Jumaat, 27 Ogos 2010

Cahaya Laitatul Qadar



      SAMA ada sedar atau tidak, kita sudah berada pada hari terakhir Ramadan al-Mubarak. Kebiasaannya bermula pada malam 15 Ramadan, jemaah masjid atau surau akan mengakhiri solat tarawih dengan solat witir dan membaca doa qunut.
Setiap rakaat solat tarawih, akan dibacakan surah al-Qadr pada rakaat pertama. Tradisi itu sudah sekian lama diguna pakai sebilangan besar masyarakat Islam di Malaysia sama ada di bandar mahupun kampung.
Pada Ramadan ada satu malam disebut Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa berdoa dan beribadat pada malam itu doa mereka akan dimakbulkan. Justeru, kita digalakkan membaca surah al-Qadr pada malam penghujung Ramadan ini.
Lailatul Qadar adalah satu malam penuh keistimewaan dikurniakan Allah kepada umat Muhammad SAW. Firman Allah bermaksud: Dan amal ibadat yang dikerjakan pada malam tersebut dinilai lebih baik daripada seribu bulan.


Dalam surah al Qadar Allah SWT menyatakan:
Sesungguhnya Kami turunkan (al-Quran) itu pada malam al Qadar. Dan apakah kamu mengetahui mengenai malam al-Qadr. Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Diturunkan malaikat dan roh padanya dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar.”
   Jika dihitung seribu bulan bersamaan dengan 83 tahun tiga bulan. Betapa besarnya keistimewaan beribadat pada malam itu, namun tidak ramai umat Islam berkesempatan mendapatnya melainkan mereka yang kuat iman, sanggup meluangkan masa dengan solat sunat, membaca al-Quran, berdoa, bertaubat dan bermunajat di hadapan Allah.

   Tanpa membataskan tarikh tertentu pada Ramadan untuk merebut Lailatul Qadar, umat Islam yang konsisten dengan amal ibadat 30 hari tentu akan menemui Lailatul Qadar walaupun tidak bertemu dengan tanda kemunculannya.

   Masyarakat banyak berpegang kepada alamat seperti pada malam itu air menjadi beku, pokok sujud ke bumi, tidak ada kedengaran salakan anjing dan sebagainya. Bagaimanapun Rasulullah SAW ada menyuruh kita mencari Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir Ramadan dengan meningkatkan ibadat.

   Tujuan disembunyikan malam Lailatul Qadar itu mempunyai hikmahnya tersendiri supaya kita berusaha mencarinya, meningkatkan ibadat pada semua malam dan untuk menguji keimanan Islam terhadap janji Allah SWT.

   Kita tidak sepatutnya berpegang dengan anggapan karut-marut seperti mengatakan Lailatul Qadar itu sebagai seorang tua berjubah dan berserban serba putih, sesiapa bertemu dengannya hendaklah memeluknya dan meminta apa saja kita inginkan. Dia akan memberi apa saja kita minta.
Kepercayaan dicipta semata-mata untuk orang yang malas dan mengambil jalan mudah tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

  Hakikatnya, Lailatul Qadar adalah satu malam Allah untuk diberikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang yakin dengan janji Allah. Mereka berebut-rebut beribadat memenuhi ruang masjid dan surau membaca al-Quran, berzikir dan berqiamulail.

 Mereka tamakkan Ramadan yang berada pada penghujungnya. Peluang ini tidak diperoleh pada bulan lain.

Nabi SAW bersabda bermaksud:

Apabila malam akhir Ramadan maka menangislah langit dan bumi serta malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhamad. Sahabat bertanya: Apakah musibah itu? Rasulullah menjawab: (Musibah) kerana perginya Ramadan kerana dalam bulan ini doa dimakbulkan semua sedekah di terima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Jabir)
Pada malam Lailatul Qadar seluruh malaikat dan roh nabi, rasul serta roh orang yang salih turun bersama berdoa dan mendoakan orang yang beribadat pada malam itu hingga terbit fajar.
Bagi mereka yang berpeluang bertemu malam itu juga akan berasa puas dan gembira hasil kesungguhan mereka beribadat sejak awal Ramadan hingga mendapat pengiktirafan Allah dengan disaksikan malaikat dan nabi.
Share:

