Khamis, 21 Januari 2010

Menjelang Pemilihan Ranting


       Anak Desa difahamkan bahawa tahun ini, Parti Keadilan Rakyat bakal menghadapi pemilihan disemua peringkat. Harapan Anak Desa semoga pemilihan yang berlangsung nanti benar - benar memberi peluang kepada orang yang lurus perjuangannya dan komited dengan tugas serta mampu membawa nafas baru kepada parti.
     Anak Desa juga turut merasakan kini sudah sampai masanya Ranting Masjid Timah memerlukan pemimpin baru untuk membawa perubahan seterusnya mengukuhkan kewaujudan Parti Keadilan Rakyat Ranting Kg Masjid Timah.Sesungguhnya lain orang lain ragamnya, mungkin dengan pemilihan Ketua Ranting yang baru dapat membawa sinar dan cara pentadbiran yang lebih baik.Kadang kala kita memerlukan sesuatu yang baru dan perubahan demi membangunkan masyarakat setempat.Cukuplah sepenggal ditadbir dan lebih mudah jika diaplikasikan sistem pengiliran yang akan dapat mencorak perjalanan parti. Ada baik dan buruknya tetapi tidak salah jika kita mencuba sesuatu yang baru.
     Ketua Ranting satu jawatan yang seringkali ditolak oleh generasi atasan, apakah hanya golongan belia sahaja yang harus dipertanggunjawabkan untuk memikul tugas ataupun generasi atasan hanya ingin melihat rentak pentadbiran generasi kini.Disebalik kekalutan mencari peminpin yang bakal menerajui ranting, seolah - olah kita kehilangan calon sedangkan lebih ramai golongan akedamik dan cendiakawan yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab tersebut.Mengapa peluang dan ruang yang dibuka tidak disahut, inilah kelainan yang Anak Desa lihat didalam Parti Keadilan Rakyat Ranting Masjid Timah berbanding parti - parti yang lain, masing - masing kecoh merebut jawatan.
    Pemilihan kali ini diperingkat ranting jika ada berilah peluang kepada insan lain yang lebih layak, kerana jika diikutkan perjanjian asal diantara ahli - ahli Ketua ranting kini meletakkan syarat bahawa dia hanya akan memikul tanggungjawab selama satu penggal sahaja. Maka dengan demikian wajarlah kita setiap ahli mematuhi peratuan dan perjanjian yang telah dipersetujui bersama.
"Salam Perjuangan "
Share:

0 ulasan:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support