Isnin, 6 September 2010

PENAFIAN II..!!!!!!

       Saya Selaku Ketua Parti Keadilan Rakyat Ranting Kg Masjid Timah dengan ini menafikan sekeras - kerasnya isu berkenaan memboikot Majlis Pemuda pada 5.09.2010. Saya selaku Ketua Ranting menafi sekeras - kerasnya isu berkenaan yang telah ditimbulkan. Tiada arahan ataupun surat pekeliling yang dikeluarkan secara Rasmi ataupun tidak, secara bertulis ataupun lisan. sehubungan dengan itu isu tersebut dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berfikiran sempit. Isu berkenaan sengaja di cipta bagi mencemar imej Parti Keadilan Rakyat ranting Kg Masjid Timah. Lantas dengan itu Jika ada mana - mana pihak mengaitkan isu berkenaan dengan ranting adalah satu tuduhan dan fitnah yang amat tidak bertanggungjawab. Isu berkenaan mungkin di jana bagi memburukkan pihak pakatan rakayat di akar umbi. Selaras dengan itu Saya selaku Ketua ranting tidak teragak -agak mengambil tindddakan tegas ke atas - mana - mana pihak yang tidak bertanggungjawab mengembar - gembur isu berkenaan. Sekiranya terdapat ahli - ahli dari Pakatan Rakyat yang tidak hadir ke majlis berkenaan adalah diatas kapasiti individu terbabit dan bukannya bersandarkan isu kepartian,.

      Sehubungan dengan itu Pihak gabungan Pakatan Rakyat Kg Masjid Timah sentiasa memberi mandat dan sokongan penuh kepada semua aktiviti - aktiviti setempat yang memberi faedah kepada semua tanpa sikap prejudis. Pihak Pakatan juga amat mengalu - alukan majlis - majlis ataupun program - program seumpanya bagi membina semuala perpaduan di kalangan masyarakat setempat. Adalah jelas Pihak Pakatan menentang perpecahan dan akan mempertahankan ikatan perpaduan setempat. Sejajar dengan prinsip berkenaan Pihak ranting Dan Gabungan Pakatan tidak bertanggunjawab ke atas isu yang telah di mainkan.Sentimen tersebuat di war - warkan bagi mengambarkan bahawa ahli - ahli Parti Keadilan Dan PAS adalah satu kumpulan yang extream.

     Sekali lagi saya menafikan isu berkenaan dan taip - tiap tindak tanduk ahli tidak pernah mewakili Parti Keadilan Rakyat Ranting Masjid Timah. " Jangan Menilai Buku Dari Kulit Luarannya."


 Yang Benar

 Mohammad Zaki Bin Arshad
Ketua Ranting,
Parti Keadilan Rakyat

Merangkap
Publish Post

Ketua Pakatan Rakyat Ranting Masjid Timah


 
Share:

0 ulasan:

Social

Admin

Foto saya
Gemilang Malaysia Berpanjikan Islam

Cari Blog Ini

Blog Archive

Categories

Recent in Sports

Home Ads

Facebook

Ads

Random Posts

Recent

Arkib Blog

Recent Posts

Unordered List

Pages

Theme Support