Sehubungan dengan itu segala peruntukkan dan perbenlanjaan kewangan pertubuhan adalah bersandarkan peruntukkan pertanian Kawasan K7 dan juga hasil kutipan ahli - ahlinya. Maka disini ditegaskan sama sekali, ketika ini di mana projek - projek pertanian yang telah diwartakan telah berjalan mengikut jadual sama ada Pertanian Ladang Kontrak mahupun sistem Fetigasi adalah Hak Milik Mutlak Pakatan Kelompok Petani Masjid Timah. Tidak timbul isu penyalahgunaan peruntukkan. Berkenaan isu pertaniaan sistem fetigasi, projek berkenaan terpaksa dilakukan dan dikelolakan oleh Ketua Kelompok sendiri memandangkan beberapa faktor semulajadi yang menghalang projek berkenaan di laksanakan di kawasan usaha tani yang telah di wartakan.
Pakatan ini dibentuk bukanlah atas dasar kroni mahupun kepartian namun pakatan ini dibentuk Adalah atas Ihsan dan Kepercayaan oleh Haji Yusuf@ Zakaria yang telah lama bergiat didalam bidang pertanian. Maka Pakatan ini dibentuk untuk menerus kesimnambungan tersebut bagi memberi ruang dan peluang kepada generasi penerus untuk melaksankan projek - projek pertanian berasaskan Pakatan Kelompok. Lantaran itu tidak timbul isu membolot peruntukkan ataupun istilah " Makan Sorang". Mengikut perlembagaan pertubuhan kelompok sistem keahlian akan dibuka setelah projek - projek berkenaan mendatang hasil. Berdasarkan pelan perancangan awal pihak pakatan akan menubuhkan unit - unit ataupun blok - blok kawasan pertanian yang akan dibuka dan dihebahakan setelah semuanya berjalan dengan lancar. Namun kini projek - projek berkenaan masih lagi didalam perlaksaan yang masih belum menampakkan hasil.
Selaras dengan kenyataan dan penafian ini adalah tidak wajar pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab menimbul isu - isu sonsang yang bertentangan dengan dasar pertubuhan kelompok. Setiap keputusan yang dilakukan adalah melalui persidangan yang telah diadakan. Maka dengan itu tidak timbul isu yang seringkali diperkatakan. berkenaan projek - projek berkenaan. Malah pihak Pakatan kelompok sendiri bersedia membantu warga desa untuk menubuhkan kelompok - kelompok yang lain didalam menjalankan usaha tani ini. Dengan sekeras - kerasnya pihak kelompok tidak menghalang mana - mana pihak untuk terus ataupun memulakan projek - projek pertanian.
Yang Menjalankan Tugas,
Mohammad Zaki Bin Arshad
Penyelaras,
Pakatan Kelompok Petani Masjid Timah
5 ulasan:
Orang akan bertepuk tangan bila kita mundur.
Peradaban manusia dibangunkan seribu tahun, ia akan terus membangun tanpa henti.
Jadikan 'halangan dakwah nabi ' sebagai penawar.
Buat sambal belacan dan tiap rumah bagi semangkok.
Cina dah berjaya tanam cili
Catat Ulasan