Jumaat, 27 Ogos 2010

Cahaya Laitatul Qadar



      SAMA ada sedar atau tidak, kita sudah berada pada hari terakhir Ramadan al-Mubarak. Kebiasaannya bermula pada malam 15 Ramadan, jemaah masjid atau surau akan mengakhiri solat tarawih dengan solat witir dan membaca doa qunut.
Setiap rakaat solat tarawih, akan dibacakan surah al-Qadr pada rakaat pertama. Tradisi itu sudah sekian lama diguna pakai sebilangan besar masyarakat Islam di Malaysia sama ada di bandar mahupun kampung.
Pada Ramadan ada satu malam disebut Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa berdoa dan beribadat pada malam itu doa mereka akan dimakbulkan. Justeru, kita digalakkan membaca surah al-Qadr pada malam penghujung Ramadan ini.
Lailatul Qadar adalah satu malam penuh keistimewaan dikurniakan Allah kepada umat Muhammad SAW. Firman Allah bermaksud: Dan amal ibadat yang dikerjakan pada malam tersebut dinilai lebih baik daripada seribu bulan.


Dalam surah al Qadar Allah SWT menyatakan:
Sesungguhnya Kami turunkan (al-Quran) itu pada malam al Qadar. Dan apakah kamu mengetahui mengenai malam al-Qadr. Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Diturunkan malaikat dan roh padanya dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar.”
   Jika dihitung seribu bulan bersamaan dengan 83 tahun tiga bulan. Betapa besarnya keistimewaan beribadat pada malam itu, namun tidak ramai umat Islam berkesempatan mendapatnya melainkan mereka yang kuat iman, sanggup meluangkan masa dengan solat sunat, membaca al-Quran, berdoa, bertaubat dan bermunajat di hadapan Allah.

   Tanpa membataskan tarikh tertentu pada Ramadan untuk merebut Lailatul Qadar, umat Islam yang konsisten dengan amal ibadat 30 hari tentu akan menemui Lailatul Qadar walaupun tidak bertemu dengan tanda kemunculannya.

   Masyarakat banyak berpegang kepada alamat seperti pada malam itu air menjadi beku, pokok sujud ke bumi, tidak ada kedengaran salakan anjing dan sebagainya. Bagaimanapun Rasulullah SAW ada menyuruh kita mencari Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh hari terakhir Ramadan dengan meningkatkan ibadat.

   Tujuan disembunyikan malam Lailatul Qadar itu mempunyai hikmahnya tersendiri supaya kita berusaha mencarinya, meningkatkan ibadat pada semua malam dan untuk menguji keimanan Islam terhadap janji Allah SWT.

   Kita tidak sepatutnya berpegang dengan anggapan karut-marut seperti mengatakan Lailatul Qadar itu sebagai seorang tua berjubah dan berserban serba putih, sesiapa bertemu dengannya hendaklah memeluknya dan meminta apa saja kita inginkan. Dia akan memberi apa saja kita minta.
Kepercayaan dicipta semata-mata untuk orang yang malas dan mengambil jalan mudah tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

  Hakikatnya, Lailatul Qadar adalah satu malam Allah untuk diberikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang yakin dengan janji Allah. Mereka berebut-rebut beribadat memenuhi ruang masjid dan surau membaca al-Quran, berzikir dan berqiamulail.

 Mereka tamakkan Ramadan yang berada pada penghujungnya. Peluang ini tidak diperoleh pada bulan lain.

Nabi SAW bersabda bermaksud:

Apabila malam akhir Ramadan maka menangislah langit dan bumi serta malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhamad. Sahabat bertanya: Apakah musibah itu? Rasulullah menjawab: (Musibah) kerana perginya Ramadan kerana dalam bulan ini doa dimakbulkan semua sedekah di terima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Jabir)
Pada malam Lailatul Qadar seluruh malaikat dan roh nabi, rasul serta roh orang yang salih turun bersama berdoa dan mendoakan orang yang beribadat pada malam itu hingga terbit fajar.
Bagi mereka yang berpeluang bertemu malam itu juga akan berasa puas dan gembira hasil kesungguhan mereka beribadat sejak awal Ramadan hingga mendapat pengiktirafan Allah dengan disaksikan malaikat dan nabi.
Share:

Getar Hati



Hatiku bergetar
Bila nama-Mu disebut, dialun
Alangkah sayunya hati
Alangkah pilunya hati

Kenangan dosa-dosaku yg menggunung
Engkau bisa saja menghukumku
Tapi Engkau hulurkan rahmat-Mu
Menggerakkan aku mencari taubat-Mu

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
Jangan Engkau tinggalkan aku
Walau sesaat, atau waktu yang lebih singkat dari itu…
Share:

Taubat Seorang Hamba.....