Getar Hati



Hatiku bergetar
Bila nama-Mu disebut, dialun
Alangkah sayunya hati
Alangkah pilunya hati

Kenangan dosa-dosaku yg menggunung
Engkau bisa saja menghukumku
Tapi Engkau hulurkan rahmat-Mu
Menggerakkan aku mencari taubat-Mu

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
Jangan Engkau tinggalkan aku
Walau sesaat, atau waktu yang lebih singkat dari itu…
Share:

Taubat Seorang Hamba.....

       Dan dengan sesungguhnya taubat itu pintu segala penyucian hati bagi hamba - hamba yang menyesali akan segala dosa - dosanya dan mengaharpkan pengampunan Yang Maha Esa yakni Allah.....


      "Demi kemuliaan aku tidak akan melepaskan anak adam sehingga ia terpisah dengah rohnya". Maka Allah berfirman:
               "Demi kemuliaan dan kebesaranKu Aku tidak akan menutup jalan taubat dari hambaKu sehingga ruhnya ditengkeroknya(Hampir Mati)

     Sesungguhnya Allah sentiasa mengampuni hamba - hambaNya bertaubat dengan sepenuh hatinya.


  " Bertaubatlah sebelum terlewat kerna dengan taubat itu dapat menyucikan diri walaupun cuma sempat sesaat didalam penyesalan....."

   " Dan Barang sesiapa yang berbuat dosa atau maksiat bagi dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, Nescaya allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang...."




       Maka hendaklah berbanyak istiqfar memohon keampunan allah agar kita tidak tergolong didalam golongan yang zalim kepada diri sendiri.....






      " Carilah jalan - jalan dan pintu - pintu kesyurga sesekali janganlah kamu mendekati bahang - bahang api neraka yang amat pedih dan azab"


   " Janganlah berputus asa dari mengharapkan rahmat Allah. Sesekali janganlah kamu berpaling dari Allah Kerna jika allah berpaling darimu.. nescaya neraka jahanam tempatmu"








     SEORANG ahli hikmah berkata:
Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.
     Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:
  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.
      Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.
Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.
    Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

   Bertaubatlah kamu sebelum ajalmu menjelma "




Wahai kaumku…!
Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.

Wahai kaumku…!

Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.

Wahai hamba…!

Tiada sesuatu pun di sini kecuali al-Khaliq. Jika engkau bersama al-Khaliq maka engkau adalah hamba-Nya, dan jika kamu bersama makhluk-Nya, maka kamu adalah hamba mereka, hingga engkau dapat membuang ketandusan dan kegersangan di hatimu serta mencerai-beraikan semuanya dari hatimu. Apakah kamu tidak tahu, bahawa orang yang mencari Allah akan berpisah dengan semuanya itu. Sudah cukup jelas, bahawa segala sesuatu dari makhluk adalah hijab antaranya dengan Khaliq.

Wahai hamba…!

Janganlah kamu bermalas-malas, kerana selamanya kemalasan itu akan membuatmu terhalang dan akan menimbulkan penyesalan di dalam hatimu. Oleh itu perbaikilah pekerjaanmu, sementara Allah telah berbuat baik kepadamu, di dunia mahupun di akhirat.



     Segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, mengharapkan pertolongan-Nya, meminta ampun kepada-Nya, serta memohon petunjuk-Nya. Kami juga berlindung kepada-Nya dari kejahatan hawa nafsu dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Orang yang diberi petunjuk oleh Allah tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Sebaliknya, orang yang disesatkan tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah hamba dan pesuruh-Nya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan sekelian pengikutnya hingga ke akhir zaman.

Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :


Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

    Wahai sekelian hamba Allah! Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan. Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada sekalian anak cucu Adam. Pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat.
     Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang, samada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang kaya mahupun orang miskin. Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia.


 Sumber Rujukkan Kitab Tanbihul Ghafilin


"Peringatan Pada Yang Lupa"
Share:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support