Sabtu, 31 Julai 2010

Sejarah Yang Lenyap

BARISAN TANI MALAYA



7 Julai 63 tahun silam, golongan patriotik-demokratik Malaya dari aliran nasionalis, sosialis agama dan komunis telah mendirikan Barisan Tani Malaya di Kajang Selangor. Barisan Tani Malaya di bawah pimpinan langsung Jabatan Kerja Melayu PKM menjadi salah satu tenaga dalam barisan bersatu PUTERA-AMCJA. Belumpun sampai setahun Barisan Tani, penjajah British telah mengharamkannya bersama-sama parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan lain yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air di bawah undang-undang darurat 1948. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Barisan Tani Malaya, mari kita rujuk tulisan Bapa Abdullah C.D. yang dimuatkan dalam Memoirnya ZAMAN PERGERAKAN SEHINGGA 1948, terbitan SIRD, 2005

Kaum tani Melayu secara tradisinya berpendirian anti-penjajah. Dalam masa Perang Dunia Kedua, kaum tani merupakan sandaran penting Perang Anti-Jepun. Kampung-kampung Melayu yang luas di seluruh negara telah menjadi pangkalan Perang Anti-Jepun yang kukuh.

Kampung halaman saya daerah Parit, Perak menjadi pangkalan gerakan anti-Jepun yang kuat. Front persatuan anti-Jepun seperti Liga Anti-Jepun, lasykar rakyat dan lain-lain dianggotai oleh kaum tani di sepanjang Sungai Perak dari Teluk Anson hingga ke Parit. Di kawasan ini telah didirikan pemerintahan sementara yang membela kepentingan kaum tani semua kaum.

Masalah pokok yang dihadapi kaum tani masa itu ialah ketiadaan bahan makanan. Saya yang turut memimpin pasukan lasykar rakyat dan organisasi front persatuan anti-Jepun lainnya menganjurkan orang ramai menanam tanaman yang cepat boleh menghasilkan hasil seperti ubi kayu, jagung dan padi. Mereka yang tidak bertanah atau kekurangan tanah boleh memohon kepada Jawatankuasa Anti-Jepun Rakyat dan kami akan meluluskan permohonan mereka itu. Mereka tidak perlu pergi ke pejabat daerah. Kami mengukur tanah dan membahagikan kepada kaum tani secara percuma. Tanah-tanah yang diteroka itu menjadi milik petani sendiri. Cara itu dapat menyelesaikan kesulitan kaum tani.

Pada masa aman selepas kekalahan Jepun, Jabatan Kerja Melayu PKM dan PKMM bekerjasama dengan kaum tani dan menyedarkan mereka tentang kemerdekaan dan memperjuangkan hak-hak kaum tani, khasnya tanah. Untuk mencapai tujuan memperbaiki nasib petani, kami tegaskan bahawa kita pertama-tama haruslah merdeka daripada penguasaan penjajah. Hanya di bawah pemerintahan sebuah kerajaan bersifat rakyat yang merdeka barulah petani dan rakyat lapisan bawah lainnya dapat menikmati kehidupan yang bebas dan sentosa. Maka organisasi-organisasi tani pun dibentuk di kawasan desa serata negeri.

Dalam satu perbincangan khas yang dihadiri oleh Kamarulzaman Teh, Rashid Maidin, Musa Ahmad, Wahi Anuar, Shamsuddin Salleh dan saya, kami menarik kesimpulan bahawa kekuatan nasionalisme haruslah dikembangkan sepenuhnya untuk usaha kemerdekaan tanah air. Kami berpendapat kerja propaganda di pihak pemuda dan wanita telah mencapai perkembangan yang amat memuaskan. Akan tetapi kerja di bidang pertanian walaupun sudah dibentuk beberapa kesatuan tani, belum ada satu badan yang khusus mewakili petani sendiri. Oleh itu kami merasa perlu menubuhkan satu organisasi tani yang boleh mempersatukan gerakan tani di seluruh negara. Dengan itu kami mengambil keputusan untuk membentuk Barisan Tani Malaya (BTM). Selepas kami membuat keputusan itu, saya menyampaikan pendapat ini kepada Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Beliau menyokong sepenuhnya rancangan tersebut.

Kami merasmikan Barisan Tani Malaya pada 7 Julai 1947 di Kajang, Selangor. Dalam kongres itu Dr. Burhanuddin Al-Helmy dijemput menyampaikan ucapan. Kamarulzaman Teh juga menyampaikan ucapan tahniah atas nama PKM.

Kongres memilih anggota Jawatankuasa Pusat BTM sebagai berikut:

Ketua Musa Ahmad
Setiausaha Abas
Bendahari Mokhtar
Bahagian Propaganda Kadir dan Atom

Badan pimpinan peringkat negeri pula ialah:

Kedah Mokhtar
Selangor Atom
Pahang Abas
N. Sembilan Ibrahim Baba
Johor Kadir dan Mat Indra
Melaka ……….
Perak ……….
Pulau Pinang dipimpin oleh pimpinan buruh

Sejak itu, kaum tani telah memiliki organisasinya sendiri. Bersama-sama dengan pertubuhan progresif lain seperti PKMM, PETA, AWAS, kesatuan-kesatuan buruh dan lain-lain, BTM mempersatukan kaum tani berbilang kaum berjuang untuk kemerdekaan tanah air.

Dalam menggariskan perjuangan kaum tani, saya menganjurkan harus terlebih dahulu mengkaji sejarah gerakan tani tanah air. Kami dapati bahawa kepentingan asas kaum tani ialah tanah. Bumi Malaya merupakan kawasan pertanian yang subur. Sejak turun-temurun, nenek moyang kita telah mengusahakan pertanian di bumi pertiwi yang subur ini dan membangun sebuah masyarakat yang bertamadun.

