannya di musim kempen pilihanraya, termasuklah ucapan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang-pejuang Islam tulen. Gelaran-gelaran sebagai 'thghut', 'fir’aun' dan sebagainya sering diberikan kepada individu atau pihak-pihak tertentu. Berkenaan hal ini, antara lain Allah berfirman yang bermaksud:

'...Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk...'
(Surah al-Hujurat : 11)

Bahaya Perpecahan

Perpecahan dan permusuhan merupakan perbuatan atau gejala masyarakat yang sangat dibenci oleh Islam. Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan oleh Allah untuk menyatupadukan umat manusia supaya mereka dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpecahan dikutuk kerana ia boleh melemahkan umat Islam dalam pelbagai keadaan serta menjadikan mereka lemah dan tidak mampu menghadapi cabaran yang ada.

Selain dari mengakibatkan kegagalan, perpecahan juga akan menyebabkan hilangnya rahmat dan nikmat dari Allah. Mereka yang menyebabkan huru-hara dan permusuhan adalah termasuk golongan yang tidak bersyukur atas nikmat Allah yang menjadi salah satu syarat bagi bertambahnya nikmat itu, manakala mengkufurkannya akan menempah bala’ dan seksa dari Allah.
Perpecahan juga boleh menyebabkan umat Islam hilang kehebatan di mata musuh iaitu tidak lagi menggerunkan mereka. Ini akan menyebabkan umat Islam ditindas dan diancam keselamatan diri, harta-benda dan iman. Hal ini telah ternyata sekarang, dimana-mana saja di dunia ini keadaan umat Islam sangat lemah disebabkan permusuhan sesama sendiri. Di tanah Arab, Afrika, Asia, malah di negara kita Malaysia sendiri tidak terlepas dari bahaya permusuhan sesama sendiri. Akhirnya umat Islam kalah bukan kerana kekuatan pihak musuh, tetapi kalah kerana kelemahan diri sendiri.

Umat Islam Malaysia

Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia hari ini adalah salah satu nikmat Allah yang dicapai menerusi perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan kebudayaan. Nikmat-nikmat ini mestilah dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Bagi umat Islam Malaysia, secara khusus perpaduan ini lebih penting dan sangat mahal harganya kerana dengan keamanan dan kemakmuran yang ada dapatlah usaha-usaha ditingkat bagi kebaikan agama Islam dan penganut-penganutnya. Harga sebuah keamanan dan kemakmuran itu sangat penting kerana umat Islam di negara-negara yang lain belum mampu memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam keagamaan berbanding dengan apa yang telah dicapai oleh umat Islam di Malaysia hari ini. Sesungguhnya perpaduanlah merupakan tunjang bagi kemakmuran dan keamanan negara ini.

Selain dari itu, salah satu dari tujuan perjuangan umat Islam ialah mempastikan kita sentiasa berada di hadapan sebagai pemimpin negara bagi maksud menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat. Ini penting kerana dunia hari ini memerlukan suatu kepimpinan yang berwibawa dan adil. Demikianlah juga kita rakyat Malaysia. Kita sentiasa yakin bahawa mereka yang bertaqwa dapat mengurus dan memimpin dengan sebaik-baiknya.

Masalahnya ialah apakah kita umat Islam pada masa ini dan akan datang dapat mempastikan suasana aman dan harmoni ini dapat dikekalkan dan mampukah kita berada di hadapan sebagai pemimpin umat? Inilah permasalahan yang perlu kita teliti dan pastikan. Sebenarnya kita optimis sekiranya kita mampu mengatasi halangan-halangan yang boleh merosakkan perpaduan.
Penyebaran akidah yang salah di kalangan umat merupakan salah satu faktor yang boleh memecahbelahkan perpaduan kita. Pada hari ini umumnya masyarakat umat Islam Malaysia berpegang kepada akidah Ahlul Sunnah. Oleh itu, kita mestilah mempastikan supaya pegangan ini dapat diteruskan dan dipertahankan. Keburukan yang berupa perpecahan dan permusuhan di kalangan umat Islam akan mudah berlaku jika aspek akidah tidak diberi perhatian yang kemudiannya menyebabkan merebak ajaran atau fahaman yang lain dalam masyarakat. Kemunculan pengaruh aurad Muhammadiah dan lain-lain bentuk kepercayaan karut dalam masyarakat boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan umat Islam sendiri.

