Isnin, 22 Februari 2010

Inter Mastima Bowling Tournament 2010

  Inter Mastima Bowling Tournament 2010 telah berjaya dianjurkan dengan penuh gilang gemilang.
   Program tersebut yang berlangsung seawal jam 10.30 pagi sehingga 3.30 petang,  Bertempat di Megalink , Megamall Pacific, pertandingan tersebut melibatkan 80 peserta. 3 kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki Terbuka, Kategori Wanita Terbuka dan Kategori Keluarga.
 
52 peserta bagi kategori lelaki, 14 peserta wanita dan 14 keluarga telah menyertai pertandingan bowling pada tahun ini.  pertandingan bowling ini berjaya menarik kehadiran tinggi. dianggarkan kehadiran pada hari berkenanan adalah sekitar 200 orang.
   Turut tidak ketinggalan warga - warga emas, kanak - kanak ,belia, remaja, pemuda, pemudi hadir menyatakan sokongan padu bagi menjayakan pertandingan bowling itu.

 
Pertandingan tersebut dimulakan dengan Kategori Keluarga dan kemudiannya Kategori Lelaki Dan Wanita Terbuka. Pertandingan dijalankan secara silang ataupun " Cross Line" . Bagi kategori lelaki terdapat 2 saringan bagi memilih juara individu manakala kategori wanita hanya 1 saringan akhir telah diadakan bagi menetu hakmilik kejuaraan. Juara dikira mengikut sistem kiraan mata tertinggi. Sebaliknya bagi kategori keluarga hanya 14 keluarga berentap bagi menentukan juara pasukan.
 Pihak penganjur iaitu JKKK KG Masjid Timah pada sebelum iatu telah memberi T - Shirt percuma kepada penyertaan awal yang telah didaftarkan..



 ***** Berita Lanjut akan Menyusul**
Share:

Ahad, 14 Februari 2010

Sekitar Majlis Kenduri Rumah HJ ALi


 

    Majlis Kenduri Rumah Hj Ali berjalan seperti kebiasaanya seperti majlis - majlis kenduri yang lain. Majlis kenduri kali ini menampilkan konsep bergotong - royang secara beramai - ramai. Dianggarkan 1000 orang hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan puteri beliau.
     Anak Desa mengucapkan terima kasih pada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis kenduri di rumah Hj Ali.
Share:

Khamis, 11 Februari 2010

  Adapun hulubalang dan panglima mengamukah kesana kemari menurut redam hati, seraya dicanang amukkan pada pemerintah menyembah derhaka pada Paduka Kuasa Bermuktlak, maka dibunuhnya sampai tiada satupun yang kekal hidup didalam negeri. Syahadan pada masa itu berengkatlah sang nila utama membenteng segi sekelian hamba rakyat menyanggah titah daulut pemerintah disingahsana masyur.
  Bermohon sekelian hamba rakyat mengadu nasib pada datuk laksamana, harapan terhindar musibah dan kecelakaan ini, sedang waktu itu kucar kacir serata negeri dibadik amukkan pahlawan - pahlawan terbilang menghitung nyawa dahagakan kebenaran.
Melihat sekelian hamba rakyat berdukacita, maka berlayarlah datuk laksamana jauh ke tengah negeri mengadap Seri Paduka Banginda, berkhabarkan hal demikian. Setibanya mengadap Paduka Seri Baginda, seraya mendapat watikah mohor diraja menjatuh hakimi pemerintah zalim.

Pulanglah datuk laksamana berdukacita kerana watikah duli terhadap sahabatnya.Seelah 3 malam berunggun embun tibalah datuk laksamana yang ditunggu pulang ke negeri, seraya watikah duli dibacakan mengadap sekelian rakyat, Selesai watikah dibacakan, halai dibalai akan negeri mencari sepelusok negeri penderhaka rakyat dibuang bukan dalam daerah tanah jajahan negeri.Banyaknya hina menyumpah dihembur rakyat.
   Hatta kembalilah aman sentosa negeri serta tanah jajahan pabila tiada penderhaka rakyat, Rakyat berpayungkan Paduka Raja, Raja bertuankan Rakyat, pemerintah zalim habis berbunuh kerna bertamak harta makan sendiri.......