       Dan dengan sesungguhnya taubat itu pintu segala penyucian hati bagi hamba - hamba yang menyesali akan segala dosa - dosanya dan mengaharpkan pengampunan Yang Maha Esa yakni Allah.....


      "Demi kemuliaan aku tidak akan melepaskan anak adam sehingga ia terpisah dengah rohnya". Maka Allah berfirman:
               "Demi kemuliaan dan kebesaranKu Aku tidak akan menutup jalan taubat dari hambaKu sehingga ruhnya ditengkeroknya(Hampir Mati)

     Sesungguhnya Allah sentiasa mengampuni hamba - hambaNya bertaubat dengan sepenuh hatinya.


  " Bertaubatlah sebelum terlewat kerna dengan taubat itu dapat menyucikan diri walaupun cuma sempat sesaat didalam penyesalan....."

   " Dan Barang sesiapa yang berbuat dosa atau maksiat bagi dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, Nescaya allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang...."




       Maka hendaklah berbanyak istiqfar memohon keampunan allah agar kita tidak tergolong didalam golongan yang zalim kepada diri sendiri.....






      " Carilah jalan - jalan dan pintu - pintu kesyurga sesekali janganlah kamu mendekati bahang - bahang api neraka yang amat pedih dan azab"


   " Janganlah berputus asa dari mengharapkan rahmat Allah. Sesekali janganlah kamu berpaling dari Allah Kerna jika allah berpaling darimu.. nescaya neraka jahanam tempatmu"








     SEORANG ahli hikmah berkata:
Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.
     Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:
  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.
      Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.
Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.
    Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

   Bertaubatlah kamu sebelum ajalmu menjelma "




Wahai kaumku…!
Capailah olehmu pintu kehidupan itu selagi ia masih terbuka untukmu, kerana tidak lama lagi pintu itu akan tertutup buatmu. Lakukanlah kebaikan, selama kamu masih mampu melakukannya. Segeralah mencapai pintu taubat dan masuklah kamu ke dalamnya, selama ia masih terbuka buatmu. Capailah pintu doa kerana pintu itu masih terbuka untukmu. Bersegeralah kamu mencapainya, berdesak-desakan dengan saudara-saudaramu yang soleh, kerana pintu itu terbuka untukmu.

Wahai kaumku…!

Bangunkanlah semula apa yang sudah kamu robohkan. Cucilah apa yang telah kamu kenakan najis. Perbaikilah apa yang telah kamu rosakkan dan jernihkanlah apa yang telah kamu keruhkan. Kembalikanlah apa yang sudah kamu ambil dan kembalikanlah kepada Tuhanmu apa yang telah engkau larikan daripada-Nya tanpa izin-Nya.

Wahai hamba…!

Tiada sesuatu pun di sini kecuali al-Khaliq. Jika engkau bersama al-Khaliq maka engkau adalah hamba-Nya, dan jika kamu bersama makhluk-Nya, maka kamu adalah hamba mereka, hingga engkau dapat membuang ketandusan dan kegersangan di hatimu serta mencerai-beraikan semuanya dari hatimu. Apakah kamu tidak tahu, bahawa orang yang mencari Allah akan berpisah dengan semuanya itu. Sudah cukup jelas, bahawa segala sesuatu dari makhluk adalah hijab antaranya dengan Khaliq.

Wahai hamba…!

Janganlah kamu bermalas-malas, kerana selamanya kemalasan itu akan membuatmu terhalang dan akan menimbulkan penyesalan di dalam hatimu. Oleh itu perbaikilah pekerjaanmu, sementara Allah telah berbuat baik kepadamu, di dunia mahupun di akhirat.