Selain dari aspek akidah yang benar yang mesti dipelihara dan dipertahankan, maka bentuk amalan dan ibadat juga mesti diberi perhatian. Aspek Khilafiah hendaklah dielakkan dari menjadi bahan perdebatan yang boleh membawa kepada keretakan hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Orang-orang yang pandai terutama para ulama mestilah mengelakkan diri dari terperangkap dalam perkara-perkara khilafiah tersebut. Tentulah bijaksana bagi sesiapa jua yang dapat menjaga dan memelihara kebajikan dan kepentingan awam dari kepentingan diri sendiri atau kumpulan masing-masing.
Aspek akhlak atau tingkahlaku umat Islam terutama para ulama mestilah juga mencerminkan akhlak Islam yang sebenarnya iaitu akhlak Rasulullah s.a.w. Maka di atas nilai akhlak yang penting dan perlu dipelihara ialah keterlanjuran lidah, terutama menjaganya dari umpat mengumpat, hina menghina dan sebagainya. Sesungguhnya banyak punca permusuhan dan perkelahian adalah disebabkan pengucapan yang tidak berlandaskan ajaran Islam yang mulia.

Kata-kata yang merendahkan orang lain dan menghinanya dengan bermacam-macam gelaran buruk dan tidak baik akan menambah liarnya seseorang itu dari yang lain. Kata-kata yang menghina, kasar dan kesat tidak mampu mengubah dan menambat hati seseorang. Allah memberi ibarat bahawa kata-kata yang baik itu umpama pokok yang baik yang menghasilkan buahnya yang baik sepanjang tahun. Pengucapan yang menghina ini sering kita dapati dalam majlis-majlis ceramah terutama dalam kempen-kempen pilihanraya. Perbuatan yang tidak baik ini mestilah dihentikan serta merta lebih-lebih lagi bagi mereka yang termasuk dalam golongan ulama.

Tata kelakuan dan gerakgeri masyarakat juga perlu dibentuk supaya selaras dengan ajaran Islam. Tingkahlaku yang kasar tidak sopan serta tidak pandai menghormati orang lain terutama ibubapa, orang-orang tua, guru-guru dan pemimpin-pemimpin sering menimbulkan rasa benci antara satu sama lain. Oleh itu, dalam usaha membina perpaduan umat maka peningkatan rasa hormat dan kasih sayang mestilah dipupuk dan dipelihara. Dalam konteks masyarakat penyayang yang hendak dibangunkan itu, maka bidang-bidang ini mestilah diberi perhatian. Para ulama dan guru-guru perlu menjadikan diri mereka sebagai teladan yang baik dalam hal ini.

Kita bersyukur kepada Allah, kerana pada masa ini umat Islam di Malaysia dapat berbangga dengan perkembangan Islam di bawah pimpinan Y.A.B. Dato’ Seri Dr.Mahathir bin Mohamad yang mampu meletakkan negara ini setanding dengan negara-negara lain, malah lebih kehadapan dari negara-negara Islam seluruhnya.
Maka apakah kepimpinan Islam seumpama ini mampu dipertahankan pada tahun-tahun yang akan datang?

Sikap kita

Melihat betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan kejayaan umat dan negara, maka kita mestilah sentiasa memupuk kesedaran masyarakat supaya menghargai nilai perpaduan ini serta berusaha menjaga dan memperelokkannya.
Kita juga mestilah mengajak masyarakat supaya menjauhi gejala-gejala yang boleh membawa perpecahan di samping mengajak mereka berpegang dengan nilai-nilai hidup murni yang berupa kasih sayang, hormat menghormati dan sebagainya.
Dan yang paling utama, kita sendiri mestilah memulakan cara hidup Islam yang mulia ini sebelum kita mengharapkan orang lain dapat mengamalkannya.

Penutup

Demikianlah sedikit penjelasan tentang betapa pentingnya perpaduan dalam menetukan kesinambungan kepimpinan Islam dalam negara ini. Tanpa kesedaran yang tinggi dan usaha yang gigih dan teratur, masa depan kepimpinan Islam masih belum pasti. Ayuhlah bersama menjayakannya.

Share:

Khamis, 6 November 2008


BERSYUKUR satu sifat terpuji yang sentiasa diamalkan insan yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah supaya mendapat keredaa-Nya. Orang yang bersyukur mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Sememangnya kehidupan kita tidak statik sepanjang masa. Setiap masa sentiasa ada perubahan sama ada menjadi lebih baik mahupun lebih buruk sebagai satu roda kehidupan yang mesti dihadapi.