Dalam pelbagai aktiviti BTM, kami tunjukkan bahawa apabila penjajah British menguasai Malaya, mereka membolot tanah subur untuk mengeruk kekayaan tanah air. Tindakan British merampas tanah tersebut telah ditentang keras oleh rakyat. Kaum tani telah melancarkan perang untuk membela kedaulatan tanah air dan membela tanah mereka daripada dirampas oleh penjajah. Dengan itu berlakulah perang seperti:

Perang Naning di Melaka (1831-1833)
Perang Raja Mahadi di Selangor (1866-1874)
Perang Maharajalela dan Dato’ Sagor di Perak (1875-1876)
Perang Dato’ Bahaman di Pahang (1891-1895)
Perang Tok Janggut di Kelantan (1915)
Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu (1928).

Kerana terdapat pengkhianatan yang amat keji, maka perang-perang tersebut gagal mempertahankan keutuhan wilayah tanah air dan penjajah British telah menguasai seluruh Semenanjung Malaya. Namun, perang-perang tersebut telah membentuk satu tradisi mulia semangat patriotisme bangsa Melayu yang diwariskan kepada generasi kemudiannya.

Penjajah British dengan rakusnya menguasai tanah tanaman, tanah lombong dan tanah hutan di seluruh Malaya berabad-abad lamanya. Sehingga tahun 1953, syarikat kapitalis British telah menguasai tujuh puluh peratus tanah estet seluruh negara. Mereka menghalang para petani anak watan meneroka tanah secara bebas dan mereka mengenakan kadar cukai yang amat tinggi ke atas rakyat sedangkan cukai yang dikenakan ke atas tanah milik pemodal British amat rendah sekali. Apabila ladang-ladang getah British mulai dibuka, ia hanya dikenakan cukai seringgit bagi setiap seratus ekar (iaitu satu sen seekar) dalam tujuh tahun pertama. Selepas tujuh tahun ia dikenakan dua puluh lima sen seekar. Manakala cukai bagi tanah kaum tani anak watan pula berlipat kali ganda tingginya. Cukai untuk tanah sawah pada umumnya dikenakan tiga ringgit seekar dan bagi kebun kecil getah pula enam ringgit seekar. Ini tidak termasuk lagi berbagai-bagai jenis cukai lain seperti cukai kepala, ternakan dan lain-lain.

Kami juga tunjukkan bahawa penjajah British menyedari masalah tanah boleh mencetuskan api yang akan membakar kekuasaan penjajahannya. Untuk meredakan kemarahan rakyat, maka pada tahun 1913, pemerintah penjajah menelurkan apa yang dikatakan “Enakmen Tanah Simpanan Melayu.” Di bawah enakmen ini, penjajah British menetapkan bahawa Tanah Simpanan Melayu tidak boleh dijual, disewa atau diserahkan kepada sesiapa juga yang bukan Melayu. Dengan ini di satu segi penjajah British berlagak sebagai “pembela orang Melayu,” di segi lain cuba menutupi perompakannya ke atas sebahagian terbesar tanah air kita dan cuba meredakan kemarahan para petani yang semakin ketara.

Kami tegaskan, bahawa penubuhan BTM pada 1947, adalah untuk menyambung tradisi mulia perjuangan datuk nenek kita menentang penguasaan kolonial dan membela bumi pusaka. Dalam menetapkan matlamat perjuangan tani, kami memadukan tuntutan terhadap tanah dan hak-hak asasi kaum tani dengan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Dalam kongres menubuhkan BTM itu, dibincangkan masalah cara memperbaiki kehidupan kaum tani dan juga perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Seperti juga pertubuhan-pertubuhan patriotik-demokratik lain, BTM mencapai perkembangan yang agak pesat. Akhbar Pelita dan Suluh secara besar-besaran menyeru kaum tani menyertai BTM untuk kemerdekaan dan membela kepentingan kaum tani. Pimpinan PKMM dan Jabatan Kerja Melayu PKM juga bekerjasama membangkitkan seluruh masyarakat terutama pemuda dan wanita tani. Tetapi tugas ini tidak terletak pada pemimpinnya semata-mata. Tugas ini adalah tugas setiap bahagian. Hasilnya gerakan tani berkembang dengan cepat. Hingga menjelang darurat, anggota BTM mencapai angka kira-kira 30,000 orang.

Di Tanjung Karang, Selangor dapat ditubuhkan persatuan tani yang agak kuat. Persatuan itu dipimpin oleh seorang kader wanita dari Indonesia yang pernah ikut serta dalam revolusi Indonesia. Di Ulu Langat ditubuhkan koperasi tani. Di Johor, kaum tani dan kaum buruh kawasan Muar bekerjasama di bawah pimpinan Kadir dan Mat Indra. Di Pulau Pinang anggota barisan tani terdiri daripada nelayan, mereka juga anggota kesatuan buruh. Di Selangor dan Negeri Sembilan juga terdapat syarikat kerjasama tani.

Gerakan tani di Kedah dan Perlis dicantumkan di bawah pimpinan Mokhtar (Mansor). Kedah adalah antara negeri yang paling pesat berkembang gerakan taninya. Sebuah syarikat tani yang besar, anggotanya merangkumi orang Melayu dan orang Tionghua dapat ditubuhkan. Di Kedah juga pernah diadakan kongres tani secara besar-besaran. Selain itu organisasi-organisasi tani seperti syarikat kerjasama dan lain-lain didirikan di berbagai tempat seluruh negara seperti Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Semasa perayaan menyambut Hari Pekerja Antarabangsa pada 1 Mei 1948 di Kajang, Selangor, kaum tani dari Jenderam, Ulu Langat dan tempat-tempat lain berarak dalam satu barisan yang panjang menuju tempat perhimpunan. Mereka yang ikut serta dalam perayaan itu berjumlah puluhan ribu orang, terdiri daripada orang Melayu, Tionghua dan India.

Apabila penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat, BTM turut diharamkan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan patriotik-demokratik yang lain. Namun begitu kaum tani yang luas khasnya di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Kedah dengan gagah berani mengangkat senjata untuk menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan tanah air. Perjuangan tani ini menjelma dalam bentuk perang gerila, menyambung tradisi perang untuk kemerdekaan tanah air di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (kemudiannya ditukar nama menjadi Tentera Rakyat Malaya) adalah tentera rakyat yang terdiri daripada putera puteri kaum tani Melayu yang cintakan kemerdekaan ibu pertiwi dan kedaulatan bangsa.