     Segala puji hanyalah bagi Allah. Kami memuji-Nya, mengharapkan pertolongan-Nya, meminta ampun kepada-Nya, serta memohon petunjuk-Nya. Kami juga berlindung kepada-Nya dari kejahatan hawa nafsu dan dari kejahatan amal perbuatan kami. Orang yang diberi petunjuk oleh Allah tidak seorang pun yang dapat menyesatkannya. Sebaliknya, orang yang disesatkan tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah hamba dan pesuruh-Nya. Semoga Allah melimpahkan salawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabat dan sekelian pengikutnya hingga ke akhir zaman.

Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :


Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.

    Wahai sekelian hamba Allah! Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan. Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada sekalian anak cucu Adam. Pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat.
     Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang, samada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang kaya mahupun orang miskin. Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia.


 Sumber Rujukkan Kitab Tanbihul Ghafilin


"Peringatan Pada Yang Lupa"
Share:

Isnin, 23 Ogos 2010

Share:

Secebis Kisah

Mak??..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.
Dah hampir sepuluh tahun mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kita kan
sejuk syahdu masih terasa lagi ini... .

Mak tau tak... ..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa.?
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm... rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh... . 

nak tinggal kan 
anak2 mak... ..
nak tinggal kan
dunia fana ni... ..
mak macam dan sedia... ..
Seminggu sebelum tu... ..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai... ..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu... ..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih... ..
kakak pun rasa hairan... ..
mak tak pernah buat begitu... ..
lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak... ..
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam...
..
kengkadang siaran indonesia...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke
kuburan..

lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2... .
lepas itu mak jemur karpet-karpet...
lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari... ..
ada kat dalam dalam beg... ..
ada dalam ASB... ..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi... .
ada kat dalam gulung tikar... ..
masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar... kita
kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak saja...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak... ..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut... ..
bila malam tu kita sampai dari KL... ..mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk... ..
mak tetap takmau pergi hospital... ..
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk.
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital... ..
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor... ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk... .
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital... ..

Mak... ..
amponkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital... .
ampon kan
kami ye mak... .

Mak... ..
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak
beli kereta... .
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
kita jawab pula... kalau tak cukup,
mak kan
banyak duit...
mak gelak ajerr... ..
Lepas tu bila kereta kita sampai... ..mak buat kenduri kesyukuran... ..
Dan kita masih ingat lagi... bila kita eksiden terlanggar kelinn naik motor...
..

Punya lah kita takut... kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat
mak... ..
Bila balik sahaja kampong... .kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj... ..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek... mak tanya Kenapa... ?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga... ..
Mak... .tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kita menipu mak kan... ampon kan kita... .

Mak... ..
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital... .nurse tengah balut mak dengan kain putih... ..
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak... ..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak... .
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann... kann..kannn
Mak tau tak... .
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam... ..
airmata dah tak mampu di tahan... .
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. di sebab kan pagi masih awal,
jadi jalan tu lenggang..kosong... .sekosong hati ini... ..
Sepanjang apa! rjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya... ..

terasa syahdu dan sayu begitu... dinginnnn... .

Mak... ..
kita masih ingat lagi...
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan...
.
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi... .
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak... ..
kita gosok kaki mak perlahan lahan... ..
Mak perasan tak... ?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita... ..
Dia kata... " dikk... jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat
begitu... jangan
nangis ya..."
Bila makcik tu kata begitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak... .

Mak... ..
Sampai takat ini surat
ni kita tulis... ..
kita nangis ni... ..
Ni kat dalam bilik... baru pukul 4.00 pagi... .
tak ada orang yang bangun lagi... ..
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kita sedih... kita rindu kat mak..!
Takpa lah... ..nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kita baca yassin untuk
mak...
mak tunggu ya... !

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak2 mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buat kali terakhir... .
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...
Mak rasa tak... .masa tu kita sentuh dahi mak...
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk... ..
kita tak mampu nak cium mak... kita tak daya... .
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan... .
Mak mesti ingat kan
yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak... .

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah... .
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..
badan akak terasa panas...
makk... anak mak yang seorang tu demam... .
Mak tauu... cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan...

Mak... ..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepas maghrib anak
mak
ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap... .masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan.
entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin sayu... tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu... kita cuba
bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak... .
anak mak yang ni dah tak betul kan..
?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi.
Puas lah kakak memujuk kita...
Akak kata... " tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau
gini
saja mak yang susah kat sana.."