Sudah menjadi lumrah ada yang dulunya miskin menjadi kaya, yang rendah pangkat menjadi tinggi jawatannya. Sebelumnya tidak dikenali, sekarang amat terkenal, disanjung dan dihormati.

Kekayaan dan kedudukan baik yang diperoleh itu harus dikongsi dengan orang lain sebagai tanda bersyukur. Sesungguhnya, manusia yang lebih baik ialah manusia yang lebih banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

Satu sifat berbahaya yang selalu menjangkiti orang yang kedudukannya lebih baik berbanding orang lain ialah lupa diri. Sikap itu sering kali mendorong seseorang bertindak melakukan kejahatan kerana berasakan dirinya ‘berhak’ melakukan apa yang diingini.

Sikap lupa diri dan tidak bersyukur menjadi punca kedurhakaan iblis kepada Allah. Iblis berasakan dirinya lebih layak untuk dilantik menjadi khalifah berbanding Adam memandangkan dirinya dicipta daripada api dan sudah banyak melakukan kebaikan.

Iblis lupa hakikat dirinya yang sebenarnya hanyalah hamba. Dia tidak bersyukur dengan kedudukan dan keistimewaan yang Allah kurniakan kepadanya. Maka jadilah iblis sebagai hamba yang ingkar dan tergolong sebagai dilaknati selama-lamanya.

Untuk mengelak diri menjadi kufur dan ingkar kepada Allah, berpeganglah kepada prinsip sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh dan dinikmati. Sikap itu akan memacu diri sentiasa tenang dan menerima segala ketentuan Allah tanpa sebarang perasaan syak wasangka kepada-Nya.

Namun, sikap bersyukur tidak pula bermakna kita berserah sepenuhnya kepada nasib tanpa melakukan apa-apa usaha. Hidup di dunia ini satu ladang untuk mencari bekal kehidupan di akhirat yang mana kita mesti melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa ditegah.

Sesungguhnya, setiap apa yang kita harapkan tidak semestinya tercapai. Banyak kegagalan dan keadaan buruk terpaksa pula dihadapi dengan sikap sabar dan tidak mudah berputus asa. Kita perlu bersyukur kerana masih ada peluang untuk terus berusaha mencapai apa yang dihajati.

Setiap Muslim mesti berusaha mengubah hidupnya menjadi lebih baik. Nasib buruk tidak akan bertukar menjadi baik jika tidak berusaha mengubahnya.

Allah mengangkat darjat orang yang berilmu, berharta dan berkuasa melebihi orang kebanyakan jika mereka sentiasa bersyukur. Namun, darjat itu kembali ke taraf paling rendah jika dirinya sombong tidak mahu menggunakan kelebihan itu untuk memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Apa guna memiliki kekayaan jika tidak mahu digunakan. Sifat bakhil dan sombong menjadi penjara yang menghalangnya menikmati kekayaan dimiliki. Malah, hidupnya menjadi lebih tertekan kerana takut harta itu berkurangan atau digunakan oleh orang lain.

Begitu juga, orang yang berilmu, tetapi menyembunyikan ilmu itu daripada disebarkan kepada orang lain sebenarnya hidup dalam kegelapan. Sifat ilmu, semakin digunakan semakin bertambah keberkatannya. Orang berilmu mendapat kebaikan jika ia turut dikongsikan dengan orang lain.

Individu yang dikurniakan kelebihan sama ada kekayaan, jawatan, kuasa dan kecantikan mestilah menghindarkan diri daripada sifat sombong yang mendatangkan banyak keburukan. Perasaan sombong menjadi penyakit hati yang mematikan iman sehingga hidup menjadi sesat tanpa cahaya keimanan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Bagi memastikan kehidupan manusia sentiasa terhindar sifat sombong dan lupa diri, memerlukan satu kekuatan yang memacukan sifat bersyukur di dalam diri. Orang yang bersyukur merasakan setiap kelebihan dimiliki olehnya hanyalah satu ujian daripada Allah.