Rejimen Ke-10 telah meneruskan gerakan BTM di bawah syarat-syarat baru. Di bawah perhatian khusus Setiausaha Agung PKM, Chen Ping, Markas Besar Rejimen Ke-10 mendapat sejumlah bahan bertulis iaitu teori Mao Zedong mengenai gerakan tani. Bahan-bahan ini asalnya dalam bahasa Tionghua, kemudian diterjemahkan ke bahasa Melayu. Antara bahan itu ialah Perjuangan Di Gunung Ching Kang, karya Mao Zedong (1928), dan Penyiasatan Ke Atas Mukim Ching Kang, karya Mao Zedong, (1933). Kemudian kami mendapat pula laporan ringkas tentang kaum tani di Jawa Barat yang ditulis oleh D.N. Aidit bertajuk Kaum Tani Menghancurleburkan Syaitan Desa (1964). Karya-karya ini amat bernilai sebagai bahan teori dan bahan tatapan dalam menggariskan matlamat perjuangan kaum tani di Malaya.

Pada 7 Julai 1949, sempena ulang tahun kedua BTM, saya selaku Komisar Politik Rejimen Ke-10 mengadakan satu perayaan besar-besaran dengan orang ramai di Kampung Bukit Cempedak,Temerloh, Pahang. Dalam perayaan itu kami sebagai pihak tentera rakyat Rejimen Ke-10 menyeru para petani berjuang untuk kemerdekaan dan membela nasib mereka serta menyokong perjuangan untuk kemerdekaan yang dilancarkan Rejimen Ke-10.

Perayaan itu di satu segi untuk menyambut hari kelahiran BTM, di segi yang lain mempererat perpaduan antara massa kaum tani dengan tentera Rejimen Ke-10. Massa petani dengan penuh semangat merayakannya hingga ke pagi.

Markas Besar Rejimen Ke-10 yang meneruskan gerakan BTM terus-menerus memberi perhatian teliti terhadap masalah para petani. Risalah-risalah atas nama Jawatankuasa Pusat Barisan Tani Malaya sentiasa dikeluarkan untuk menyokong perjuangan para petani, menentang ketidakadilan pihak berkuasa dan membantah tindakan pihak berkuasa menangkap para petani yang melancarkan perjuangan untuk menuntut hak sewajarnya bagi kaum tani.

Pada tahun 1950-an, Rejimen Ke-10 di Temerloh telah membentuk “barisan peneroka,” menganjurkan kaum tani meneroka tanah untuk memperbaiki kehidupan atas semboyan, “tanah untuk milik si pekerja.” Seruan ini mendapat sambutan hangat para petani. Pada mulanya saya menghantar orang menghubungi Setiausaha Kerajaan di Kuala Lipis yang pernah menyertai perjuangan PKMM dulu. Setiausaha itu menyatakan sokongan secara peribadi ke atas tuntutan kaum tani itu. Dengan itu mulalah gerakan bebas meneroka di kawasan Bera, yang kemudian berkembang merebak ke kawasan-kawasan yang lain. Dari Lubuk Kawah saya menghantar beberapa orang ke Kelantan untuk membentuk barisan peneroka bagi menyelesaikan masalah kemiskinan kaum tani di sana. Selepas itu gerakan bebas meneroka terus berkembang ke serata negeri sehingga tidak dapat dibendung oleh pihak pemerintah.






 Kisah Yang Di Padamkan






Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy. Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.

Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir. PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya



1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.





2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.









3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.








4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.








5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.








6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.















7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan
penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.









8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA. Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk kemerdekaan.

Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL. HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.


Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato’ Onn menerajuinya.

Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar. British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.

Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’ British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.




Dalam sejarah perjuangan untuk kemerdekaan tanah air, berbagai aliran dan berbagai ideologi telah berganding bahu, mengenepikan perbezaan, mencari titik persamaan dalam perjuangan bersama menentang penjajah British untuk kemerdekaan tanah air. Berbagai aliran dan ideologi ini ialah nasionalisme, sosialisme, agama dan komunis.

Golongan ideologi yang berlandaskan Islam juga besar peranannya dalam perjuangan kemerdekaan. Sebelum darurat diisytiharkan, golongan ini pada pokoknya tergabung dalam Hizbul Muslimin di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang berpusat di Gunung Semanggol, Perak.

Dalam satu kongres Islam di Gunung Semanggol pada tahun 1947, berbagai pihak telah dijemput hadir. Saya juga dijemput atas nama PKM, Dr. Burhanuddin dan lain-lain atas nama PKMM, Boestamam atas nama API dan lain-lain lagi. Persidangan telah membincangkan masalah memperkuatkan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air daripada penjajah British.

Akan tetapi, gabungan kekuatan yang memperjuangkan kemerdekaan itu telah ditindas dengan kejam oleh penjajah British. Hizbul Muslimin dan lain-lain diharamkan, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan ramai lagi disumbat ke penjara. Sungguhpun begitu sebilangan kecil yang tidak tertangkap menyambung perjuangan seperti Asri Haji Muda, Hassan Adli dan lain-lain. Hassan Adli berasal dari Kampung Gajah. Sebelum Darurat dia aktif menggerakkan kaum tani dari Kampung Gajah, Perak sampai ke Tanjung Karang dan Terengganu. Asri pernah menuntut di Il-Ihya Assyarif, Gunung Semanggol. Kemudian beliau aktif dalam PAS dan pernah menjadi Setiausaha Agung PAS yang memerintah Kelantan. Di samping itu beliau juga menantu kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Berkenaan Dr. Burhanuddin pula, saya telah membuat pengaturan terperinci masalah koordinasi perjuangan antara saya dengan beliau. Sebelum meninggalkan basis Temerloh pada tahun 1943, melalui seorang pemuda bawah tanah yang bernama Harun, saya dan Dr. telah berjanji akan menitik beratkan perjuangan di bahagian utara. Beliau akan bergerak di Terengganu. Kerana Terengganu dekat dengan kawasan sempadan, kami boleh berhubungan. Seorang pemuda progresif yang menyokong pendirian Dr. Burhanuddin ialah Aminuddin Baki. Sebelum Darurat, dia selalu datang ke Rumah Merdeka membaca bermacam-macam buku. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke Rafles School, Singapura. Setelah Darurat, dia bekerjasama dengan Dr. Burhanuddin melancarkan perjuangan kemerdekaan di Singapura. Walau bagaimanapun rancangan koordinasi antara saya dan Dr. Burhanuddin ini menghadapi banyak halangan kerana situasi perjuangan yang amat kusut masai.