Dan akhirnya akak juga nangis... ..
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak... di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat... .
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... .
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma... hanya sedekah al-fatihah
kita berikan... ..

Mak... .
cukup lah sampai sini dulu... .
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu... .
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...

kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat
kat ayah pula... .
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat
ini...
lepas itu kawan kita bagitahu... simpan saja buat kenangan..

kita cuma tau alamat ni aje...
tak mengapa ye mak... kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu... sebab kawan kita dah lama tunggu tu.
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..

Sekian terimakasih.

Yang Benar
~Anak mak yang dah tak degil 


 Secebis Kisah Untuk Di Kongsi Bersama Buat Santapan Nurani.......
Share:

Ahad, 22 Ogos 2010

" Secebis Rindu"

   " Siapakah insan ini....??? adakah kita mengenalinya...??? Mungkin ya mungkin tidak. Hattta Anak Desa sendiri tidak pernah mengenalinya sepanjang hayat.
    Merenung disebalik senja mengelamun meneliti hidup yang telah jauh terkebelakang meninggalkan seribu makna dan kisah. Kisah yang tiada bernoktah. Kesunyian dan hanya kesepian Insan ini menceritakan betapa derita dan sengsaranya ketika saat ini.. Saat dimana ramadhan menjelma. Hatinya tersentuh sayu menahan titis - tisisan mutiara dari berguguran ke buni satu persatu ibarat embun di dingin hari.....
       Insan ini terlalu dahagakan kasih sayang... sepertimana dia pernah memberikan perhatian dan kasih sayangnya suatu ketika dahulu... Dia ingin teman berbicara... teman untuk mengadu.. teman untuk berkasih sayang... Namun mengapa disaat - saat dihujung usia sebegini kebahagiaannya direntap tanpa perikemanusiaan. Dimanakah nilai nurani tercampak terbuang...??? Sendirian bertemankan senja dan kerinduan... Kerinduan pada insan - insan yang bergelar anak - anak.... Kemanakah mereka menghilang disaat insan ini  memerlukan perhatian dan kasih ramadhan.... sedangkan ketika suatu masa dahulu dia tidak pernah sedetik meninggalkan anak- anaknya .. ditatang bagaikan emas permata.. dia sanggup berhujan dan meredah gelora lautan demi mencari sesuap nasi....Biarpun redah hujan tidak sedikitpun dikesali, tersentap terkelu dia apabila dapurnya tidak berasap.. lantas dia gigih didalam kedinginan subuh meredah kegelapan hanya untuk mencari rezeki untuk memberikan pelajaran kepada anak anaknya.... Dia berbanga dengan bergelar sebagai penoreh getah dan dia bersyukur menjadi nelayan kerna di situ kurniaan Rezeki yang Maha Esa ... Walaupun saat itu kesihatanya tidak pernah mengizinkan dia berbuat sedemikian... seakan tetapi bila ditatap kerdipan sinar mata anak - anaknya dia bingkas bangun dari derita itu menghiasi hari - harinya tanpa jemu.
    Basah keringat peluhya dikebun belum berhenti, bergegas ke laut mencari sumber rezeki.. melawan gelora ombak... bergadai nyawa demi insan bergelar anak - anaknya. Asal dapurnya tetap berisi.. Dia sedar cukuplah sekadar dia yang mengikat perut namun sesekali tidak anak - anaknya..
*******************************************************************


Namun mengapa kini dibuang tidak bermakna .. tersingkir jauh disudut dunia...???? mengapa dia dihukum sebegini.. apakah dosanya..??? apakah kesalahannya..???