Allah memberi peringatan supaya manusia bersyukur kerana dengan itu Dia akan melipatgandakan lagi nikmat yang diberikan. Sebaliknya, jika kufur akan nikmat yang dianugerahkan, kerugian besarlah bakal menimpa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Share:

Isnin, 20 Oktober 2008

Detik-Detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia


Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah. ”

Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa. ”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la. ”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?

Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah. ”

Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua. ”

Semakin Tenat
Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah. ”

Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.

Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat. ”

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.

Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka. ”

Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini. ”

Malaikat Maut Datang Bertamu
Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit. ”

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma. ”

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur. ”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”

Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.

Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah. ”

Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu. ”

Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu. ”

Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti. ”

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?

Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?

Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu. ”

Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?” Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.

Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut. ”

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir. ”

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah. ”

Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.

Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?
(Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:
“Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?
(Ali-lmran: 144)

Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala. ”

Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. ”

Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah. ”

Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.

Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.
Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.

Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az. ”

Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra. ”

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait. ”

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW. ”

Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama. ”

Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.
Share:

Rabu, 15 Oktober 2008

Hari Keluarga & Majlis Hari Raya

Majlis Hari Raya dan Perhimpunan Keluarga Lebai Teh Generasi Ke 11


Tanggal 12 okteber 2008 menjadi detik bersejarah kepada seluruh anak watan Kampung masjid Timah, apabila buat julung - julung kali hari perhimpunan keluarga dan majlis hari raya diadakan dengan penuh gilang gemilang. Pelbagai acara sampingan telah diadakan bagi memeriahkan program disamping menampilkan kelainan tersendiri.
Program tersebut telah menghimpunkan sekitar 1000 orang penduduk Kg Masjid Timah yang bermaustatin diluar kg mahupun didalam kg.


Program ini telah dianjurkan oleh Gerakan Daya wawasan Kg Masjid Timah dengan melibatkan pelbagai generasi, dari golongan belia, pemuda mahupun golongan veteran. Progam ini bertujuan merapatkan silatulrahim disamping memperkukuhkan ikatan ukwah sesama penduduk setempat serta menjalin ikatan persaudaraan yang telah renggang.Hasilnya program ini berjaya menghimpunkan seluruh penduduk kampung yang berada dimana sahaja didalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.

Pada dasarnya program ini telah mencapai objektifnya tersendiri apabila kehadiran dan sambutan penduduk diluar jangkaan dengan sambutan yang diberikan , malah kehadiran penduduk sebagai bukti perpaduan yang masih kukuh bersama kerjasama yang telah terjalin sekian lama tidak pernah terusik walaupun terdapat perbezaan fahaman politik.Program ini telah memberi satu inspirasi baru kepada seluruh penduduk didalam kontek hidup bermasyarakat.


Selain itu, beberapa anugerah telah diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada beberapa individu yang menjadi nadi pengerak masyarakat mahupun sebagai model kecemerlang didalam bidang akedemik. Diantara anugerah yang pertama kali diwujudkan ini adalah Anugerah kecemerlangan Pelajar, Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Keluarga Mithali. Anugerah ini menjadi satu lagi titik tolak didalam memberi semangat kepada seluruh penduduk untuk terus berjuang, berkhidmat, menabur bakti kepada masyarakat kampung.

Warga emas mahupun kanak - kanak dibawah umur 12 tahun juga tidak pernah disisihkan mahupun dilupakan.Pihak penganjur dengan rasa rendah hati memberi sumbangan duit raya kepada gologan warga emas, ibu tunggal, janda,OKU, dan juga kanak- kanak.Walaupun nilainya tidaklah seberapa seakan tetapi sekurang - kurangnya dapatlah meringankan bebanan goongan terbaik sesamping membuktikan bahawa gologan ini sentiasa mendapat perhatian daripada penduduk kampung.Nilai murni ini seharusnya dipupuk dari generasi ke generasi agar ianya tidak luput ditelan arus kemodenan, terutama golongan belia harus memainkan peranan yang lebih aktif bagi membela golongan ini.

Bertemakan hari keluarga dan hari raya konsep program ini direka khusus berkaitan hari raya dari pelbagai sudut, sebagai contoh seni rekaan pentas dan pintu utama menonjolkan kreativiti pihak pengajur mewujudkan kembali era 60an, dimana penggunaan bahan disekeliling berunsurkan bahan semula jadi telah mewujudkan konsep kekampungan sebagai tanda memperingati zaman berkenaan. Kerjasama penduduk dapat dilihat dari segi pemakaian pakaian hari raya sebagai tanda sokongan kepada pihak penganjur disamping juadah - juadah hari raya yang disediakan. ketupat, lemang makanan tradisi dari zaman berzaman tidak juga ketinggalan untuk dihidangkan.Penyediaan pelbagai jenis makanan adalah sepenuhnya disediakan oleh penduduk kampung itu sendiri.