Untuk tujuan tersebut, mulai tahun-tahun 1960-an, gerakan bawah tanah Rejimen Ke-10 ke tanah air mulai berkembang. Masa itu saya dapat hubungi pelajar-pelajar Islam progresif di beberapa buah sekolah agama di Kelantan, pokoknya Maahad Muhammadi serta menghubungi tokoh-tokoh agama dalam gerakan kiri dulu.

Di bawah situasi dan perkembangan baru ini, mereka memerlukan satu organisasi mereka sendiri untuk bergabung tenaga. Oleh itu syarat untuk menubuhkan sebuah parti Islam untuk menyambung cita-cita gerakan Islam progresif pada masa sebelum Darurat yang dipelopori Dr, Burhanuddin, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan lain-lain sudah pun tersedia.

Saya mencadangkan nama PARTI PERSAUDARAAN ISLAM MALAYA atau ringkasnya PAPERI. Nama ini diambil berkat nama Persatuan Persaudaraan Islam Sedunia, yang ikut hadir dalam Sidang Serantau Asia di New Delhi pada tahun 1947. Dalam persidangan khas pertubuhan di New Delhi, saya telah dilantik sebagai Pesuruhjaya bagi Malaya. (telah saya jelaskan sedikit dalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: ZAMAN PERGERAKAN SEHINGGA 1948, ms. 254 - 255).

Dalam keputusan persidangan Paperi kali pertama pada 20 April 1965 / 20 Zulhijjah 1384 berbunyi:

Enam bulan yang lalu, wakil-wakil daripada berbagai gerup pemuda-pemuda Islam yang patriotik telah mengadakan suatu permesyuaratan. Mesyuarat telah memutuskan akan mengadakan suatu sidang perwakilan untuk memusatkan tenaga revolusioner Islam yang patriotik dan menentukan haluan perjuangan yang akan datang.

Tepat pada 10 Zulhijjah iaitu pada Hari Raya Haji tahun Hijrah 1384, di suatu tempat yang bersejarah telah diadakan sidang perwakilan. Persidangan telah membincangkan berbagai-bagai masalah yang menyangkut perjuangan revolusi nasional Malaya; persidangan telah mengambil keputusan akan mencantumkan semua gerup pemuda Islam revolusioner itu dijadikan asas penubuhan sebuah parti politik Islam yang revolusioner di Malaya, persidangan dengan sebulat suara menyetujui parti politik Islam ini dinamakan "PARTI PERSAUDARAAN ISLAM" atau nama ringkasnya PAPERI. Sayap pemudanya dinamakan PEMUDA ISLAM manakala sayap wanitanya dinamakan WANITA ISLAM. Persidangan dengan sebulat suara melantik Saudara Dr. Abdul Latif sebagai Yang Dipertua Parti Persaudaraan Islam manakala Saudara Haji Sulaiman dilantik sebagai Setiausaha Agungnya dan juga merangkap Ketua Pemuda Islam, sedangkan Saudari Zainab telah dilantik sebagai Ketua Wanita Islam.

Selain itu, ditetapkan Undang-undang Tubuh Paperi sebagai berikut:

1. Nama: Parti Persaudaraan Islam, ringkasnya Paperi

2. Tujuan: Berjuang untuk kemerdekaan penuh, bersatu, bebas dan berdaulat bagi bangsa dan nusa; untuk demokrasi rakyat dan kebebasan agama Islam; untuk kemerdekaan ekonomi dan kemakmuran rakyat; membangun tentera Islam dan untuk berkeperibadian di bidang kebudayaan.

3. Syarat Keanggotaan:
3.1. Lelaki dan wanita Islam boleh menjadi anggota dengan syarat bersetuju dengan program Paperi.
3.2. Menurut tatacara jadi anggota.
3.3. Melaksanakan kewajipan.

4. Kewajipan Keanggotaan:
4.1. Mempelajari risalah-risalah Paperi.
4.2.Mendakyahkan perjuangan Paperi dan menegakkan syiar Islam.
4.3. Mmendirikan dan mengembangkan organisasi-organisasi Paperi.
4.4. Memperjuangkan panca program Paperi.
4.5. Mengerahkan rakyat menerjunkan diri dalam perjuangan pembebasan nasional demokrasi ini.

5. Hak-hak Keanggotaan:
5.1. Berhak mengeluarkan fikiran-fikiran, berbincang mengemukakan cadangan-cadangan dan kritik-kritik yang membina dalam mesyuarat-mesyuarat.
5.2. Berhak untuk memilih dan dipilih.

6. Organisasi:
6.1. Tiga orang ke atas boleh mendirikan cawangan Paperi.
6.2. Cawangan Paperi yang didirikan dalam berbagai lapangan dihitung cawangan Paperi bahagian itu, umpamanya di kalangan kaum tani di kampung-kampung dihitung bahagian kerja kaum tani, kalangan kaum buruh di perusahaan-perusahaan dihitung bahagian kerja buruh. Kalangan pelajar-pelajar dihitung bahagian pelajar-pelajar dan sebaginya.
6.3. Segala gerakan dan perjuangan konkrit masing-masing cawangan mengikut arahan atasan.

7. Kekuasaan:
7.1. Kuasa tertinggi pertubuhan Paperi ialah sidang atau kongres.
7.2. Pada ketika kongres tidak berlangsung, Jawatankuasa Pusat merupakan badan tertinggi mengurus pentadbiran sehari-hari. Organisasi-organisasi negeri, daerah dan cawangan ditadbirkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa negeri, daerah dan cawangan.
7.3. Ahli-ahli jawatankuasa dipilih di dalam mesyuarat-mesyuarat cawangan, daerah, negeri dan sidang perwakilan atau kongres.

