Jumaat, 29 Januari 2010

Bicara Santai


     Bicara santai, inilah ruang silatulharim yang digunakan oleh warga desa untuk mengukuh silatulrahim, minum petang sambil berbual pelbagai topik pasti satu tradisi yang telah lama dipraktikkan oleh warga veteran sejak dulu kala seolah - olehnya diperturunkan tradisi ini kepada generasi pelapis.
    Bertekak,bergurau,bersenda didalam ruang silatulrahim yang begitu murni, malah kekadang perbincangan " kedai kopi " menjadi satu usal yang berguna untuk dipraktikkan.
     Anak Desa membayangkan sekiranya warung diwujudkan didesa tercinta ini pastinya akan lebih meriah kerana disinilah peluang seluruh pelusuk desa bertemu, bermesra, alangkah baiknya secara tidak langsung mewujudkan keharmonian rukun tetangga.
Share:

Selasa, 26 Januari 2010

Sekitar Lawatan Datin Seri Wan Azizah



    Sekalung tahniah kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail dan seluruh jentera pentadbiran Parti Keadilan Rakyat Cabang Permatang Pauh kerana sudi bertandang bertemu penduduk desa ini.
    Kehadiran Presiden amatlah dialu alukan dan dihargai oleh selurh penduduk desa tercinta ini. Walaupun berlaku pertembungan beberapa program namun majlis berkenaan berjalan dengan lancar.
    Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Hj Mustapa B Awang dan disululi ucapan Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat , seterusnya ucaptama Datin seri Wan Azizah Ismail. Majlis Berkenaan di pengerusikan oleh Ahmad B Salim.
     Kehadiran amatlah memberangsangkan walaupun pada hari berkenaan hari berkerja namun tidak dapat dinafikan sokongan penduduk disini masih lagi kukuh mempertahankan prinsip perjuangan yang telah disemai sekian lama.Harapan Datin Seri ketika memberi ucaptama agar penduduk terus memberi sokongan serta mengiringi doa untuk kesejahteraan bersama.
    Syukur kehadrat Illahi kerana kesudian Datin Seri memyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat melalui JKKK yang dilantik. Sumbangan berupa RM 6500 untuk dua program yang berlainan, RM 3500 adalah diperuntukkan untuk menganjurkan Inter Mastima Bowling tournament 2010 dan RM 3000 untuk pembelian Set Buefet untuk Pakatan Mengkuk Pinggan Kg masjid Timah, disamping itu Datin Seri dengan murah hati menyampaikan sumbangan Hamper untuk 3 individu yang uzur serta fakir. Penerima sumbangan berkenaan adalah Hj Darus B Md Zain, Mat Zin Dan Pn Rokiah Bt Shapiee.
    Allhamdunillah syukur kerana setiap kali lawatan Datin Seri  pasti dibawa sumbangan yang akan diberikan.Terima Kasih Datin Seri. Ketika soaljawab bersama Datin Seri telah dilontarkan oleh penduduk untuk mengertahui perkembangan terkini berkenaan isu semasa.
         Semoga dengan ikatan terkukuh mesra diantara kita didalam memperjuangkan Hak Ketuan Rakyat. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Program berkenaan.
Share:

Jumaat, 22 Januari 2010

Tembok Ratapan



      Tembok ratapan itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan kini untuk mengambarkan sekatan - sekatan dan penindasan secara kelembutan. Pincang tetap pincang didalam melaksanakan tugas, pelbagai perspeksi yang telah dilontarkan kepada Anak Desa.
    Sukar terlalu sukar melaksanakan amanah dan kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan sekiranya tembok - tembok penghalang dan sifat diskriminasi masih lagi berleluasa didalam pentadbiran setempat.
    Apalah ertinya menonjol nama jika keikhlasan dibuang bagaikan sampah yang merempat. Apa keperluan jika ingin berbakti memerlukan kebenaran satu pihak yang lain, pihak yang dianggap berkuasa mutlak. Apakah ini zaman diktator...??? hairan tetap hairan masih lagi wujud manusia sebegini yang mementing pangkat dan kuasa menentukan sesuatu keputusan.Anak Desa ingin memetik Khutubah jumaat petang tadi, : berilah peluang dan ruang serta sokongan kepada belia - belia muda untuk berjuang menegakkan kebenaran berlandaskan Al - Quran dan hadis, seterusnya menegakkan kalimah Laillahaillah.
     Jika seseorang tidak dapat bertolenrasi tentu sukar bagi sesiapa pun untuk berkerjasama.Panas dan sakit hati rasanya jika permintaan secara lembut dibalas dengan nada biadap serta keras. Ungkapan sebegitu boleh dianggap sebagai penghinaan dan bahasa paling kasar " maki hamun" benar ataupun tidak hanyalah didalam pengetahuan illahi yang tidak pernah terlepas pandangannya. Magic jika permintaan anak muda diperlekeh, sedangkan bila berhadapan insan yang lebih tua, nada intonasinya bagai lembut gigi dari lidah. Wajarkah di panggil lidah bercabang. Bukan sekali situasi ini berlaku malah telah banyak persoalan yang timbul dan diuji sebegini.
     Namun kesabaran didalam amal masih kuat, hanya berserah dan bertawakal pada Illahi semoga dibukakan jalan penyelesaian. segala ketentuan, sudah tertulis.Mungkin ini cabaran getir dan ujian Illahi didalam menentukan kesabaran setiap insan untuk terus memperjuangkan Hak Rakyat. Tewas sebelum berjuang, berpantang ajal sebelum maut itulah prinsip yang perlu dipraktikkan.
    Peluang dan ruang telah diberikan selama ini, telah dibuka seluas - luasnya, namun kesempatan itu dilihat sebagai lembut dan tidak bijak,maka dipijak dan diperdajalkan begitu saja tanpa bermaruah.Soal maruah dan prinsip jangan dicabar kerana segalanya bertahap.
   Bermula detik ini, tegas dan lantang akan mengisi segenap pelusuk desa, pendekatan lebih keras dalam diplomasi akan digunakan untuk menegakkan hak, satu persatu akan dibongkarkan, helaian demi helaian akan diselak, bernar akan berkata benarlah walaupun ianya pahit, bergadai nyawa darah terhutang akan di korbankan demi ketuan rakyat dimahkotakan kembali. tidak akan ada lagi perkataan gentar,bacul didalam perjuangan.
    Gempur.... gempur.. gempur pasti digempur berterusan biarpun dikatakan sekuat guruh dilangit, bidasan dan anti tangkisan pasti digunakan, biar anak panah dikatakan sekuat kilat di langit menyerah tidak lagi.... "usah berbicara tentang perjuangan jika takutkan risiko" itulah petikan DSAI pada tahun 1997... kata - kata hikmat itu masih lagi terpahat dikukuh dihati, berasas semangat inilah pendekatan berbeza akan di praktikkan. Biarpun pandangan insan - insan bertentangan namun jika soal kebenaran dan hak pasti tiada lagi peluang kedua.... wasalam....
  
Share:

Khamis, 21 Januari 2010

Majlis Dialog


Majlis Dialog:-

Bersama,
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Ahli Majlis MPSP

Tarikh   : 24 Jan 2010
Jam       : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Tenggiri ( Belakang Shell )



Program Sampingan :-

a) Pelancaran Krusus Menjahit
b) Sumbangan Hamper Kepada Fakir Miskin

Program tersebut akan berlansung secara serentak. Semua Penduduk setempat dijemput hadir.

Anjuran AMK Permatang Pauh
Share:

Menanti Kunjungan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Ismail



      23 Jan 2010, Menjelang kemuncak kempen 1000 tandatangan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah, melapangkan waktu seketika melawat ke desa tercinta ini. Anak Desa dimaklumkan bahawa lawatan tersebut adalah untuk meninjau keluarga - keluarga miskin yang memerlukan perhatian untuk dibela. Kesempatan ini pastinya digunakan sebaik mungkin untuk kita menterjemah kesungguhan kita meyokong Datin Seri seterusnya meluahkan apa keperluan kita sebagai rakyat dan ahli parti.
      Selamat Datang Ke Kg Masjid Timah tulus ikhlas dari seluruh AJK Ranting, JKKK serta ahli - ahli Parti Keadilan Rakyat Ranting Kg masjid Timah. Kedatangan Datin Seri sedikit sebanyak memberi suntikkan semangat kepada Jentera Ranting untuk terus kekal berkhidmat demi menjamin kejayaan dan perjuangan kita terlaksana.
    Terima kasih diatas kesudian Datin Seri melapang waktu untuk turun padang melihat rakyat jelata, sesungguhnya kehadiran Datin seri adalah kebangaan kami. Doa restu kami rakyat sentiasa mengiringi Datin Seri , DSAI serta ahli keluarga. Ketabahan Datin Seri menjadi pembakar semangat kami untuk terus menongkah cabaran serta dugaan didalam melaksankan tugas sebagai wakil parti diperingkat ranting.
Terima Kaish Datin Seri,
Share:

Menjelang Pemilihan Ranting


       Anak Desa difahamkan bahawa tahun ini, Parti Keadilan Rakyat bakal menghadapi pemilihan disemua peringkat. Harapan Anak Desa semoga pemilihan yang berlangsung nanti benar - benar memberi peluang kepada orang yang lurus perjuangannya dan komited dengan tugas serta mampu membawa nafas baru kepada parti.
     Anak Desa juga turut merasakan kini sudah sampai masanya Ranting Masjid Timah memerlukan pemimpin baru untuk membawa perubahan seterusnya mengukuhkan kewaujudan Parti Keadilan Rakyat Ranting Kg Masjid Timah.Sesungguhnya lain orang lain ragamnya, mungkin dengan pemilihan Ketua Ranting yang baru dapat membawa sinar dan cara pentadbiran yang lebih baik.Kadang kala kita memerlukan sesuatu yang baru dan perubahan demi membangunkan masyarakat setempat.Cukuplah sepenggal ditadbir dan lebih mudah jika diaplikasikan sistem pengiliran yang akan dapat mencorak perjalanan parti. Ada baik dan buruknya tetapi tidak salah jika kita mencuba sesuatu yang baru.
     Ketua Ranting satu jawatan yang seringkali ditolak oleh generasi atasan, apakah hanya golongan belia sahaja yang harus dipertanggunjawabkan untuk memikul tugas ataupun generasi atasan hanya ingin melihat rentak pentadbiran generasi kini.Disebalik kekalutan mencari peminpin yang bakal menerajui ranting, seolah - olah kita kehilangan calon sedangkan lebih ramai golongan akedamik dan cendiakawan yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab tersebut.Mengapa peluang dan ruang yang dibuka tidak disahut, inilah kelainan yang Anak Desa lihat didalam Parti Keadilan Rakyat Ranting Masjid Timah berbanding parti - parti yang lain, masing - masing kecoh merebut jawatan.
    Pemilihan kali ini diperingkat ranting jika ada berilah peluang kepada insan lain yang lebih layak, kerana jika diikutkan perjanjian asal diantara ahli - ahli Ketua ranting kini meletakkan syarat bahawa dia hanya akan memikul tanggungjawab selama satu penggal sahaja. Maka dengan demikian wajarlah kita setiap ahli mematuhi peratuan dan perjanjian yang telah dipersetujui bersama.
"Salam Perjuangan "
Share:

Isnin, 18 Januari 2010

Aduan




Lawatan MPSP selepas aduan diterima
Share:
Inter Mastima Bowling Tournament 2010
Anjuran JKKK Kg Masjid Timah


Tarikh        :  21 Feb 2010
Masa          :  1030 Pagi
Tempat       :  Mega Link, Megamall Pacific Perai

  1. Terbuka kepada seluruh penduduk Kg Masjid Timah, termasuk ahli keluarga terdekat yang menetap diluar kg.


  2. Setiap peserta diwajibkan melapor diri 15 minit awal dari jadual perlawanan.Kelewatan akan membatalkan penyertaan.


  3. Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-

  a)   Kategori Keluarga
  i)    Setiap keluarga dibenarkan menghantar sebanyak mungkin pasukan.
  ii)   Setiap Pasukan hanya dianggotai 3 ahli pasukan sahaja
  iii)  Setiap peserta hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja
  iv)  Yuran Penyertaan adalah RM 20 untuk satu pasukan

  b)   Kategori Lelaki Dan Wanita Terbuka
  i)     Peserta kategori ini dibenarkan menyertai kategori keluarga
  ii)   Yuran penyertaan adalah RM 10 setisp seorang

  4  Hadiah - hadiah seperti berikut :-
 
       a)   Kategori Keluarga                                   b)   Kategori Lelaki Dan Wanita Terbuka
        
  i)  Johan                Piala + Hamper + Sijil                   i)  Johan                 Piala + Hamper + Sijil 
  ii)  Naib Johan       Piala + Hamper + Sijil                   ii)  Naib Johan       Piala + Hamper + Sijil 
  iii)  Ke - 3             Piala + Hamper + Sijil                   iii)  Ke - 3              Piala + Hamper + Sijil 

  5.  Setiap penyertaan berpeluang memenangi Cabutan Bertuah diakhir pertandingan. Hadiah - hadiah menarik disediakan.




  6.  Keputusan Juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan



  7.  Minum pagi disediakan

  8 . Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Jan 2010

  9.  Matlumat lanjut serta penyerahan borang sila hubungi :-

  Ahmad Salim                       019 4473671          Ahmad Rashidi Zakaria                013 4374067
  Ahmad Yazaid Mustapa      019  4085724         Mohd Zaki Arshad                        012  4323591

  10. Perhatian Iklan yang dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal secara mutlaknya.

Jom… Jom… Jom… Bowling Datang Lagi




Share:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support