     Betapa derita dan azabnya dirinya ketika ini.. ketika dimana dibuang anak - anak yang pernah membesar dengan keringatnya.. anak - anaknya yang ditatang bagai permata...Pernahkah walau sekali pulang kedesa menjeguk khabar.... bertahun sudah mereka tidak kembali .. kekal insan ini dengan seribu harapan dan impian yang kekal sebagai mimpi di siang hari.....  Didalam keuzuran ini dia sudah tidak berdaya dan selincah dulu hanya mengemis belas simpati tetangga untuk sesuap nasi.. selebihnya dia hanya berserah.... Dia sedar suatu ketika dulu kemiskinan pernah mengajarnya untuk tabah.. namun mengapa kini ketabahan itu pudar setelah diperlakukan sebegini.... Kekadang hatinya merintih syahdu.... kerana kerinduan pada anak - anakya.. dan dia tidak pernah mengharapkan apa - apa sebagai balasan cukuplah sekadar bertanya khabar dan kasih sayang.... dia hanya mampu berdoa dan terus berdoa dalam penanti... termenung dan merungng sehingga tiada jawapan yang di temuinya....
       Derhakakah anak - anaknya...??? ataupun mereka sudah lupa jalan untuk kembali kedesa setelah menikmati kemewahan yan dimiliki mereka...???? dimana pun mereka....??? kembalilah kepangkuan insan ini.... kerna.. hanya kasih sayang pengubat derita hati bukannya dibayar dengan wang ringgit cukuplah sekadar waktu untuk bersama......renung..renungkan .... bersama.....


" Gambar diatas sekadar ilusi penulisan............"
Share:

Selasa, 17 Ogos 2010

Irama Hati

Share:

Antara Aku Dan Sekalian Sahabat

Dimanakah cinta kalian
Di kala AKU memerlukan

Malam hari kalian ke masjid
Sedang di jalanan AKU merempit

Kalian sibuk bertilawah taranum Al-Quran
Sedang AKU dibiarkan tanpa panduan Al-Quran

Malam hari kalian bertahajud menyembah tuhan
Sedang AKU bersama rakan berpeleseran

Heboh kalian bercerita bab kemungkaran
Sedang AKU riang ria dibiarkan mencuri sakan

Bersusah payah kalian mencari redha tuhan
Hinggakan AKU dipandang hina tanpa kasihan

Perempuan motor dan rokok menjadi teman
Kerana kalian terlalu agung untuk diteman

Ana enta kalian berkasih sayang
Sedang AKU berabang sayang

Syurga menjadi matlamat kalian
Hingga AKU ke neraka kalian lupakan

Cinta kepada tuhan kalian kejarkan
Hingga tiada cinta kepada sahabat kalian

Adakah cinta dan syurga Allah hanya milik kalian
Sedang AKU dibiarkan tanpa tahu kewujudan?

Adakah hidup ini hanya kalian dan tuhan
Tanpa ada hubungan dengan persekitaran?

Siang malam kalian berusrah meningkatkan iman
Sedang AKU berpesta siang malam laki perempuan

Adakah keindahan usrah hanya untuk kalian
Sedang AKU dibiarkan maharajalela di jalanan?

Kalian begitu selesa
Sedang AKU sengsara

Andai aku ke neraka dan syurga milik kalian
Akan ku ungkit agar AKU bertemankan kalian!

“Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yg telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dlm Kitab (Al-Quran), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yg melaknat.” (2:159)
Share:

Gurindam Futur

dunia yang sempit terasa lapang,
beban yang berat terasa ringan,
bila dahi mencecah tanah...

segala harapan terasa mampu,
segala impian terasa pasti,
bila tangan terangkat ke langit...

tubuh layu kembali segar,
langkah mati di mulakan kembali,
saat ku bangkit dari sejadah...

segala qudrat ku heret jua,
selagi terdaya ku kerah lagi,
kerana lalai diriku..ummat ini sakit!
Share:

Kalam Sujud

Dalam sujud aku memohon
Ditunjukkan jalan kebenaran
Disuluhkan cahaya keimanan
Dibimbing melepasi titian pengharapan

"Ya Allah, aku pohon petunjuk daripadaMu dengan ilmu yang Kau miliki dan aku pohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku pohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang sangatlah besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat mahupun lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah urusan ini bagiku, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat mahupun lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan bagiku dalam sebarang keadaan sekalipun, dan Kau jadikanlah aku redha dengan ketentuan ini".