Program tersebut juga telah diserikan dengan majlis akad nikah yang telah dilakukan lakukan oleh Ustaz Shamshudin. Walaupun majlis akad nikah itu berlangsung ianya bukanlah program terancang seakan tetapi satu kebetulan apabila majlis tersebut diadakan. Pasangan pengantin tersebut bukanlah anak jati ataupun penduduk kampung ini, difahamkan pasangan tersebut adalah dari Bukit Mertajam dan hanya melangsungkan majlis tersebut disini.
Pada kebiasaannya majlis akad nikah seringkali diadakan di masjid ini dibawah kelolaan Ustaz Shamshudin.Maka kehadiran pasangan pengantin serta ahli keluarga mereka telah disambut oleh pihak penganjur sebagai tanda ucapan terima kasih dan penghargaan kerana telah memeriahkan lagi program pada hari tersebut.


Acara sampingan turut diadakan khas untuk golongan belia dan kanak - kanak. Sepak takraw bulatan dijuarai oleh Pasukan Lebai Teh, Naib Johan Pasukan Tok Derani, tempat ketiga dimenangi Pasukan Lebai Yob. nama - nama pasukan diberikan bersempena nama - nama tokoh terdahulu yang banyak memberi sumbangan dan jasa mereka kepada kampung ini.
Kanak - kanak juga tidak terlepas memgambil peluang keemasan ini untuk turut serta menyertai acara Penjaga Telur Emas.keunikkan acara sukan ini adalah dimana kesemua para peserta dikehendaki memakai baju melayu lengkap berserta songkok ketika bermain.


Pada dasarnya program ini telah berjalan lancar mengikut perancangan awal seterusnya membuka satu lagi lembaran sejarah dikampung ini dengan cara tersendiri didalam mengekalkan perpaduan,persaudaraan,keharmonian serta jalinan kerjasama. Semoga program ini menjadi satu titik tolak baru kepada seluruh penduduk kampung untuk terus bersatu pada dengan mengenepikan hal - hal yang dapat merosakan ikatan ukwah.












Share:

Khamis, 9 Oktober 2008

Sejarah Awal Kampung Masjid Timah



Sejarah Awal

Sejarah awal penempatan Kg Masjid Timah adalah bermula dengan perpindahan beberepa keluarga dari pelbagai tempat disekitar Pulau Pinang yang meneroka seterusnya membuka penempatan disini. Secara ringkasnya terdapat dua versi cerita yang berlaianan bagaimana Kg Masjid Timah dinamakn.
Versi pertama adalah hasil percakapan orang - orang terdahulu yang masih mewarisi cerita dari penduduk asal kampung ini. Pendapat pertama adalah dimana seorang peneroka yang telah bertungkus lumus untuk menwujudkan semua masjid disini, Kampung ini dinamakan sebagai kampung Masjid Timah bersempena isteri peneroka terbabit yang bernama Fatimah atau gelaran Timah, lantas dengan itu secara tidak disengajakan.
seakan tetapi versi kedua adalah berbeza dari pendapat pertama tadi, namun kedua - duanya tiada titik pertemuan fakta yang mengukukuhkan asal usul Kampung Masjid Timah. Menerusi pendapat kedua, menyatakan bahawa Kg Masjid Timah mendapat namanya adalah berpunca daripada bumbung masjid itu sendiri, pada ketika itu dikatakan bumbung masjid diperbuat daripada timah yang kelihatan bersinar apabila terkena pancaran cahaya matahari. Hatta secara spontan terungkap satu nama Masjid Timah. Maka dari sinilah bermulanya kampung ini mendapat namanya.
Bagaimanapun perbezaan diantara versi - versi tersebut mempunyai jarak waktu yang agak panjang sehingga timbul pelbagai pendapat tentang asal usul kampung ini.Namun perbezaan ini tidaklah bercanggah diantara satu sama lain kerana mungkin versi - versi ini terhasil ketika zaman itu secara tersendiri dan terus diwarisi dari zaman ke zaman.



