Jumaat, 22 Januari 2010

Tembok Ratapan



      Tembok ratapan itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan kini untuk mengambarkan sekatan - sekatan dan penindasan secara kelembutan. Pincang tetap pincang didalam melaksanakan tugas, pelbagai perspeksi yang telah dilontarkan kepada Anak Desa.
    Sukar terlalu sukar melaksanakan amanah dan kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan sekiranya tembok - tembok penghalang dan sifat diskriminasi masih lagi berleluasa didalam pentadbiran setempat.
    Apalah ertinya menonjol nama jika keikhlasan dibuang bagaikan sampah yang merempat. Apa keperluan jika ingin berbakti memerlukan kebenaran satu pihak yang lain, pihak yang dianggap berkuasa mutlak. Apakah ini zaman diktator...??? hairan tetap hairan masih lagi wujud manusia sebegini yang mementing pangkat dan kuasa menentukan sesuatu keputusan.Anak Desa ingin memetik Khutubah jumaat petang tadi, : berilah peluang dan ruang serta sokongan kepada belia - belia muda untuk berjuang menegakkan kebenaran berlandaskan Al - Quran dan hadis, seterusnya menegakkan kalimah Laillahaillah.
     Jika seseorang tidak dapat bertolenrasi tentu sukar bagi sesiapa pun untuk berkerjasama.Panas dan sakit hati rasanya jika permintaan secara lembut dibalas dengan nada biadap serta keras. Ungkapan sebegitu boleh dianggap sebagai penghinaan dan bahasa paling kasar " maki hamun" benar ataupun tidak hanyalah didalam pengetahuan illahi yang tidak pernah terlepas pandangannya. Magic jika permintaan anak muda diperlekeh, sedangkan bila berhadapan insan yang lebih tua, nada intonasinya bagai lembut gigi dari lidah. Wajarkah di panggil lidah bercabang. Bukan sekali situasi ini berlaku malah telah banyak persoalan yang timbul dan diuji sebegini.
     Namun kesabaran didalam amal masih kuat, hanya berserah dan bertawakal pada Illahi semoga dibukakan jalan penyelesaian. segala ketentuan, sudah tertulis.Mungkin ini cabaran getir dan ujian Illahi didalam menentukan kesabaran setiap insan untuk terus memperjuangkan Hak Rakyat. Tewas sebelum berjuang, berpantang ajal sebelum maut itulah prinsip yang perlu dipraktikkan.
    Peluang dan ruang telah diberikan selama ini, telah dibuka seluas - luasnya, namun kesempatan itu dilihat sebagai lembut dan tidak bijak,maka dipijak dan diperdajalkan begitu saja tanpa bermaruah.Soal maruah dan prinsip jangan dicabar kerana segalanya bertahap.
   Bermula detik ini, tegas dan lantang akan mengisi segenap pelusuk desa, pendekatan lebih keras dalam diplomasi akan digunakan untuk menegakkan hak, satu persatu akan dibongkarkan, helaian demi helaian akan diselak, bernar akan berkata benarlah walaupun ianya pahit, bergadai nyawa darah terhutang akan di korbankan demi ketuan rakyat dimahkotakan kembali. tidak akan ada lagi perkataan gentar,bacul didalam perjuangan.
    Gempur.... gempur.. gempur pasti digempur berterusan biarpun dikatakan sekuat guruh dilangit, bidasan dan anti tangkisan pasti digunakan, biar anak panah dikatakan sekuat kilat di langit menyerah tidak lagi.... "usah berbicara tentang perjuangan jika takutkan risiko" itulah petikan DSAI pada tahun 1997... kata - kata hikmat itu masih lagi terpahat dikukuh dihati, berasas semangat inilah pendekatan berbeza akan di praktikkan. Biarpun pandangan insan - insan bertentangan namun jika soal kebenaran dan hak pasti tiada lagi peluang kedua.... wasalam....
  
Share:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support