Bukan aku ragu
Tapi aku mohon dipermudahkan urusan
Bukan aku sangsi
Tapi aku mohon ditetapkan hati

Moga jalan yang dipilih
Menjadi sebaik-baik perjalanan
Moga apa yang dibina
Menjadi setinggi teguh binaan

Mengharungi dugaan pelayaran kehidupan
Dalam memancarkan nur kalamullah
Menjadi benteng tiupan dunia taufan
Sebagai pusat menghidupkan amal dakwah



Syiar dan simbol seorang Islam ialah sujud kepada Allah.Sujud yg meninggikan hati.Syiar dan simbol golongan jahiliyyah ialah sujud kepada kebendaan dan seks yg mematikan hati.Sesungguhnya sujud muslim yg sejati kepada Allah itulah lambang ketinggian dan kemuliaan,syiar kemerdekaan dan enggan menuruti segala taghut.
Sujud Pembebasan
“Sujud itu menundukkan dahi,tetapi
Memuliakan dan meninggikan muslim yg bertasbih padaNya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yg memusnahkan segala belenggu-belenggu itu
Padanya,semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh Alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi
Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik dan was-was di dalam diri,
tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi
Dalam diam,kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujudnya hanya kepada Allah,ia mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
Menghapuskan setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi,dengan keagungannya,
rahmat dan keindahannya





Itulah sujud pembebasan.Seorang muslim itu dapat menghancurkan belenggu nafsunya dgnnya lalu dia menjadi manusia yg merdeka.Manusia akan sentiasa menderita, kelam-kabut, bimbang dan sakit selagi mereka tidak sujud seperti sujud ini dan berpegang dengan akidah Islam ini.
Share:

Sabtu, 14 Ogos 2010

Rintihan Ramdhan.....


   Ramadhan ini semakin berlalu meninggalkan seribu rahmat dan kenikmatan pada insan - insan yang sentiasa merindui kehadiran ramadhan. Betapa indahnya ramdhan ini, apakah ini ramadhan terakhir dikala pintu syurga terbuka seluas - luasnya.Ramadhan sebagai bulan penebus dosa yang tiada bandingannya.

" Barang sesiapa yang mengerjakan sembahyang malam pada bulan ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, niescaya Allah mengampuni dosanya yang telah lalu"  hadis riwayat bukhari

  Sesungguhnya maka hendaklah kita memperbanyakkan amal ibadat serta kebajikkan kita kerana sesungguhnya apakah kita mampu kekal bernafas sehingga ramadhan yang akan datang.. apakah kita akan bertemu ramadhan ini sekali lagi.. apakah kita yakin.. atau mungkin inlah ramadhan yang terakhir buat kita insan yang bergelar manusia sebagai khalifah diatas muka bumi ini... Dapatkah kita memperbaiki segala kelemahan kita pada ramadhan ini... bukan sekadar menahan nafsu makan dan dahaga.. namun ramadhan ini lebih dari segalanya kerana ramadhan adalah milik Allah SWT. hanya Dia Yang Mengetahui akan segalanya...
  Ramdhan ini berlalu sepi, sesepi dingin subuh membekam kesyahduan naluri kepada yang benar - benar ikhlas menyambut kehadiranya.... Rintihan ramadhan adakah kita mendengarnya.. adakah kita ketahui akan tagisan ramadhan yang setiap detik memanggil - manggil isan - insan untuk terus beribadat kepada Yang Maha Pencipta.
   Ramdahan penuh rahsia yang tidak pernah tersingkap sebagaimana firmana Allah SWT:
     " Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al -Quran) pada malam kemuliaan,Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu...??? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan Malikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajar".

    Ini ramadhan terakhir tanda titik noktah yang membawa erti bahawa tiada lagi ramadhan yang akan kembali menjawap salam sekiranya kita ditakdirkan dijemput pulang kepangkuan Yang Maha Berkuasa, Apakah kehadiran hari - har terakhir ini kita kan mempesia - siakannya , membiarkannya berlalu pergi tanpa sebarang pengisian.

     Ya Rabbul Izzati,
Sesungguhnya engkau Maha Berkuasa keatas tiap - tiap sesuatu, 
Engkau kenal bahawa engkau tuhan kami, 
Engkau maha pencipta, 
Sesungguhnya janganlah engkau Ya Muhaimin
Tergelincirkan hati kami....

Ya Allah...
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…

Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati...
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah...
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah...
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...


Ya Allah...

jika ini ramdhan terakhir Ku,
kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk tetap beribadat kepada mu
jika ini ramadhan tidak aku bertemu lagi
Kau temukanlah aku dengan malam seribu kemulian,
dan.....

jika ini ramadan terakhir ku....
janganlah Kau Berpaling dari ku Ya Allah

Kerana...