Latar Belakang

Kampung ini mempunyai kepadatan penduduk pada peringkat awalnya sekitar 80 - 100 orang dan setelah 40 tahun berlalu populasi penduduk bertambah kepada 500 - 600 orang penduduk. Secara purata terdapat 105 buah rumah pada masa kini. Terletak di mungkin 6, daearah Seberang Perai Tengah, jarak dari bandar utama iaitu Bukit Mertajam adalah 12 km dan 17 km dari Butterworth dan Hanya 1 km dari Bandar Perda. Kampung ini merupakan jalan penghubung dari Jalan Baharu ke Permatang Pauh atau ke Seberang Jaya, mahupun sebaliknya. Ianya dikelilingi oleh UITM, Politeknik, Institut Teknologi Pulau Pinang disamping kawasan perumahan mewah. Boleh dikatakan kampung ini merupakan laluan strategik sebagai penghubung (Jalan Pintas) kepada kawasan sekitar.
Ekonomi penduduk pada zaman itu adalah pertanian dan ternakan secara kecil - kecilan.Penanaman padi adalah aktiviti utama pada masa itu, namun kini penanaman padi tidak lagi diusahakan kerana aktiviti - aktiviti pembangunan telah mengambilalih kawasan padi. Faktor lain yang menyebabkan tanaman padi tidak lagi diusahakan adalah kerana generasi kini lebih berminat kepada perkerjaan di pelbagai bidang samaada swasta mahupun kerajaan, tidak dinafikan masih ada penduduk yang masih lagi bergiat didalam pertanian dengan mengusahakan tanah - tanah terbiar disekeliling kampung ini dengan hasil tanaman yang lain sebagai contoh Limau Kasturi dan Tebu.




Tradisi

Tatkala pembangunan dan gaya hidup masa kini telah berubah namun didalam hidup bermasyarat dikampung ini masih kukuh dan utuh terpelihara dari generasi ke genarasi. Sifat saling bantu - membantu, bergotong royong kejiranan masih tetap menebal dikalangan belia kampung ini. Malah Tradisi marhaban ketika majlis - majlis kenduri masih lagi diteruskan kesaat ini dengan penyertaan golongan pertengahan umur.
Selain itu program - program kemasyarakatan seringkali dianjurkan pelbagai pihak demi menjamin sifat muhibah ini sentiasa terpelihara.


Infrastruktur

Kampung ini juga tidak terlepas dari dihambat pembangunan bagi menjamin keselesaan penduduk disini. Terdapat sebuah masjid yang dulunya dibina penduduk asal telah dinaik taraf sehingga kini menjadi masjid tumpuan kawasan sekitar.Mengikut perancangan terkini sebuah masjid baru akan dibina bersebelahan masjid yang sedia ada bagi menampung jumlah jemaah yang seringakali bertambah dari masa kesemasa.
Kemudahan dewan orang ramai juga tersedia bersebelahan taman permaianan kanak - kanak bagi kegunaan penduduk itu sendiri.
Infrastruktur kemudahan perparitan dan jalan masih lagi ditahap baik setelah dinaik taraf beberapa tahun yang lalu, Namun kemudahan jalan dan perparitan masih lagi memerlukan penyenggelaraan yang berterus bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.














Kampung Masjid Timah tetap mempunyai nilai - nilai sejarahnya yang tersendiri yang masih belum dapat dikenalpasti secara lebih mendalam. Malah kampung ini merupakan salah satu kampung yang masih kekal didalam DUN Seberang Jaya. Nilai kemanusiaan diantara satu sama lain masih tinggi biarpun gaya hidup kini telah jauh berubah.




Share:

Sabtu, 4 Oktober 2008

Sahabat Atau Perjuangan....


