Selasa, 9 September 2008
Kembalikan Tulisan Jawi
Tulisan Jawi dimansuhkan penggunaannya oleh Allahyarham Tan Sri Khir Johari pada sekitar tahun 1960-an.
Sejak hari itu, generasi yang lahir dan dibesarkan dalam keadaan buta Jawi menghadapi masalah membaca Al Quran.
Ini menyebabkan orang Melayu yang sinonim dengan pegangan agama Islam kini semakin menjauhkan diri dari hukum hakam agama.
Akibatnya, maka lahirlah orang Melayu yang bacaan surah dan sebutan arabnya boleh dipersoalkan.
Hiragana Di Jepun Kekal, Kanji Di Cina Kekal, Jawi Di Malaysia Lupus
Sememangnya ada program J-Qaf anjuran kerajaan untuk mengangkat semula martabat tulisan Jawi, tetapi program ini seolah – olah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
Persoalannya apakah motif sebenar tulisan ini dipencilkan sebegitu rupa oleh UMNO? Bukankah tulisan itu melambangkan maruah bangsa?
Melaungkan Ketuanan Melayu dan pada masa yang sama menghapuskan tulisan Melayu. Ironi bukan?
Itu belum lagi dicampur dengan tanah rezab Melayu yang dilelong kepada orang asing sehingga menyebabkan orang Melayu terpinggir di bumi sendiri. Inikah perjuangan UMNO?
1 ulasan:
aper ar punya pendapat
Catat Ulasan