8. Kewangan:
8.1. Setiap anggota diwajibkan membayar yuran yang tetap (ditetapkan oleh tempat masing- masing).
8.2. Di ketika yang diperlukan mengutip derma-derma khas.
8.3. Segala urusan kewangan diuruskan oleh bendahari.

9. Keluar dari anggota:
9.1. Dipecat dari anggota kerana melanggar disiplin Paperi.
9.2. Atas permintaan sendiri dan diluluskan oleh Jawatankuasa Paperi.

Berkenaan kenyataan Paperi di atas perlulah dibuat sedikit penjelasan di sini. Nama-nama yang disertakan di situ adalah nama samaran. Saya hanya bertanggungjawab menubuhkan dan memimpin untuk sementara saja. Apabila situasi perjuangan mengizinkan, saya rancangkan akan menyerahkan kepimpinannya kepada Aminuddin Baki di bawah bimbingan Dr. Burhanuddin.

Setelah diumumkan penubuhan PAPERI, berbagai pihak memberikan reaksi masing-masing. Pihak kerajaan secara terang-terangan mengatakan bahawa komunis memperalatkan agama.

Seorang bekas anggota API dari Selangor bernama Yunus Yatimi secara terang-terangan mengatakan bahawa Abdullah C.D. yang bertanggungjawab menubuhkan Paperi. Yunus Yatimi rapat dengan Boestamam dan saya pernah berjuang bersama beliau sebelum Darurat dulu. Beliau benar-benar faham hasrat saya menubuhkan Paperi untuk meneruskan perjuangan Islam progresif yang telah ditindas dengan kejam oleh penjajah British.

Walau apa pun yang dikatakan oleh pihak lawan, Paperi adalah benar-benar sebuah pertubuhan Islam progresif menyambung cita-cita perjuangan kemerdekaan aliran agama sebelum Darurat. Paperi tetap dengan prinsip bersatu di atas landasan agama, nasionalis dan sosialis, berjuang untuk sebuah negara yang benar-benar merdeka dan berdaulat dan mengutamakan kepentingan rakyat jelata. Di samping itu, Paperi dengan jelas menyatakan sokongannya kepada perjuangan bersenjata yang dilancarkan Rejimen Ke-10 untuk kemerdekaan nasional dan pembebasan rakyat.

Pihak berkuasa berwar-war bahawa Paperi parti atas kertas sahaja. Akan tetapi kenyataan tidak begitu. Paperi sebuah parti Islam memang benar-benar wujud bergerak secara bawah tanah, menyusun pemuda pemudi Islam, tokoh-tokoh patriotik demokratik, ahli-ahli parti pembangkang dan lain-lain yang progresif, membantu parti-parti pembangkang yang progresif dalam pilihan raya dan lain-lain. Cawangan dan gerup Paperi tersebar di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ada sebahagian anggota Paperi yang terputus hubungan bergerak secara bebas menyusun massa rakyat. Mereka secara sendiri bangkit berjuang dalam berbagai bentuk menentang kezaliman seperti yang tercermin dalam peristiwa menyerang balai polis Batu Pahat pada 16 Oktober 1980, seramai 15 orang penyerang yang terdiri dari massa rakyat telah terkorban.

Pada tahun 1985, pihak kerajaan bertindak nekad menembak mati 14 orang umat Islam di Kampung Memali Kedah. Ibrahim Libya yang memimpin sekolah agama di situ adalah antara syuhada yang ditembak mati oleh pihak pemerintah. Ibrahim adalah kader Paperi yang mengembangkan gerakan agama progresif di bawah PAS.






 KESATUAN MELAYU MUDA



Kesatuan Melayu Muda ringkasnya KMM ialah perubuhan Melayu yang berunsur politik yang pertama di Tanah Melayu.

KMM ditubuhkan pada bulan Mei 1937, bertempat di Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan anti-British. Pada waktu yang sama terdapat pertubuhan orang Melayu yang lain seperti Persatuan Melayu Johor, Persatuan Melayu Selangor, dan lian-lain tetapi tidak mengamalkan prinsip perjuangan seperti KMM.


Penubuhan KMM adalah hasil dariapda satu himpunan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) bersama-sama dengan segelintir para inteligensia Melayu dari beberapa institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur, dan golongan muda Melayu yang bersikap radikal, serta wartawan akhbar Majlis.

Jawatankuasa pusat KMM awal terdiri daripada Ibrahim Hj. Yaacob (presiden), Mustapha Hussein (Naib Presiden), Hasan Manan (Setiausaha Agung), Othman Mohd. Noor (Setiausaha), Idris Hakim (Bendahari), dan ahli jawatankuasa Pusatnya ialah Idris Hakim, Ishak Hj. Mohammad, Onan Haji Siraj, Abdul Karim Rashid, Bahar Abik, Sulung Chik, Abdullah Kamil, Abdul Samad Ahmad, Mohd. Salehuddin dan Ahmad Boestamam. Semasa penubuhan ini, turut hadir ialah Sutan Djenain, pemimpin Serekat Islam Merah dari Indonesia. Sutan Djenain merupakan orang di belakang penubuhan KMM, dan pergerakannya menyebarkan pengaruh sebelum perang Dunia Kedua.

KMM yang ditubuhkan secara sulit ini mempunyai ideologi dan prinsip perjuangan berlandaskan demokratik sentralisme. KMM menolak monopoli harta dan kekayaan oleh perusahaan swasta atau gabungan koperasi multinasional. Tetapi dasar sosialisme yang diamalkan ini tidak menafikan hak dan kebebasan dalam proses pengumpulan harta. Cuma dalam mengamalkan demokrasi dalam ekonomi ini, KMM mahu mengelakkan monopoli dan eksploitasi ke atas rakyat jelata. KMM berhasrat menggunakan sosialisme untuk menjamin kelancaran pelaksanaan mekanisme demokratiknya.