"Dunia ini ibarat pentas lakonan. Manusia itulah pelakon dan pengarah utamanya. al-Quran dan as-Sunnah itulah skripnya. Malaikat itulah jurugambarnya. Islam itu jalan ceritanya. Kiamat itulah kesudahan penggambaran. Padang Mahsyar tempat penganugerahannya. Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam adalah penerima anugerah terbaiknya. Allahu Subhanahu Wata'ala ialah hakimnya. Syurga atau Neraka adalah trofinya.....
T
anpa sahabat islam tidak akan berkembang,tanpa sahabat islam tiada kemenangan tanpa sahabat islam tidak akan bersatu .. pegangan sahabat adalah TAAT SETIA PADA ALLAH DAN RASULLNYA AL-QURAN DAN SUNNAH PEGANGAN KITA... Jika kita memikiran tentang hasutan syaitan dan tidak memeranginya dgn hati yang bersih,keimanan yang kuat,dgn izin allah pertalian sahabat itu akan kekal dgn kebaikkan,tidak berguna .. kita membaca tapi tidak mengamalkan,kamu hanya memikirkan perkara yang buruk,kerana yang buruk datang pada hati manusia ....
Kegemilangan islam masa kini adalah daya usaha golongan para sahabat meneruskan usaha dakwah yang telah dbawa oleh
Rasulullah SAW sehingga kini menikmati keindahan islam itu... Lantas sahabat dan perjuangan tidak dapat dipisahkan diantara kalam- kalam kata.. melainkan dengan pembuktian... Perjuangan bukan sekadar peperangan.. malah usaha dakwah yang berterusnya bagi memantapkan islam itu berkembang ke seluruh pelusuk alam... Namun kini seakan akan hilang semangat perjuangan setelah tiada lagi golongan sahabat.. yang akan menegakkan kalimah La Illaha illah.. demi menegakkan syiar islam itu... Golongan belia kini telah jauh dari didikan nurani kecintaan terhadap agama.. kerna.. pengaruh keduniaan itu telah menguasai setiap hati hati insan yang lalai kepada illahi.... Hidup tanpa amal.. tanpa iman.. tanpa pedoman ibarat layang - layang tidak bertali... Maka jauh sekali tersemat semangat jihad untuk islam.....
Share:

Selasa, 30 September 2008

Hidup Bersatu



Aku rindukan
masyarakat yang berkasih sayang
Bersatu padu,
rasa bersama bekerjasama,
bertolong bantu
Yang susah dibela,
yang senang membela
Yang pandai menjadi obor,
pemimpin menaungi dan memayungi

Aku menginginkan
satu kehidupan yang murni dan harmoni
Hormat-menghormati
di antara sesama manusia

Tidak ada benci-membenci,
tidak ada khianat-mengkhianati
Maaf-bermaafan,
bertimbang rasa,
peri kemanusiaannya tinggi

Golongan tua dan para ketua dihormati,
mereka boleh dicontohi
Golongan bawah atau orang-orang biasa dikasihi

Para pemuda-pemudi pemalu,
tenaga mereka sangat berguna
Rajin bekerja,
mereka menjadi aset negara,
bangsa dan agama

Maksiat yang menjolok mata atau terang-terangan tidak ada
Masyarakat bersih
daripada noda dan dosa
Hidup penuh dengan bersopan santun dan kasih mesra

——————————-

Orang bertaqwa itu
peri kemanusiaannya amat tinggi sekali
Timbang rasa amat menonjol
di dalam kehidupannya setiap hari

Dia tidak boleh melihat orang lain susah,
dia susah hati
Dia pun simpati dan kasihani,
menolong dan memberi

Orang susah dia bantu,
orang sakit dia ziarahi
Orang mendapat kemalangan dia ziarah dan mendoakannya

Anak-anak yatim,
janda-janda
dia sentiasa membantu
dan tunjuk kasih sayangnya

Kesenangan orang lain pula,
dia pula yang rasa senang dan gembira
Di dalam pergaulan
boleh bertolak ansur dan berlebih kurang
Mengutamakan orang lain
jadi budaya hidupnya

Maaf-bermaafan,
berkasih sayang,
bertolong bantu mudah sekali

Bertegur sapa,
beramah mesra kepada sesiapa sahaja

Orang bertaqwa
peri kemanusiaannya tinggi sekali

Tidak mengata,
tidak mencerca
tidak menipu daya

Boleh membuat baik kepada orang yang jahat kepadanya
Apatah lagi orang yang membuat baik kepadanya

Dengan kawan taat setia,
dengan guru,
ibu bapa,
pemimpin
mereka hormati

Orang yang jahat dia tidak membalas kejahatan kepadanya
Bahkan didoakannya orang itu mendapat hidayah daripada Tuhan

Begitulah sifat orang bertaqwa
sungguh tinggi peri kemanusiaannya
Kalau ramailah orang yang bertaqwa,
amanlah masyarakat
Hidup berkasih sayang,
rasa bersama
dan bekerjasama
dan harmoni.....

Share:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support