Jika Kau berpaling dari ku.... sesungguhnya pasti akan aku tewas didalam pencarian ini.......


Share:

Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarrak



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarrak

&
Selamat Berpuasa




Tulus Ikhlas :
Sidang Editor Sinar Mastima

Anak Desa
JKKK Kg Masjid Timah

Parti Keadilan Rakyat Masjid Timah
Semoga Kehadiran Ramadhan Tahun Ini...

Memberi Makna dan Sinar Yang Lebih Mendalam 

Agar Kita Terus Bertaut Dengan Talian Yang Maha Esa 
Share:

Isnin, 2 Ogos 2010

Jasa Yang Di Lupakan....

      Sekitar tahun 80 an inilah wajah dua insan yan paling diagung - agungkan serta di sanjung tinggi oleh warga desa, Pada ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pertanian telah meyalurkan bantuan kepada petani disini. Waktu itu masih ramai lagi warga desa mencari rezeki melalui bidang pertanian.. dan Inilah wajah insan yang banyak membantu warga desa untuk hidup lebih selesa.
    DSAI dan Dato Seri Wan Azizah Ismail tidak pernah lupa membawa buah tangan ketika datang berkujung di desa ini. Setiap kali lawatan dan program ziarah pastinya ada saja bantuan yang dihulurkan, Saat itu keakraban terjalin beitu kukuh di DSAI, DSWAI dengan penduduk. Begitu mesra ikatan yang terjalin itu. Masih ramai warga desa dapat mengimbau saat - saat masih ketika itu. DSAI masih lagi mengenali rakan - rakanya disini, Ternyata daya ingatannya masih kuat dan utuh mengingati nama - nama rakan - rakanya disini.Beliau dan isterinya tidak pernah lupa.
      Namun Ketika tahun 1999 DSAI dan DSWAI seakan di pinggirkan oleh desa ini, dimana insan - insan yang menyanjunginya ..??? kemana pergi insan - insan yang pernah menjadi rakan - rakannya. Apakah mereka ini sudah lupa pada jasa dan bakti yang telah di tabur.Mengapa terlalu takut dan taksub.. sehingga mata dibutakan untuk melihat kebenaran. Jika warga emas hari ini sudah lupa pada catatan sejarah lalu.. maka kami generasi hari ini tidak pernah lupa, dan tidak akan sesekali melupakannya. DSAI dan DSWAI adalah lambang perjuangan kami generasi hari ini.. dan merekalah ikon kepada semangat perjuangan kami. Kami ingin berterima kasih dengan segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada desa ini, kami ingin berbakti kepada insan yang pernah menghulur bantuan kepada ayah dan ibu kami, kami ingin membalas jasa insan berdua ini selagi mereka masih lagi bernafas, kami tidak pernah lupa akan segalanya itu... ingatan kami masih kuat dan utuh.

  Lantas kami generasi hari ini bangun bangkit menyatakan hak dan kebenaran, mungkin di era tahun 1999 kami masih lagi dibangku sekolah , ketika era reformasi kami masih lagi terlalu muda.Walaupun begitu kami tidak pernah tidak untuk hadir disetiap demostransi bagi menyatakan sokongan kami. Mungkin saat itu kami masih muda untuk mengerti erti perjuangan,Seakan tetapi semangat kami lahir dari gelombang reformasi, satu gerakan yang benar - benar mendidik kami erti keberanian, meredah kezaliman . Mungkin kami tidak sehebat Pejuang reformasi yang lain  namun kami mengerti simbahan air, kami fahami apa itu gas pemedih mata, kami rasai kekerasan belantan yang dihayun. Semua itu mengajar dan membentuk kami menjadi lebih cekal untuk terus berdiri menyatakan keadilan dan kebenaran.