Dasar perjuangan KMM antaranya ialah anti penjajahan, anti elite birokrat Melayu yang berorientasi Barat, penyatuan nasional, berperikemanusiaan, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi rasa persaudaraan dan berasaskan kebenaran dan kesucian. Bagi KMM penyatuan nasional penting bagi mewujudkan suatu tekanan kepada penjajah British di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu harus bersatu menghapuskan semangat kenegerian yang pada pendapat KMM sengaja diwujudkan oleh dasar penjajah. Atas dasar inilah KMM tidak dapat berjuang bersama-sama persatuan yang mirip kepada kenegerian, misalnya Kesatuan Melayu Selangor dan Kesatuan Melayu Perak. Malahan hakikat penubuhan KMM itupun atas kesedaran menentang persatuan Melayu yang bersifat kenegerian yang memisahkan orang-orang Melayu.

Memandangkan kelemahan di kalangan sesetengah sultan dan pembesar Melayu terlalu ketara, hingga menunjukkan kelemahan kekuasaan mereka kepada bangsanya sendiri, golongan elit inteligensia yang insaf dalam KMM berpendapat bahawa KMM harus menjadi badan yang akan cuba mempengaruhi sultan dan pembesar, atau sekurang-kurangnya memberikan petunjuk ajar dan panduan kepada mereka apabila berhadapan dengan Residen British dalam menghadapi masalah negara.

KMM juga berpendapat bahawa ia harus menjadi badan yang akan menuntut hak bangsa Melayu dengan mengesyorkan melalui akhbar-akhbar agar perkara ini dibincangkan dalam majlis mesyuarat negeri-negeri atau persekutuan. Salah satu daripada syor yang dikemukakan oleh KMM ialah penubuhan ‘kampung-kampung baru orang Melayu’ untuk dijadikan penempatan orang-orang Melayu di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Syor ini dikemukakan kepada sultan kerana bimbang orang-orang Melayu akan terusir ke kawasan pedalaman.

Kontroversi yang timbul daripada fahaman anti-feudal menyebabkan orang Melayu tidak menyokong KMM di peringkat awalnya. Sultan dan pembesar Melayu juga mencurigai KMM, dan ada di antara mereka yang menentang pengaruh KMM di negerinya. Mereka tidak suka pada demokrasi yang menuntut persamaan hak, dan adanya badan yang menyertai politik membela bangsanya. Pada mereka orang-orang Melayu tidak berhak campur tangan dalam urusan politik negeri dan bangsanya. Mereka harus taat dan setia kepada sultan dan pembesar. Walaupun begitu, terdapat juga sultan yang memahami dan member sokongan moral kepada KMM. Di antaranya termasuklah Sultan Abu Bakar, Pahang yang tidak dapat menyokong secara terang-terangan kerana menjaga keselamatan diri mereka.

Di samping itu, dasar-dasar perjuangan KMM tidak dapat dinyatakan secara terang-terangan kerana kerana keadaan politik masa itu yang terlalu sensitive. Untuk menyatakan sikap anti-penjajah dan anti-feudal adalah suatu hal yang tidak mungkin. Oleh itu pemahaman ideologi dan dasar-dasar perjuangan KMM tidak tersebar dan diketahui oleh orang-orang Melayu. Ini merupakan salah satu faktor kekurangan pengaruhnya di kalangan orang-orang Melayu sebelum perang.

Sungguhpun begitu, kehebatan KMM dalam usaha menyebarkan idea dan pengaruhnya dengan begitu cepat (2 tahun sahaja) amatlah mengkagumkan, sehingga membawa kepada penangkapan pemimpin-pemimpin KMM pda Disember 1941.
Share:

Khamis, 15 Julai 2010


   
    Alhamdunillah Syukur kehadrat Illahi kerna Kempen Ayuh Ke Masjid mendapat Sambutan yang agak sederhana.. biarpun masih kekurangan ahli - ahlinya naun sudah memadai jika tiada sambutan...
 Semoga Kempen ini akan terus mendapat sokongan dan penyertaan dari semua pihak....
   Anak Desa mengucapkan terima kasih diatas keperihatianan pada saudara dan teman - teman yang dapat memahami kemelut yang kita hadapi masa kini.. wasalam..
Share:

Khamis, 8 Julai 2010

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke - 13


    Desas desus PRU 13 kian hangat diperkatakan pelbagai pihak, Melihat kepada beberapa faktor serangan awal dan tidakkan drastik yang di lakukan oleh parti - parti politik seakan memberi signal PRU 13 kian hampir.
    Parti - parti politik semakin giat memperkukuhkan jentera pilihan raya masing - masing. Kini strategi memburu pengundi menjadi satu trend ataupun penawar mujarab kepada meningkatkan jumlah undi. Bersandarkan beberapa pendedahkan berani SPR bahawa masih ramai lagi pemilih yang belum berdaftar sebagai pemilih, maka strategi sebegini di gunapakai bagi menarik terutamanya golongan belia yang masih lagi leka terhadap hak dan tanggunjawab mereka sebagai warganegara.
   Adalah menjadi tanggunjawab semua untuk mengerakkan satu kampen menyedarkan para belia akan hal sebegini. Mood pilihanraya kini berada di paras yang agak tinggi jika di bandingkan dengan PRU 12, semakin dekat PRU 13 semakin hebat percaturan parti - parti politik mementaskan isu, Media masa di berikkan tekanan luar biasa sehingga kepada penarik balikkan permit terbitan akhar. Tekanan demi tekanan diberikkan sebagai pemutus maklumat kepada umum.Malah media melalui internet juga tidak terlepas daripada halangan tersebut.
    Bermula isu logik akal dan di luar logik agak dipersembahkan kepada umum oleh parti - parti politik didukung faktor ekonomi Suku Pertama jelas menunjukkan indeks yang amat meyakinkan bahawa PRU 13 hampir pasti. Para pengundi kini seaakan dihadiahkan dengan bonus - bonus menarik ataupun promosi berpakej yang melibatkan jutaan ringgit sebagai habuan didalam pelbagai bentuk. Segala petunjukk telah memberi gambaran sedemikian kedapa detik itu, terpulang kepada survival parti - parti politik kini untuk terus hidup dimata pengundi menjamu selera hati pemilih, yang akan kekal berkuasa adalah Rakyat,
    Harapan PRU 13 ini dapat berlangsung dengan harmoni dan ketelusan, Biarkan sepenuhnya rakyat menentukan masa hadapan Negara Malaysia. Hanya yang benar akan kekal benar di jalan kerehdaan, Seharusnya pemilih wajar dideahkan kepada sistem politik matang dan adil. Apakah PRU 13 akan menjadikan Malaysia Sistem 2 Parti, jika pilihan pertama masih kekal, maka kekallah demokarsi berkonsepkan Assabiyah ataupun pilihan keduanya akan memberi nafas baru kepada sistem yang lebih libaral dan radikal. Namun melihat kepada emosi kini mood pengundi jelas terarah kepada sistem yang lebih terbuka dan berfikiran bebas.
    