Anak indung anak ketitir
Anak merbah terlompat-lompat
Yang dikendong habis tercicir
Yang dikejar haram tak dapat

Bukan saya condong ke dulang
Saya tak mahu condong ke desa
Biar saya berputih tulang
Saya tak mahu berputih mata

Burung kedidi terbang ke pantai
Dari pantai terbang berkawan
Kerana sebiji rosak setangkai
Sebab setangkai rosak sedahan

Bunga melur mekar setangkai
Sungguh wangi bunga melati
Biar buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Hujan ribut di waktu malam
Dahan meranti hanyut terapungg
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung
Share:

Rabu, 10 Februari 2010

Pepohan Tidak Berbuah

 Alahai pohon dijaga menumpang hidup, tegak pasak memecah akar dibumi, kembang merendang memayung kepanasan, hasil baja disulam kasih namun hampa debunga harapan gugur sebelum mekar. Bunga mekar menawan hati di pandang harapan gugur tersadai pabila renyai tiba, ratap si pemuja dengan keluhan kerna segalanya musnah dipanah kecewa.
    Alaihai bunga selasih si bunga padi, kembang mekar didalam taman, pertama kasih si dua budi yang mana satu hendak diturutkan Aduhai sayang mana hendak dicari, hendak ditabur bakti pada pertiwi
Bermohon merayu wajah ikhlas agar hidup dikasihi bakti menumpang hayat dihujung kalam.Harapan tersemat pada kumbang bistari, tersusun madah hati tergoda idaman, bertandang angan - angan segunung puncak di kaki langit namun tewas haloba diri. Benih tersemai dimamah bumi walaupun belum berusia.
  Tersadung hidup berharta leka dibuai mimpi, lupa diri berpijak bumi, langkah ditaut dibatas awan.Meninggi diri tidak sedar sang tupai jatuh kebumi jua. Kuala sungai dilengkong karam payau airnya tidak lah masin tidaklah tawar, bagaimana mengatur hidup tanpa wujud ikhlas di hati.Sakit menyakitkan hati sesama insan tanpa rasa bersalah, sanggupkah kita berdakwa Dihadapan Allah suatu masa Di Padang Masyar.....?
Share:

Khamis, 4 Februari 2010

     Semakin hari kisah dan lagu beberepa isu yang dicanang seolah - olah terpinggir, tenggelam dan timbul ibarat sabut dalam air. Berpekik hulubalang mempersoal tentang hak dan rasa ketidakpuasahati. Golongan bangsawan seolah - olah membutakan telinga, memekakkan mata, mengunci baris ayat.
     Isu - isu ditempat dikupas dengan pandangan sendiri, sama ada betul kenyataan tersebut tidak diperdulikan lagi.Hatta fitnah sekalipun sudah menjadi satu perkara yang benar untuk ditegakkan. Baisan bangsawan yang mentadbir masyarakat disini seolah - olah memberi jawapan pada soalan yang tidak dikemukankan, sedangkan soalan yang diutarakan dilihat remeh dan tidak langsung di ulas dan dihuraikan dengan penerangan yang lebih mendalam.Hulubalang - hulubalang dan pahlawan - pahlawan telahpun membuka bunga - bunga silat dan hanya menanti musuh menerjah. Maka terpekiklah .. khemah oh khemah...? dari dulu kini dan selamanya tidak selesai lagi dan kini ditambah set buffet yang akan diberikan. Pelbagai andaian dan negatif timbul, jika dikatakan hulubalang ini menabur fitnah tidak boleh dikatakan begitu kerana pendapat dan andaian mereka berasaskan pengalaman yang telah berlalu. Pengalaman selalunya mengajar manusia itu matang dan memberi peringatan..Sentiasa berwaspada didalam tingkahlaku wajar untuk mempertahankan keharmonian setempat.
     Bersabarlah wahai para pejuang,pahlawan dan hulubalang, jangan menjadi sasau dan hilang pertimbangan membuat keputusan.Perkara mudah kita permudahkan, Jalan yang berliku kita rekoh bersama. Usah dipertikaikan lagi sebaliknya bertindak mengikut Hukum Allah dan bukannya hukum akal yang tewas.
    Anak Desa merasakan isu yang diwar - warkan tersebut, mudah sahaja untuk diselesaikan. Segala bentuk peralatan untuk kegunaan setempat tidak lagi di sewakan sebaliknya hanya digunakan oleh masyarakat setempat..Jika soal kewangan menjadi penghalang kita sama - sama usahakan bagaimana untuk menambah perlatan tersebut. Jika masih secara berterusan disewakan... hasilnya entah kemana.. peralatan rosak tidak diperdulikan, apatah lagi jika hilang....  sama - samala kita fikir......
Share:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support