     Hari ini kami sudah matang dan dewasa, kami masih lagi berdiri teguh untuk menyatakan "Gelombang Reformasi" itu tidak pernah padam kerna ianya telah sebati dengan hidup dan prinsip kami, Mungkin hari ini gerakan yang diatur berbeza perjuangan sudah berkembang, Matlamat sudah tercapai namun Gelombang Reformasi itu tidak akan mati tetapi sebaliknya menanti tiupan semangat yang baru bagi menawan Putrajaya. Berjaya ataupun tidak kita berserah , apa yang penting adalah semangat dan prinsip yang diperjuangkan, kami berjuang bukan untuk diri kami seakan tetapi untuk generasi anak - anak dan keturunan kami dimasa hadapan, kami tidak mahu suatu masa hari nanti kami digelar pengkhianat oleh generasi hadapan. Kami rela menempuh lautan api demi mejamin masa hadapan bakal anak - anak kami. Kami sanggup meredah badai kezaliman hanya kerna demi keadilan tertegak di bumi mlaysia ini.
      Jika hari ini matlamat perjuangan kami tidak tercapai, pastinya generasi anak - anak kami dimasa hadapan akan terus tetap berjuangan. Kami di didik ketika era Gelombang Reformasi dan kami ingin mendidik anak - anak kami didalam gelombang itu, agar reformasi itu tidak pernah pada dan luput dari catatan hidup generasi kami. Mungkin Warga emas hari ini sukar menerima matlamat perjuangan kami, namun kami  tidak lupa pada jasa dan bakti yang telah dicurahkan Oleh DSAI dan DSWAI.

   Kami akan tetap berjuang dan terus berjuang demi membuktikan bahawa kami bukan melayu mudah lupa.
Share:

Ahad, 1 Ogos 2010

Lapangan Yang Tewas......


      Setiap hari kita dihadapkan dengan pelbagai isu yang berkait rapat dengan perpaduan dan politik.Sejak akhir - akhir ini kepincangan krisis kepemimpinan diperkatakan oleh warga desa.Isu ketirisan dan rasuah diperingkat pentadbiran persekutuan diperbandingkan diperingkat negeri , masing - masing membuat telahan sendiri berasaskan sumber maklumat yang perolehi. Hujah dan pelbagai fakta dikemukakan demi menyatakan ketidakpuashatian terhadap dasar dan perlaksanaan pentadbiran.
Pertikaian demi pertikain berkaiatn isu setempat belum tentu menampakan jalan penyelesaian sehinggakan isu tersebut dikaitkan dengan masalah yang menghantui warga desa di desa ini. Merujuk kepada keluhan penduduk desa isu ini menjadi jurang pemisah kepada penyatuan warga setempat.Terfikir warga desa permasalahan yang melanda dewasa ini, kerisauan dan rasa kecewa warga desa tidak dapat dibendung lagi apabila wujudnya perpecahan diantara warga desa kepada pelbagai kumpulan yang mengikut kefahaman dan ideologi masing -masing.Maka sejenak mereka mengimbau sejarah terkebelakang melihat kembali keakraban yang terjalin ketika suatu dulu.
         Sejarah masa lalu ternyata hebat dan unggul untuk dibicarakan namun apa yang harus dilakukan adalah membawa satu keadaan dan pembaharuan bagi memecah tembok - tembok yang menjadi batu penghalang kepada terbentuknya perpaduan diantara warga desa. Didalam meniti wardah perjuangan seharusnya kita tidak mengabaikan ikatan silatulrahim yang terjalin sesama kita. Jadi dimanakah salah dan silapnya kita hari ini sehingga kita terasing diantara satu sama lain sedangkan berbumbungkan langit yang satu."Bagai Tangan Terikat Dilangit, Kaki Terpasak DiBumi" mengapa terlalu sukar....??? Apakah sudah hilang pertimbangan kita sesama saudara sedarah...???
       Generasi hari ini sedang melihat keretakkan ini sebagai pendidikan mereka dan apabila generasi hari ini mengambihalih usia kita nanti pastinya keadaan ini berterusan tanpa ada noktah terakhir.Kerapkali persoalan ini timbul belum ada satu jawapan yang konkrit serta membuahkan hasil. Sampai Bilakah keadaan ini akan berlaku...? Tidak adakah walaupun seorang pejuang yang berani mempertahankan dan membentuk, menampal semula keretakkan ini. Mengapa tidak dibina jambatan penghubung sebagai jalan alternatif kepada pertelingkahan ini..? usah biarkan isu ini terus menjadi barah yang tidak terawat lagi... bersama - sama kita renungkan dan fikirkan apa yang terbaik untuk diri kita, usah suatu masa nanti kita berbalah dihadapan Allah SWT di hari Akhirat nanti.....

Share:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support