Share:


      Terima kasih kepada semua pengujung yang seringkali memberi maklum balas, komen dan cadangan anda. Haraf Maaf hanya komen - komen dan maklum balas yang mempunyai nilai sahaja yang akan di pamerkan kepada umum. Penegasan kepada sebarang kritikkan keras yang bakal menimbulkan konflik dan konfrantasi adalah akan ditapis dan tidak diterima mahupun di pamerkan oleh Editor. Harap semua pengunjung dapat memberi kerjasama yang diperlukan.

" Pihak Editor tidakkan akan bertanggujawab terhadap sebarang penulisan, komen, cadangan ataupun apa juga bentuk bahan yang di salurkan kepada ruangan ini. Adalah menjadi tanggunjawab kepada penyumbang bahan jika seberang malkutan itu adalah palsu ataupun melanggari apa - apa juga Akta Penerbitan. Penafian : Pihak Editor tidak akan mengalas tanggunjawab kepada bahan yang di kategorikan sebagai sampah. Sekian.
Share:

Selasa, 6 Julai 2010

Kempen Ayuh Ke Masjid....!!!!



 Ayuh..Ayuh.. Ayuh...!!! Jom Ramai -  ramai ke Masjid menjelang Majlis Ceramah Israk Mikraj.. pada 10.07.2010 Sabtu ... selepas waktu Maghrib.
    Adapaun demikian sebermula majlis berkenaan ayuhlah kita beramai - ramai ke majlis memperkukuhkan ikatan ukhwah bersama - sama. Disamping megimarahkan masjid yang telah lama kita tinggalkan jauh di sudut hati....
    Tidak terdetikkah di hati kita perasaan sayang kita kepada masjid yang menjadi pusat ilmu mahupun pelindung kepada kita semua... Apakah jika keperluan tidak mendesak kita tinggalkan masjid itu sepi.. sesepi pantai tiada berombak... Tidak berperasaan kah kita hanya masjid itu di tinggalkan kepada warga emas.. kemana hilangnnya generasi seterusnya yang bakal mewarisi segala urusan masjid ini..... maka ayuhlah kita ke masjid ketepikan soal politik dan perbezaan pendapat akan tetapi demi perpaduan yang kian terhakis.
     Kepada semua angkatan Pakatan Rakyat .. Ayuh sahut cabaran ini jika benar - benar saudara sekelian anak - anak jantan.. buktikan kejantana anda dengan memeriahkan dan berjemaah ke masjid.. ayuh buktikan bahawa anda adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab.. hanya insan bergelar perempuan dan dayus sahaja yang takutkan cabaran sebegini.........
Share:

Mampukah..????


     Sejenak didalam detik waktu terhenti nafas anak desa mengimbau situasi kebelakangan ini, meneliti, mengkaji, menganalisis dimana silapnya ikatan perpaduan dikalangan masyarakat setempat kian rapuh dimamah usia. Apakah sudah sampai di hujung usia ataupuan apakah faktor kebudayaan moden telah mempengaruhi tatacara kehidupan masyarakat desa pada hari ni.
     Anak desa menilai semula sejauh mana keberkesanan aktiviti dan program - program yang telah dianjurkan dapat mengikat semula siltulrahim sesama masyarakat setempat, ternyata hasilnya kian parah. Geloranya kian mengasak satu corak penyelesaian yang lebih efektif dan lebih memberansangkan.
     Jika suatu masa ketika dahulu bolehlah dikatakan kesepakatan didalam hal - hal tertentu dapat menjalinkan ikatan yang kian rengang namun kini tidak lagi, lihat saja kejadian yang menimpa Majlis Kenduri Di Rumah Hj Yusuf @ Zakaria. Bagaimana pincangnya ikatan persaudaraan. Boikot dan memulau majlis kenduri bukanlah satu langkah bijak untuk menghukum.Apakah hukum ini bersandarkan kefahaman berpolitik dijadikan pengukur kepada mewujudkan perpaduan. Maka tidak mungkin tidak satu masa ketika nanti hal - hal melibatkan kematian juga bakal diputuskan bersandarkan kefaham berpolitik. Wajarkan pemikiran sempit sebegitu terus membekam masyarakat kita pada hari ini...? Jika pemimpin setempat masih lagi dengan angenda sedemikian sudah pasti perpecahan dikalangan belia pasti lebih hebat, akan wujud gologan penentang sesama sendiri kerana belia hari ini mudah terpengaruh disamping faktor pemikiran dan tatalaku mereka yang lebih agresif. Disini ditegaskan pastinya akan berlaku pertelingkahan dan pergaduhan jika titi sama rata ridak dikenal pasti bagi mencari jalan penyelesaian.
     Didalam kontek ini peminpin hari ini wajar menilai dan meneliti semula dimana punca jarum ini menjadi duri dalam daging.... Hasil penelitian dan kajian anak desa mudah punca keadaan ini berlaku adalah beberapa faktor yang tanpa disedari telah mengubah landskap kehidupan masyarakat hari ini..
    Faktor utama kepada permasalahan sedemikian adalah kerana wujudnya "Golongan Lintah Bayang" didalam ertikata pelesit. Golongan ini adalah merupakan penyebar dakyah kerosakkan, bolehlah diibaratkan yakjud dan makjud. Mereka ini masih mengekalkan sifat asaabiyah dan hidup berpuak - puak. daya pemikiran mereka bersadarkan kepada puak - puak dan hanya menurut kepada seseorang yang di gelar "Jalak" . Jalak inilah yang seringkali memainkan peranan didalam menetukan sesuatu hal ataupun tindakkan yang bakal dilaksanakan. Order dari jalak boleh dikatakan sebagai  arahan komander di medan perang. Maka bergelimpangan seluruh pelusuk desa pelesit - pelesit ini memainkan peranan selain membawa fitnah yang besar. Semenjak wujudnya Jalak di sini telah timbul suasana tidak harmoni di kalangan penduduk setempat... namun tanpa pengawasan dan di bendung  segalanya kini ibarat Telur Di Hujung Tanduk. Jalak ini berjaya memainkan peranananya menghancurkan kesepatan setempat dan disebalik itu berjaya menwujudkan "Gologan Lintah Bayang" disamping mewujudkan juga konsep assabiyah ini.
     Rentetan dari itu, faktor kedua menjadi pembayang kepada faktor pertama, kerana kedua faktor ini saling berkaitan dan memainkan peranan penting pada masa kini. Isu percanggahan kefahaman berpolitik. Isu ini memberi impak yang agak mendalam setelah mendapat dukugan faktor pertama tadi. Berpaksikan kefahaman gologan ini , gaya pemikiran mereka hanyalah berdasarkan perkauman dan bukannya agama mahupun kesaksamaan." Gologan Raja Bisu" ini seringkali mementingkan agenda mereka sendiri tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat setempat. Golongan ini hanya menurut Arahan dan Dasar yang telah dibuat oleh " Raja Judi" Maka apabila pemikiran mereka telah " disetkan" sedemikian terlalu sukar untuk mereka ini menerima idea - idea bertentangan. Gologan ini  mengunapakai dasar mereka dengan mengenepikan aspek agama dengan prejudis . Dasar assabiyah dan rassis mereka ini telah berjaya memperdaya pemikiran dan gaya hidup masyarakat setempat sehingga kekal mempengaruhi seberang keputusan setempat.Hatta faktor pertama dan faktor kedua seringkali memain peranan mereka didalam masyarakat setempat. Kerjasama diantara mereka amatlah memberangsangkan bagi menghancurkan masyarakat setempat dengan idea - idea usang mereka.
   Tidak dinafikan Media arus perdana turut memainkan peranan penting masa kini didalam membentuk masyarakat setempat. Bagaimana media arus perdana berjaya mempengaruhi gaya pemikiran masyarakat setempat..??? Harus dengan jelas anak desa menyatakan disini kelemahan asas pendidikan agama. Pendidikan agama seharusnya diberikan penekanan seawal usia dengan menerapkan nilai - nilai akhlak yang tinggi namun jika sebaliknya anasir - anasir negatif ini akan terus menghayutkan kebudayaan masyarakat disamping aspek pembangunan yang kian pesat. "Keterberanjatan Masalah Sosial Budaya" telah menjadi faktor pengiring kepada asas pebentukkan generasi masa kini. Jika di tafsirkan semula ataupun diterjemah semula hasilnya adalah apa yang kita lalui dan hadapi masa kini. Jadi dimanakah silap dan salahnya...? Apakah isu ini terletak kepada Ibubapa sepenuhnya.. tentulah jika di soal sedemikan jawapannya adalah tidak. Maka siapakah harus dipersalahkan...?
   Masjid merupakan sati intitusi pendidikan yang efektif dan berkesan, sewajarnya Masjid lebih memainkan peranan didalam isu pendidikan agama ini, masjid wajar membongkar rahsia disebalik agama, Masjid wajib membentuk masyarakat berilmu. Adakah selama ini masjid tidak berkuasa membentuk masyarakat setempat ..?? Pendedahkan kepada jawapanya dinilai kepada beberapa faktor sekeliling. Tidak dapat disangkalkan bahawa masjid hanya menumpunkan asas pendidikan agama kepada warga emas sahaja. pelbagai aktiviti dan program hanya terarah kepada golongan ini. Maka bagaimana generasi penerus masa hadapan dapat merapati ititusi seperti masjid ini. Terfikir ataupun tidak adakah selama ini kita benar - benar memainkan peranan intitusi masjid sebagai " Pelindung". Hatta dengan itu, Masjid wajar menyelaraskan semula semua aktiviti dan progam setempat supaya dapat memancing generasi penerus ini. Tampuk pengendali intitusi masjid ini haruslah berfikiran di luar kepompong mereka bagi menyatu padukan masyarakat pada masa kini. Jangan dibiarkan keadaan ini terus bermukah dan di hidangkan sebagai santapan kepada generasi penerus. Setiap kejayaan itu ada pengorbanannya. Setiap kejayaan itu ada harganya. Disini institusi masjid memerlukanpengorbanan dengan melabur kewangan mereka untuk membawa golongan ulama dan guru - guru agama yang lebih radikal dan bernai untuk menyatakan hak dan kebebasan dan bukannya para ulama yang terikiat kaki di cucuk hidungnya ibarat lembu - lembu belaan.
   Secara amnnya masalah ini dapat diatasi jika pemimpin tampuk kuasa dapat memainkan peranan sewajarnya di samping Institusi Masjid dapat melangsungkan kewajipanya dengan lebih efisian. Institusi masjid harus bangkit menyatakan hak dan memperjuangkan, mempertahankan serta menyelesaikan masalah kini. Namun adakah institusi masjid dapat menjadi " Pohon Pelindung" serta " Payung" kepada masyarakat hari ini..?? Soalnya Mampukah..???? Pemimpin Masjid Memainkan dan menjalankan kewajipan mereka yang tertanggung di bahu mereka kini..??? Mampukah..????
Share:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support